Monday, August 18, 2008

My Beloved Kancil - Part 3

Jumaat petang, aku ke terminal. Nak cari tiket bas ke dungun untuk esok (sabtu) sebab nak pergi ambil kereta. Dah seminggu lebih kereta aku siap, tapi aku belum ada masa nak pergi ambil. Tup tup, tiket sold out. Oh, cuti sekolah sudah bermula rupanya. Aduh, macam mana ni? Nak naik bas lompat-lompat ke? Dulu pernah try tapi tersangkut di kemaman. Takut juga aku. Dibuatnya aku tak sampai2 ke dungun hingga ke petang, tak ke haru?
Bos aku yang prihatin tu, telah bermurah hati mengizinkan aku menggunakan kereta company. tapi wira tu kuat makan minyak...pesan bosku. Aduh, berapa aku nak kena spend duit minyak ni. tapi ada satu masalah lain pulak. Siapa nak drive kereta satu lagi balik nanti? adik aku awal2 lagi cakap tak boleh sebab dipaksa kerja pada hari sabtu tu. Aku menghubungi beberapa rakan untuk meminta bantuan. tapi tak ada yang boleh membantu. akhirnya, aku meminta pertolongan dari seorang rakan. dia ni tak ada lesen. terpaksalah dia meminta pertolongan kawannya pula. dan aku ditemani oleh gee untuk ke dungun. akhirnya selesai sudah masalah untuk ke dungun.

Inilah keadaan keretaku yang telah di makeover. Senang rasa hati walaupun aku terpaksa belanja minyak kereta company yang jumlahnya memang tak terjangka olehku. Keseluruhan rm yang terbang hari sabtu tu membuatkan aku pening kepala sampai ke hari ini dan mungkin juga sehingga hari gaji hujung bulan nanti.

No comments: