Thursday, August 21, 2008

BP Mall

PENULIS FP DI POPULAR BOOKSTORE, BATU PAHAT
Temui Teja Irzara, Hafirda Afiela dan Eny Ryhanna di Popular Bookstore Batu Pahat pada 23 Ogos 2008. Kenali mereka dan beramahlah dengan mereka.
Datang... jangan tak datang
!


Terkezut buka blog Fajar Pakeer pagi ni. Ada promo program yang diusahakan oleh Teja Irzara bersama Popular Bookstore Batu Pahat (copy dari blog uncle). Terima kasih pada uncle dan Teja atas usaha ini. Malam ini aku akan bertolak ke sana. Naik bas aje. Pada mulanya aku berbelah bagi antara nak pergi ataupun tidak sebab pada tarikh yang sama aku ada exam SPA. Aduh, yang sana komitmen dan aku telah berjanji dengan Teja untuk menghadirkan diri. Yang satu lagi, peringkat pertama untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam (kalau ada rezeki). Mak berkali-kali mengingatkan aku supaya pergi exam tu. 2-3 hari aku bengong. Setelah bercakap dengan Kak Long, dia, teman2 rapat, teman2 yang tak berapa rapat..hehe, aku akhirnya mengambil keputusan untuk memenuhi janjiku pada Teja. Q & Fir, i'm coming bebeh...

No comments: