Tuesday, December 23, 2008

Kota si bujang

Lebih 60 peratus penduduknya masih belum berkahwin dan majoritinya adalah warga tua.

JIKA berkunjung ke San Fransisco, jangan terkejut jika anda melihat ada banyak restoran di sekitar bandar itu, malah menurut pemandu pelancong yang membawa penulis dan rakan media lain dari Malaysia, di pusat bandar saja ada lebih 300 restoran yang menyajikan pelbagai hidangan daripada makanan Barat hingga sajian Jepun.

Ini tidak menghairankan kerana San Fransisco dihuni oleh mereka yang masih belum berkahwin sehingga digelar kota untuk si bujang. Dianggarkan lebih 60 peratus daripada penduduknya adalah bujang dan sebahagian besar adalah warga tua sehinggakan pemandu pelancong secara berjenaka memaklumkan sukar untuk melihat kanak-kanak kecil di bandar itu.
Lebih lanjut sila baca di Berita Harian.

src : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Kembara/20081214082254/Article/indexkem_html

p/s : I wonder, kalau2 satu hari nanti KL pun akan jadi macam San Francisco...macam manalah tu ek...hmmm

No comments: