Tuesday, December 30, 2008

Aktiviti di kampung


Aktiviti petik buah jambu yang berbuah lebat depan rumah. Banyak yang gugur. Maklumlah musim hujan. Kereta pun tak boleh letak bawah pokok jambu ni. Bertompok2 dengan warna merah jadinya. Tiap2 hari abah aku kena punggah buah yang gugur, buang jauh2. So pagi ahad tu, aku petik untuk bawak balik Kuantan & bagi kat kawan2. Ramai pulak yang kata tak cukup. Minggu ni aku bawak balik lagi untuk korang ye...

Monday, December 29, 2008

Selamat Tahun Baru

Belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1430 Hijrah. Semoga tahun baru Hijrah ini bakal menjanjikan sesuatu yang lebih baik dalam hidup kita. Amin...

Juga selamat tahun baru 2009.

Thursday, December 25, 2008

Minyak masak become engine oil??

Petikan dari : http://test.chedet.com/che_det/2008/12/merry-christmas-and-happy-new.html#comments

Salam Tun,semoga tun sihat selalu.

1. Tun sy ni dah hampir setahun menggunakan minyak sawit sebagai minyak enjin kereta saya.Jadi kat sini sy nak share kepada semua orang termasuk tun. Kalo boleh tun ketengahkan la mengenai perkembangan ni kepada Proton ke, Produa ke , naza ke...

2. Saya mencampurkan 80% minyak sawit kedalam minyak injin manakala 20% lagi adalah minyak enjin biasa. Hasilnya seperti kita gunakan minyak enjin fully sentitik memang menakjupkan.Ketiga tiga kereta lama saya , Proton saga 1.5 auto, Fordleser 1.8auto dan peugeot 405 1.9auto juga guna minyak sawit. Motosikal kris 100 saya juga menggunakannya. Tapi harus diingat mesti gunakan minyak sawit asli bukan minyak jagung ke,minyak soya atau lain lain..

3. Menariknya bila kita guna minyak sawit ni enjin kereta saya menjadi lebih senyap dan halus, temperature juga tak mau naik tetapi dia maintain pada 70 degree je. Keupayaanya pula setakat ni saya dah cuba speed sehingga 150 ke 170/kmj malah keadaan enjin masih stabil dan halus.

4. Kreativiti adalah hak milik peribadi. Sesiapapun boleh menjadi seorang yang kreatif. Jika kreativiti seseorang itu ditambah lagi dengan usaha, inilah yang terhasil.

5. Minyak masak sawit sebenarnya boleh dijadikan sebagai minyak hitam atau (engine oil) kereta. Agak kelakar kenyataan ini tetapi itulah yang telah dilakukan oleh segelintir daripada rakyat Malaysia. Kisah mengenai minyak masak yang dijadikan sebagai minyak kereta bukanlah satu perkara baru. Kalau tidak silap aku, Majalah 3 pernah membuat slot untuk cerita beberapa tahun lepas tetapi tu hanyalah sekadar tontonan umum sahaja.

6. Tetapi apabila “kisah benar” ini dipaparkan secara rasminya di akhbar Kosmo, saya rasa sudah sampai masanya bagi badan-badan yang terlibat (NGO mahupun kerajaan) membuat satu kajian yang khusus dan serious kepada kebenaran minyak masak sawit ini.

Tun pun boleh cuba kat kereta Merce tun tu. Kalo tun pakai minyak sawit tu saya percaya ramai orang akan buka mata ..

Wasalam
------------------------------------------------
Sebagai anak seorang peneroka felda, aku setuju sangat dengan cadangan ipent ni. Dah lama dengar mende ni tapi result tak ada pun. Sekurang-kurangnya boleh juga tolong peneroka2. Bila harga minyak naik, masa tulah macam2 usaha/kajian yang kita dengar. Lepas tu senyap. Bila lagi nak komersilkan hasil keluaran kelapa sawit? Aku emotional sikit sebab ada sentimental value dengan kelapa sawit ni...hmmm

Tuesday, December 23, 2008

Kota si bujang

Lebih 60 peratus penduduknya masih belum berkahwin dan majoritinya adalah warga tua.

JIKA berkunjung ke San Fransisco, jangan terkejut jika anda melihat ada banyak restoran di sekitar bandar itu, malah menurut pemandu pelancong yang membawa penulis dan rakan media lain dari Malaysia, di pusat bandar saja ada lebih 300 restoran yang menyajikan pelbagai hidangan daripada makanan Barat hingga sajian Jepun.

Ini tidak menghairankan kerana San Fransisco dihuni oleh mereka yang masih belum berkahwin sehingga digelar kota untuk si bujang. Dianggarkan lebih 60 peratus daripada penduduknya adalah bujang dan sebahagian besar adalah warga tua sehinggakan pemandu pelancong secara berjenaka memaklumkan sukar untuk melihat kanak-kanak kecil di bandar itu.
Lebih lanjut sila baca di Berita Harian.

src : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Kembara/20081214082254/Article/indexkem_html

p/s : I wonder, kalau2 satu hari nanti KL pun akan jadi macam San Francisco...macam manalah tu ek...hmmm

Monday, December 22, 2008

Mewah???


Semalam aku balik rumah, tengok ada meja makan baru. Dalam hati aku, hmm, duit mamat mana pulak dia tapau ni. Minggu lepas cakap tak ada duit, tup2 bawak balik set meja makan. Bukan apa, aku kesian la kat mamat2 yang murah hati buat amal jariah kat dia ni. Semua perabot termasuk kereta semuanya disponsor sampai umah aku penuh dengan barang2 dia. Yang nak lagi bestnye, yang sponsor dia ni, mamat yang berlainan pulak tu. Kata kawan2 aku, lelaki kalau tabur duit & buat baik...ada makna. Makna apa tu ek??? Kalau dah 4-5 orang lelaki buat 'amal jariah' kat dia ni, maknanya apa pulak tu? Hmm, bak kata Nabil, lu pikirlah sendiri....

Sunday, December 21, 2008

Roti Jala



Semalam, mak aku buat roti jala. Tapi mak bancuh aje tau.

'Menjala' nya, aku dgn akak aku yg buat...hehe.

Ni pulak, kuah dia. Terengganu style. Tapi muak sikitlah. Cicah kari pun sedap juga. Kebetulan ada gulai daging kenduri kawin dekat umah aku. So...apa lagi...sepeket tepung...licin...hehe. Tapi bukan aku makan sorang tau...reramai ler

Friday, December 19, 2008

IJN PRIVATISATION


Aku amat2 tersentuh kala membaca artikel berkenaan IJN di laman Tun Dr Mahathir tentang penswastaan IJN. Di sini aku paste kan sedikit tentang artikel tersebut.
-----------------------------------------
2. With regard to the Institut Jantung Negara, I must say I have a personal attachment to it. I don't think I need to explain why. The IJN is really the institution that is physically closest to my heart.
6. Maybe I am biased because I owe my life to IJN. But I think as a corporatised institution the IJN has done extremely well.
7. If it is going to give the same service to civil servants and pensioners the Government will have to pay out the same amount of money after privatisation. How does the Government gain? Besides if the poor are going to be charged the same low fees and charges how does Sime Darby make money? Or will the Government continue to subsidise an ever growing bill for treatment of the poor? If so why is there a need to privatise? How does Sime Darby, a business entity make money when 80 per cent of the patients are poor?
8. Some of the major surgeries performed there are so costly that the IJN lost money on them. Will Sime Darby shoulder these losses?
11. Leave this institution as it is. It is our pride and it is doing a good job as it is.
----------------------------------------------
Sebagaimana Tun, aku juga 'dekat' dengan IJN. Selama bertahun aku berulang alik ke IJN bawa mak aku mendapatkan rawatan di situ. Setahun yang lepas mak aku operate. Masa tu kos RM18,000. Mujur ada IJN foundation. Tapi tidak semuanya ditanggung oleh IJN. RM10,000 kena cari sendiri. Menggagau kami sekeluarga mencari bantuan. Kalau dah diswastakan macam mana pula?
Setiap hari IJN dipenuhi dengan pesakit dari pelbagai peringkat umur. Dari apa yg aku lihat, kebanyakannya orang2 kampung sama macam mak, abah aku. Kadang2 aku sedih tengok pakcik,makcik kampung yang datang bersendirian.
Ada seorang pakcik, sama wad dengan mak aku. Dia menangis kala melihat orang melawat mak aku. Dia sebatang kara. Dia discharge lebih awal dari mak aku. Bayangkan dia balik berseorangan ke Shah Alam menaiki bas selepas sehari operation.
Harap2, 80% pesakit yang miskin di IJN ini (salah seorang darinya adalah mak aku) akan terus mendapat rawatan dan pembelaan yang sewajarnya.

Thursday, December 18, 2008

MOZZARELLA CHEESE

Tahukah kita?
Artikel ini saya copy dari http://www.chedet.com/ .Untuk membaca lebih lanjut silalah ke chedet.com.
---------------------------------------
8. Then my friends took me to the most interesting new industry in Langkawi. It is the production of mozzarella cheese, the cheese used in making pizza.

9. Mozzarella is an Italian cheese and the small facility is owned and operated by an Italian who's married to a Malaysian. He also operates a butchery where the cows are slaughtered and the meat is properly and professionally cut by a young Langkawi person who had been trained in Italy (actually in San Marino, an independent state in Italy).

10. I tasted freshly made mozzarella and it was delicious. Mozzarella is made with buffalo milk and the little "factory" is next to a Government project to breed buffaloes.

11. One day I hope this Langkawi mozzarella factory will become a tourist attraction, and the world will eat Langkawi mozzarella in their pizzas.

p/s : Hmm...sound yummy je. Tengok gambar pun terliur gak. Mujur semalam ada orang belanja aku pizza...hehehe

Wolverine is Web sensation


This entry was dedicated to Bikash. Hehe, i know we share the same man...wakaka...mcm bermadu gitu. Tunggu kemunculan the sexiest man alive and this year's Oscars host. Tapi lambat lagi la...May 2009 la...hehe



Hugh Jackman as Logan, aka Wolverine, in 20th Century Fox's X-Men Origins: Wolverine - 2009

Wednesday, December 17, 2008

Kuasa seorang Oprah

WANITA ini bukannya orang penting dalam politik mahupun pengamal agama berpengaruh. Namun, dia memiliki daya kuasa untuk mempengaruhi minda orang ramai di seluruh dunia. Itu adalah kuasa seorang Oprah Winfrey.
Dikagumi ramai kerana mampu mengubah budaya dunia terutamanya Amerika Syarikat (AS), Oprah memiliki aura tersendiri untuk layak menduduki tempat tertinggi carta terbaru tahunan Power 100 oleh akhbar The Hollywood Reporter.
Ada sebab mengapa Oprah, 54, yang menduduki tangga keenam tahun lalu melonjak menjadi nombor satu dalam senarai tersebut.

-------------------------------------------------------
She's one of the world idol/ikon selain dari Puteri Diana. Aku tak reti nak besarkan & clearkan imej tu, so bolehlah baca di paper Kosmo ye.

ITM a.k.a Uitm

UiTM antara 3 universiti terbaik

SUBANG JAYA 17 Dis. - Pembaharuan yang dilakukan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) sejak 2001 membolehkan ia muncul antara tiga universiti terbaik di Malaysia.

Selanjutnya : Utusan Malaysia 18 Disember 2008

--------------------------------------------------------

Bangganya aku menjadi salah seorang produk Uitm. Dari zaman ITM hinggalah Uitm, dua2 zaman ni aku merasa. Wei kengkawan, u should read this...ITM di hatiku...hehe

Our memories ; tudung hijau keras, dining seroja, akak PM, Kenanga Inn, tgn cangkuk, tak mandi, mandi pun kul 3 pagi...etc...etc

Monday, December 15, 2008

Gerai Roti Canai


Nak promote ni. Sesapa yang merancang nak ke Pulau Kapas, singgah ler kat gerai/kedai ni. Gerai no 9, Medan Selera Marang Waterfront. Ala, kat jeti Marang tu. Kalau nak ke Pulau Kapas naik bot kat jeti ni lah. Ni gerai pokcik aku...hehe. Kitorang panggil dia Pok Ding.

Batu Bersurat


Sempat suruh Zati ambik gambar replika Batu Bersurat Terengganu kat roundabout Kuala Terengganu. Dulunya replika seekor penyu kat tempat ni

Ibadah Korban


Kesian abah aku basah kuyup melapah seekor lembu. Hujan sepanjang hari. Adik2 & abang2 ipar tolong juga tapi sebab tak berapa reti, so terkial-kiallah nak sudahkan. Hmmm...
Anak sedara aku, along tengah kerjakan perut lembu.




Sudahnya, abang ipar & adik2 tolong lapah kecik2 je. Adik aku pulak, gantung kaki lembu pun fail.
Hehe...aku tukang tengok aje...



Thursday, December 4, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

Pada 10 Zulhijjah, kita semua akan menyambut Hari Raya Aidiladha. InsyaAllah, aku sekeluarga akan mengerjakan ibadah korban di rumah orang tua aku pada hari Isnin nanti. Pada Khamis dan Jumaat pula, kami sekeluarga akan balik ke kampung mak dan abah aku di Marang, Terengganu. Hopefully Terengganu dah tak banjir dah masa tu. Perancangan nak ke Kenyir macam tak jadi je...huhu...sedihnya.

Aku bercuti panjang selama seminggu. Tapi seperti biasa, aktiviti aku sebagai driver keluarga pun bermula. Malam ni, aku naik bas ke Shah Alam sebab esoknya nak bawak balik akak aku dengan kereta. Hmm, entah bilalah dia berani drive sendiri balik ke kampung. Apapun, aku tak kisah sangat. Lagi suka sebenarnya...hehe

Akhir kata, Sama2 lah kita menghayati erti sebenar korban. Kenapa kita setiap tahun sambut korban, dan kenapa kita mesti berkorban. Korban yang bagaimana akan diterima dan yang akan ditolak. Semoga segala apa yang kita korbankan dengan niat yg ikhlas itu akan diterimaNya.

Tuesday, December 2, 2008

Alhamdulillah

Alhamdulillah, akhirnya Mentari Cintaku berada di pasaran juga. Kepada semua pembaca, semoga karya yang tak seberapa ni..huhu...mampu memuaskan hati anda. Terima kasih kepada semua.

Monday, December 1, 2008

Pernikahan

Bertahun-tahun yang lalu, saya berdoa kepada Tuhan untuk memberikan saya pasangan.
"Engkau tidak memiliki pasangan karena engkau tidak memintanya", Tuhan menjawab.
Tidak hanya saya meminta kepada Tuhan, saya menjelaskan kriteria pasangan yang saya inginkan. Saya menginginkan pasangan yang baik hati, lembut, mudah mengampuni, hangat, jujur, penuh dengan damai dan sukacita, murah hati, penuh pengertian, pintar, humoris, penuh perhatian. Saya bahkan memberikan kriteria pasangan tersebut secara fisik yang selama ini saya impikan.

Sejalan dengan berlalunya waktu, saya menambahkan daftar kriteria yang saya inginkan dalam pasangan saya.
Suatu malam, dalam doa, Tuhan berkata dalam hati saya," HambaKu, Aku tidak dapat memberikan apa yang engkau inginkan.
Saya bertanya, "Mengapa Tuhan?"
Ia menjawab, "Karena Aku adalah Tuhan dan Aku adalah Adil. Aku adalah Kebenaran dan segala yang Aku lakukan adalah benar."
Aku bertanya lagi, "Tuhan, aku tidak mengerti mengapa aku tidak dapat memperoleh apa yang aku pinta dariMu?"
Jawab Tuhan, "Aku akan menjelaskannya kepadamu. Adalah suatu ketidakadilan dan ketidakbenaran bagiKu untuk memenuhi keinginanmu karena Aku tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan seperti engkau.Tidaklah adil bagiKu untuk memberikan seseorang yang penuh dengan cinta dan kasih kepadamu jika terkadang engkau masih kasar, atau memberikan seseorang yang pemurah tetapi engkau masih kejam,atau seseorang yang mudah mengampuni; tetapi engkau sendiri masih suka menyimpan dendam, seseorang yang sensitif, namun engkau sendiri tidak..."

Kemudian Ia berkata kepada saya, "Adalah lebih baik jika Aku memberikan kepadamu seseorang yang Aku tahu dapat menumbuhkan segala kualiti yang engkau cari selama ini daripada membuat engkau membuang waktu mencari seseorang yang sudah mempunyai semuanya itu. Pasanganmu akan berasal dari tulangmu dan dagingmu, dan engkau akan melihat dirimu sendiri di dalam dirinya dan kalian berdua akan menjadi satu. Pernikahan adalah seperti sekolah, suatu pendidikan jangka panjang. Pernikahan adalah tempat dimana engkau dan pasanganmu akan saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan hati satu sama lain, tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih baik, dan membuat suatu kerjasama yang mantap. Aku tidak memberikan pasangan yang sempurna karena engkau tidak sempurna. Aku memberikanmu seseorangyang dapat tumbuh bersamamu."

Pesanan ini untuk: yang baru saja menikah, yang sudah menikah, yang akan menikah, dan yang sedang mencari pasangan , dan juga yang nak putuskan hubungan....
Semoga bermanfaat !!! src: fwd emel, gambar pernikahan adik lelaki aku...pnjm ye..