Sunday, November 29, 2009

Sekolah lama aku


Sekarang ni, aku tengah belajar wat Facebook (terpaksa gak ni...). Dalam dok mekap2 FB aku tu, jumpalah grup sekolah lama aku, SMK Jengka 2....tapi aku bukan nak cerita pasal geng2 dalam tu, sebab aku bukannya glemer kat sekolah dulu. Aku saja nak tepek lencana sekolah aku ni kat sini, amik kat FB tu ler. Dah lama tak tengok lencana kuning tiga segi ni...rindu pulak rasanya. Lama aku sekolah tau, sampai tingkatan 6 rendah...hehe. 6 atas tak sempat...

Tuesday, November 24, 2009

Jalan-jalan


Baru ni singgah rumah member aku, depan istana kat Pekan. Area rumah dia, memang betul2 suasana kampung. Tenang, aman damai dan bersih. Semua rumah kawasan tu tak ada pagar, sebab tak ada lembu berkeliaran macam kampung2 lain...especially kampung aku. Kata member aku, kalau rumah bersemak, rumput tinggi, nanti sultan tarik balik tanah. Oh, patutlah semua rumah bersih. Pastu, member aku bawak aku jalan-jalan kat padang polo, stable kuda & tengok kuda2 polo yang sememangnya tough & hensem....

Nasi goreng ikan masin

Balik kerja petang semalam, aku terus singgah kedai makan. Nak tapau nasi goreng ikan masin. Kawan aku order nasi goreng kampung. Sampai kat rumah, terus la lepak depan tv. Dengan tak sabarnya nak makan. Buka2 je, aku punyalah terkejut. Si member aku dah gelak sakan. 2 ekor ikan kering yang agak besar, terletak atas nasi goreng. Terus hilang selera nak makan, tapi sebab dah lapar, telan jugaklah. Kata member, ni nasi goreng ikan masin version kampung ni...hmm, betullah juga agaknya.

Wednesday, November 11, 2009

10 THINGS YOU SHOULD KNOW ABOUT A KELANTANESE

Artikel ni aku cilok dari blog Ain - http://4ain.blogspot.com
Aku senyum sorang2 baca artikel ni, maklumlah lately banyak keluar cerita2 & berita2 tentang orang Kelantan (Oghe klate jange maroh ambo deh). So, aku tepeklah gak kat sini untuk share info ni. Ain, sori tak mintak permission...hehe

1. Kelantanese use a proper Malay word.
Tidak seperti negeri-negeri lain di malaysia, orang kelantan tidak merosakkan perkataan yang terdapat didalam bahasa melayu standard.
seperti contoh:
Ulau - Melaka
Ulaq - Kedah
Ulor - Johor
Ular - Kelantan ( ooo-laaa)
dan banyak lagi...

2. Kelantanese don't 'cakap kelantan'.
Orang kelantan tidak cakap kelantan, mereka 'kechek kelate'. Bahasa kelantan mungkin merupakan bahasa yang paling sukar untuk difahami diantara kebanyakkan dialek yang ada di malaysia (selepas bahasa sarawak, dan sabah).
Bahasa kelantan tidak menggunakan imbuhan dihadapan sesuatu perkataan tetapi lebih kepada menggunakan sabdu, dan ayat didalam bahasa kelantan tidak dimatikan dihujungnya.

contoh:
betina - tino (Ttee-nor)
berjalan - jale (Jjaa-ley)
bermain - maing (Mmaa-eng)
perbualan - buale (Bbua- ley)
pemerintahan - meritohe (Mme-ghi-toh-he)

contoh ayat:
"Toksoh buak peghanga po kegho, tokleh napok Ttino lalu" - Tak usah buat perangai serupa kera, tak boleh nampak perempuan lalu

"Maghi kito gi Jjale ghumoh pok peng, che buleh duik Ghhayo" - Mari kitapergi berjalan rumah pak arifin, ada 'chance' boleh duit raya

3. Kelantanese have their own currency.
Mungkin ramai yang tidak tahu tapi orang kelantan tidak menggunakan matawang RM atau ringgit malaysia. Mereka mempunya matawang mereka sendiri iaitu Riyal atau sebutan nya lebih berbunyi 'ghiya'. Walaupun 'ghiya' kelantan tidak diniagakan di pasaran antarabangsa dan exchange rate antara'ghiya' dan RM adalah sama, malah wang yang digunakan adalah sama. Tetapi Ringgit adalah lebih kecil sekiranya digunakan di kelantan.

Contoh:
Situasi seseorang menggunakan Ringgit di pasar Siti Khadijah Kota Bharu:
"Makcik, sayur ni berapa ringgit selonggok?"
"oohh, sayur kakung nih 2 Ringgik selonggok"

Situasi yang sama, tetapi menggunakan 'ghiya'
"Mokcik, sayur kakung nih brapo ghiya slonggok ..?"
"slonggok tigo amah*, kalu nok ambik duo longgok, 2ghiya"

perhatikan harga selonggok kangkung meningkat 50 sen dari harga dalam 'ghiya', malah dijualnya pulak dengan harga 2 longgok 2 'ghiya' (atau 2 ringgit)

4. Kelantanese and 'Budu'
Orang kelantan yang tipikal, amat gemar memakan budu dan ulam. Budu merupakan lebih dari sos untuk menyedapkan makanan, applikasi budu didalam makanan tiba ketahap ianya dijadikan kuah bagi mereka yang berdarah kelantan tulin.

contoh:
saiful: "aduh nampak gaya makan nasi ngan ikan rebus jelah kita malam ni" (sambil berwajah sedih)
shazmin: "perrgghh, ni kalau ada budu ngan limau nipis, kena pulak ulam raja..." (sambil meleleh air liur)

So, kita dapat tahu dari situasi ini, shazmin adalah orang kelantan.(pergghh... budu ngan ulam raja)

5. Kelantanese are soft.
Orang kelantan adalah terkenal dengan sifat lembut mereka. Sifat sederhana dan pemalu merupakan sifat yang paling jelas. Tetapi sekiranya mereka berada didalam kelompok yang mereka berasa selesa, mereka merupakan orang paling friendly dan kuat berseloka.

6. Kelantanese doesn't hold to 'adat' rules.
Bagi mereka yang tidak tahu, orang kelantan merupakan masyarakat yang paling mudah dibandingkan dengan masyarakat dinegeri lain apabila masuk kedalam bab adat resam dan perkahwinan. Ini adalah mereka kurang atau hampir tidak berpegang kepada sebarang adat. Tidak seperti masyarakat di Negeri Sembilan yang kuat dengan Adat Pepatih dan berbagai-bagai lagi adat-adat di malaysia.

Orang kelantan lebih kepada memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan didalam islam.Masyarakat kelantan tidak ada pantun (minang), bayar tol (bagi orang johor), bersanding, kenduri 3 hari 3 malam, pulut kuning dan sebagainya. Ia bergantung kepada pasangan pengantin dan keluarga sekiranya ingin mengadakan adat-adat berikut tetapi ianya adalah tidak wajib, dan masyarakat kelantan kebanyakkan lebih gemar kepada kesederhanaan.

Ayat yang biasa didengari adalah:"buak gapo buak bendo-bendo lagu tuh, Bbazir pitih"(buat apa nak buat benda-benda macam tuh, membazir duit) . Jika ada yang ingin mencari bakal isteri, bolehlah cari orang kelantan.

7. Kelantanese and Nik Aziz
Orang kelantan lebih gemar dikenali sebagai anak murid Nik Aziz. Orang kelantan tidak melihat Nik Aziz sebagai menteri besar tetapi lebih kepada seorang tuan guru. Ini adalah kerana tuan guru Nik Aziz sendiri adalah seorang guru agama dan masyarakat kelantan menghormati beliau lebih sebagai seorang guru agama lebih daripada seorang menteri besar.

8. Moon Kite (wau bulan)
Wau bulan merupakan permainan traditional orang kelantan, tetapi lebih kepada mereka yang tinggal di pesisiran pantai. Ini adalah kerana angin yang kuat dan dahulunya ketika angin kuat mereka tidak boleh pergi menangkap ikan oleh itu mereka mengisi masa lapang dengan bermain wau.

9. Wayang kulit
Masyarakat kelantan merupakan pelopor didalam bidang perfileman, sebelum wujudnya Tanjong Golden Village (TGV) dan Golden Screen Cinema (GSC) masyarakat kelantan sudah lama ada Ketereh Village Cinema (KVC) dan Kedai Lalat Village Cinema. Malah wayang kulit terdapat dimana-mana kampung di kelantan (sebab itu kota bharu tak ada panggung wayang).

10. Thailand (golok)
Orang kelantan gemar membeli-belah di golok, ini adalah terdapat bermacam-macam barangan yang boleh didapati di golok, dari baju-baju, barangan elektrik, barangan dapur hingga ke mercun boleh didapati di golok. Oleh itu orang kelantan tidak memerlukan shopping complex yang besar-besar seperti di negeri-negeri lain yang hanya akan menimbulkan masalah jalan raya, dan menjadi tempat muda-mudi berpeleseran. Di golok, kanak-kanak, remaja, makcik-makcik dan nenek-nenek semuanya boleh membeli belah bersama-sama.

Note:
(* 50 sen = samah, RM 1.50 = tiga amah)
mecok-ngaju/merajuk/maroh/mengerat __._,_.__

Monday, November 9, 2009

Kesian, kesian

Baru2 ni, sekolah aku ni kecoh sangat2 bila tiba2 sorang cikgu lelaki ni, tepek kad kawin dia kat bilik guru. Semua orang terkejut. Bukan terkejut sebab bakal pengantin perempuan tu artis ke, selebriti ke. Terkejut sebab, mamat ni ala2 bercinta dengan sorang staf kat sini. Semua orang pun tahu kisah 'cinta' dorang ni, sebab terlalu banyak sign yang menunjukkan dorang ni bercinta. Tup2, nama & gambar yang ada kat kad tu, orang lain. Apa lagi, yang kaum2 hawa kat sini berapi2 la marahkan dia (marah belakang aje...)

Nak tau apa si mamat ni cakap bila orang tanya? Dia kata, dia tu bercinta dengan adik aku, bukan dengan aku. Aku jaga amanah je, jaga dia kat sini. Oh, alasan yang sungguhlah tak logik. Macam orang keliling dia ni bodoh sangat & tak de mata & otak untuk menilai. Lelaki kan? They're best actor. Dalam telefon bersayang2 bagai & si perempuan menangis sakan bila dapat tahu berita ni sebab dah melibatkan orang tua dia. So, apa maknanya tu? Kesian kan? Malu pun ada. Memang kesian....

Nak Tukar Sekolah

Bukan aku yang nak mintak tukar, tapi cikgu2 kat sinilah. Tapi semuanya frust, tak berjaya. Katanya sebab kesilapan kecil saja yang berpunca dari orang lain. Kesian kan? Ada yang dah 8 tahun kat sini, anak 2 orang. Suami kat Perak, 2 bulan sekali baru jumpa. Macam ibu tunggallah kiranya dorang ni. Semua kena buat sendiri kat sini.

Isnin nanti, dorg pakat2 nak pergi Putrajaya. Nak merayu untuk pertukaran. Yang bestnye, dorang mintak tolong aku hantarkan & fully sponsored. Hehe, apa lagi, aku pun setujulah. Aku pun dah lama tak ke Putrajaya. Sambil2 tu, boleh ler aku cuci mata...

Banjir

Musim banjir tiba lagi. Masa aku balik ke Terengganu melawat pakcik yang meninggal, hujan lebat tak berhenti. Sepanjang perjalanan hujan, drive pun ala2 romantik aje. Masa balik dari Terengganu pun sama. Ada kawasan kat Dungun dah mula naik air. Kat Kuantan pun sama, cuma belum ada yang kena pindah.

Sepanjang perjalanan aku ke sini pun, banyak kawasan yang diletakkan tanda aras banjir. Semalam, di kiri kanan jalan, air hampir menyamai jalan, aduhhh, takutnya aku. Mujur dah tak hujan sangat. Sekolah aku pulak minggu ni sibuk dengan sukan tahunan. Time hujan2 nilah dorang nak wat sukan tahunan. Pelik aku. Mujur aku tak terlibat, hehe. Tapi yang sebenarnya dorang terlupa nak taruk nama aku....hehe, lega.

Al-Fatihah

Al-Fatihah untuk pakcik aku yang meninggal pada 4 November 2009. Biasanya kalau kami sekeluarga ke Terengganu, rumah dialah tempat wajib kami singgah, sebab tempatnya cantik.
Inilah tempat yang kami selalu lepak kalau ke Terengganu.

Al-Fatihah...semoga dia ditempatkan bersama golongan yang beriman. Amin...