Tuesday, April 29, 2008

Antara kerja dan ibubapa


Seorang bapa, terlantar sakit tahap kritikal di hospital hampir 2 minggu, dijaga oleh si emak yang juga sudah berusia. Selama itu juga emak berkampung di hospital. Manakala si anak bergilir2 balik menjenguk dan menjaga hanya pada hujung minggu dengan alasan... 'kerja'. Adakah kerja menjadikan seseorang itu membelakangkan kebajikan orang tuanya? Adakah peruntukan atau akta yang mengatakan seseorang pekerja tidak dibenarkan mengambil 'unpaid leave' ataupun cuti emergency?


Patutkah tanggungjawab itu hanya diletakkan di atas bahu emak seorang? Bila sesekali doktor memberitahu begitu begini, petang ini kena tebuk sana sini, si emak hanya mengangguk setuju tanpa memahami apa makna semua itu.


Bila si emak memberitahu, 'abah masuk hospital...'


Si anak pula bertanya, 'teruk ke?'


Logiknya, doktor tidak akan memasukkan kita sesuka hati ke hospital jika tidak di tahap membimbangkan. Adakah perlu menunggu sehingga keadaan bertambah teruk, maka barulah si anak diwajibkan balik menjenguk orang tuanya?


Apakah nilai-nilai kemanusiaan yang satu ini juga semakin terhakis dari hati kita sebagai si anak? Apakah perlu menunggu sehingga menjadi batu seperti Si Tanggang barulah kita akan menyesal? Jangan biarkan orang tua kita mengalirkan air mata kerana sikap kita.


Berbaktilah kepada orang tua selagi mereka masih ada. Ingatan ini aku tujukan kepada diriku sendiri khususnya dan kepada pembaca umumnya.


Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa? Tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: ?Apa lagi.? Jawab baginda: ?Berjihad pada jalan Allah.


Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Wassalam

1 comment:

Azman said...

Mendapat keberkatan dari ibubapa adalah paling utama... supaya kerjaya anda juga mendapat berkatnya... jika anda tidak mendapat berkat.. jangan harap anda akan mencapai kejayaan di dalam kerjaya anda.. jika gaji besar menjadi ukuran... anda silap... duit terasa tidak cukup, anak-anak mungkin tidak mendengar kata-kata anda.. sentiasa resah gelisah.. fikiran tidak tenang... jadi anda fikirlah sendiri....