Wednesday, May 27, 2009

Pengalaman @ Pendidikan @ Cable (orang dalam ler tu)

Antara 3 perkara di atas, mana yang lebih penting? Sama penting kut. Tapi, yang cable tu selalu je potong jalan orang lain. Kesian kan? Memanglah Allah dah tetapkan rezeki seseorang, dan mungkin itu rezeki dia. Tapi kadang2 aku fikir, ini dah dikira menyekat rezeki orang yang lebih layak. Contohnya, baru2 ini aku ternampak iklan di sebuah bank. Jawatan Eksekutif bahagian loan. Tertera juga cara susunan sijil2. Kat situ dia tulis 'pemohon mestilah tiada kaitan dengan kakitangan'. Aku dengan hati yang berbunga...oh, tak mainlah cable2 ni. Kawan aku juga ada apply. Kawan aku ni diploma in steno. Dia dengan excitednya memberitahu, kawan dia yang kerja kat bank tu, nak tolong rekemenkan. Kalau nak diikutkan, aku dengan kawan aku tu, sama2 tak ada pengalaman dalam bidang perbankan. Tapi dari segi pendidikan rasanya aku ada advantage sebab aku study business. Tapi kat opis lama aku biasa berurusan untuk loan juga cumanya dengan TEKUN dan CGC. Jadi, kami pun sama2lah tunggu panggilan interview. Kelmarin, member aku ni beritahu, dia dapat interview bank tu (walaupun dia susun sijil tak seperti yang ditulis dalam iklan). Dan hari ini, saat ini, dia sedang tunggu giliran dia untuk diinterview. Point aku kat sini, aku taklah mengatakan aku ini layak, tapi sekurang2nya, panggilah aku sekali untuk interview. Taklah aku rasa sedih sangat macam ni...huhu

Thursday, May 21, 2009

Kebenaran yang menyakitkan

Allah telah tunjukkan kebenarannya. Walau sejauh mana pun kita pergi, dengan izin Allah kita akan tahu juga walaupun ianya terlalu menyakitkan. Aku tahu, sekali lagi orang tuaku terluka dengan perbuatan orang itu. Walaupun mak cakap, tak apa...tapi aku tahu dalam hati dia macam mana.
Di kala orang itu sedang berbahagia atas apa yang berlaku, aku tahu hati mak dan abah aku benar2 terluka. Kesiannya kat mak, abah aku.....

Sedihnya....

Aku tak tahulah sama ada aku ada buat salah dengan seseorang atau tidak. Jika ada maafkan aku. Tapi apa yang aku nak ceritakan kat sini, kalau betul pun aku bersalah, berterus teranglah dengan aku. Tak perlulah nak menjaja cerita tentang aku kat orang lain. Baru2 ni, aku dengar cerita yang tak best. Cerita yang benar2 membuatkan aku hangin. Seseorang dari ofis lama ni, dah sebarkan cerita kononnya aku dibuang kerja sebab sibuk buat novel kat ofis. Mahu tak hangin aku. Aku terus ke ofis dan berjumpa dengan ex bos untuk dapatkan kepastian, walaupun aku tahu apa jawapan bos aku tu. Tergelak bos aku dengar. Memang aku pernah buat novel kat ofis ni, tapi dengan izin bos aku tu. Itupun hanya untuk sebulan dan selepas aku siapkan semua kerja aku.

Aku tak tahulah, apa perlunya dia menceritakan sebegitu tentang aku kat semua orang. Aku dahlah serabut tak ada kerja, dengar pulak cerita2 macam tu....aduh...pening kepala aku.

Tuesday, May 12, 2009

Selamat Hari Ibu

Masih belum terlambat untuk ucapkan Happy Mother's Day untuk semua ibu-ibu especially kawan2 aku yang dah bertitle begitu. Pada 10 May 2009, aku, Abang Ja, Jie, Cik Ma dan Ita bersama suami dan anak2 balik ke kampung. Semua orang wish kat mak aku pagi tu...macam hari raya pulak, salam, cium tangan & cium pipi...hehe

Mak aku gembira nampaknya walaupun yang lain hanya wish kat dia thru telefon. Tapi, aku tahu dalam hati dia teringatkan seseorang yang dia sayangi. Dia terlalu mengharapkan orang itu menghubunginya, tapi hampa. Kesian mak aku....

Petang tu, mak masak macam2. Adik aku nak makan ketupat sotong. Ita, nak makan solok lada. Abang ipar nak makan sup tulang. Lagi sekali kesian kat mak aku kena masak...hehe tapi dia gembira buat semua tu. Selamat Hari Ibu untuk mak...orang sayang mak...

(Image cilok dari umah Siti R. Tak boleh lama2, kru KFC dah jeling2lah...hehe).

Jobless

Life aku as a jobless? Hmm...masa baru2 bestlah. Boleh bangun lambat, boleh jenjalan ke KL, tengok wayang kat Bukit Raja, window shopping kat Sogo, boleh lepak kat kampung lama2..hehe. Tapi dah nak masuk sebulan ni, kerja pun tak dapat2 lagi, terasa sesak juga nafas aku. Macam mana nak bayar bank, bil, sewa, petrol, makan...etc...etc... untuk bulan depan?

Sekarang, inilah aktiviti aku. Tengok paper, turun naik agensi pekerjaan, lepak KFC sebab nak akses internet & macam2 lagilah. Hopefully adalah peluang untuk aku sebelum hujung bulan ni...doakan aku ya?

Sunday, May 10, 2009

X-Men Origins-Wolverine


Hampir seminggu aku berada di Shah Alam. Membawa diri dan menghiburkan hati...huhu. Jumpa Chik, Faiz, Su, Nani dan beberapa orang lagi yang dah lama aku tak jumpa (ambil peluang sementara menganggur ni). Sempat juga aku tengok wayang. Filem yang aku tunggu2. Prequel X-Men. Hahaha...aku layan cerita ni sorang2 kat Bukit Raja, Klang (sebab semua member kerja, huhu)

Aku rasa, dalam banyak2 series, yang inilah paling best. Diceritakan macam mana Jimmy Logan dapat nama Wolverine. Now I know, ada sad story behind the name. Handsome nye Hugh Jackman dalam cerita ni (Along, you should go to the cinema a.s.a.p...hehe)

Another watak yang aku suka is Gambit. Mak et, rasa2 mamat ni macam muka sapa...hehe. Teka cepat. Aku rasa Chik & Syira pun mesti tau punyalah. Mak et, tengok, jangan tak tengok X-Men ni.
Next movies : Hehe...