Tuesday, March 31, 2009

Sunday, March 29, 2009

Ibu & Bapa


Emak dan abah bergegas ke kedai untuk membeli keperluan untuk dimasak tengah hari ini. Kebiasaannya setelah selesai kursus haji setiap hari sabtu, mereka pergi makan dan terus balik ke rumah. Tak akan masak untuk hari itu dan makan malam hanyalah yang ringan2 saja. Tapi, disebabkan anak, menantu dan 2 cucunya nak balik, makanya dia hendak sediakan makanan untuk menyambut kepulangan anak menantu yang entah berapa lama tak balik menjenguknya.

Abah membeli ikan pari, sayur sawi dan kailan. Selesai solat zohor, si emak terus ke dapur. Biasanya selepas zohor, kedua orang tua itu baring2 dan berehat ataupun tidur.
Ikan pari dimasak gulai kari, sup sayur dan tak lupa telur dadar dicampur kelapa dan sedikit cili boh kesukaan cucu perempuannya. Nasi sepenuh2 periuk dimasaknya. Abah setia membantu apa yang patut. Mereka melakukan dengan penuh kasih sayang untuk anaknya sekeluarga.

Selepas sejam, semua hidangan telah siap tersedia. Barulah mereka baring2 dan berehat sambil berbual tentang keletah cucu2nya. Rindu sangat agaknya. Kelihatannya mereka tak sabar menanti kepulangan cucu2nya. Cuti sekolah baru ni pun anaknya tak bawak balik cucu2nya.

Setelah solat asar, anaknya belum sampai lagi. si emak, sekejap2 menjenguk ke depan apabila terdengar bunyi deruman kereta. Oh, bukan. Kejap lagi sampai kut, katanya di dalam hati. Dia duduk kembali. Hampir setengah jam berlalu, tak juga muncul2 orang yang dinanti.

‘Telefon dia orang, abah.’ Pinta si emak. Abahnya menghubungi. Lalu dijawab oleh cucu lelaki.
‘Balik ke tak ni?’ tanya si atuk pada cucu.
‘Ibu, atuk tanya balik ke tak?’ Dari jauh si abah dapat mendengar suara anaknya dengan jelas. ‘Tak balik.’
‘Atuk, ibu kata tak balik.’ Jawab si cucu.
‘Kenapa tak balik?’
‘Ayah balik lambat.’
‘Penat nenek masak.’ Ujar si atuk kecewa. Walaupun hakikatnya si emak lebih kecewa kala mendengar kata-kata si abah.
‘Nenek masak apa?’ tanya si cucu.
‘hmm, tak apalah…’ balas si atuk hampa.

Si abah memandang si emak. Hilang senyum di wajah mereka. ‘siapa nak makan banyak2 tu? Bla…bla…bla…’si emak mula menceceh meluahkan kekecewaannya pada abah. Sudahnya, semua makanan itu disedekahkan kepada jiran2.




Airmata Ibu
Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu
Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu
Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu
Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus
Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda…
Duhai ibu


Kesimpulannya, sama2lah kita membahagiakan hati kedua orang tua kita. Jangan biarkan mereka kecewa dengan alasan remeh-temeh. Luangkanlah masa bersama mereka. Baliklah, luangkanlah masa bersama mereka walaupun hanya untuk seketika. Jangan biarkan mereka ternanti2 dan akhirnya mereka diberikan jawapan yang mengecewakan. Mereka hanya perlukan perhatian dan kasih sayang.


Jasa dan pengorbanan mereka tidak ternilai. Tidak mampu untuk kita bayar. Penat lelah mereka membesarkan kita semua sememangnya amat aku hargai. Tidak ada yang lebih baik daripada kedua orang tua kita. Kasih sayang yang diberikan tanpa berbelah bagi sememangnya aku hargai. Aku sememangnya kagum dengan mereka. Tidak ada hero lain daripada kedua orang tua kita.

Sebagai ibu bapa, mereka tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan daripada anak-anak. Mereka tidak memaksa supaya segala pengorbanan mereka dihargai. Oleh itu, kita sebagai anak perlu mengingati bahawa tidak ada lagi manusia lain di dunia ini yang benar-benar menabur jasa dalam hidupnya melainkan ibu bapa.Islam mengajar umatnya supaya mengenang budi, lebih-lebih lagi budi orang tua. Setiap anak diwajibkan berbakti kepada orang tuanya.

Berbakti atau berbuat baik kepada ibu bapa dan mentaati suruhannya yang baik adalah perintah Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah bermaksud: “Sembah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat ihsanlah (berbuat baik) kepada (orang tua) ibu bapa.” (Surah an-Nisa, ayat 36)


Ayat itu, membuktikan betapa tingginya kedudukan ibu bapa yang diberikan oleh Islam. Kita disuruh menyembah Allah dan kemudian berbuat baik kepada ibu bapa. Sesungguhnya, syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.


Lihatlah betapa besarnya jasa kedua orang tua kita. Janganlah kita ambil mudah hal-hal yang melibatkan kedua orang tua kita. Jagalah mereka sementara kita masih boleh melihat mereka. Jangan di abaikan mereka. Janganlah malu dengan apa yang ada pada mereka. Banggalah jadi anak mereka. Tanpa mereka kita tak akan ada di dunia ini. Tanpa mereka kita tak jadi insan yang berguna sampai hari ini. Tanpa mereka siapalah kita. Itulah yang perlu kita tanamkan dalam hati kita. Sematkan di dalam hati ini supaya itu lah IBU dan BAPA yang kita sanjungi. Sama-sama kita ingat mengingatkan antara kita semua.

Wednesday, March 25, 2009

Membaca

Anda semua suka membaca? Aku pasti, orang yang membaca entry ini, tentulah seorang yang suka membaca. Betul tak? Hehe…
Ilmu itu pelita hidup. Ianya memberi sinar dan cahaya sebagai panduan jika kita dalam kegelapan. Maknanya, tak adalah teraba-raba dan salah satu caranya adalah dengan membaca. Paling tidak, isu2 semasa, pengetahuan umum dan pemikiran logik kita ada untuk membantu kita dalam menjalani kehidupan seharian. Hidup kita ini perlulah seimbang, ya tak?

Kenapa aku tulis pasal membaca hari ni? Sebab, semenjak dua menjak ni, aku sering di tanya oleh beberapa orang tentang sesuatu yang aku rasakan teramatlah simple. Yang aku rasakan, jawapannya terlalu mudah. Tapi disebabkan oleh kurangnya membaca, menjadikan ianya sesuatu yang sukar. Dan bagiku, ianya jelas menunjukkan betapa tidak membacanya seseorang itu. Mungkin dia tidak suka membaca. Ya, ada orang mengaku pada aku, bahawa dia sememangnya tidak suka membaca. Bila aku ceritakan pada bestfriend2 aku, kata mereka, ‘malangnya ko kenal orang-orang yang sebegitu.’

Sekurang-kurangnya dalam hidup kita, sudah tentu kita akan membaca sama ada, novel, surat khabar, wikipedia, majalah dan sebagainya, kan? Bukan aku hendak mengatakan yang aku ini seorang yang rajin membaca. Tidak juga. Nak habiskan sebuah buku pun berzaman…hehe. Tapi, tak adalah sampai bertanya kepada orang tentang sesuatu yang terlalu umum.

Apakah perasaan anda bila ditanyakan soalan sebegini oleh seorang yang telah cukup matang, pernah belajar di universiti, telah bekerja selama 4 tahun dan juga asalnya dari kampung. Bukannya anak bandar.
‘Ni, pokok apa? Tu, pokok apa?’. Dan jawapannya adalah, pokok durian dan rambutan. Anak saudara aku yang darjah 6 pun kenal pokok2 ni.

Satu kes lagi, ditanya oleh seorang yang berusia 30an, bekerja di perpustakaan dalam 10 tahun dah dan boleh akses internet bila2 masa. Satu tempat yang penuh dengan sumber ilmu. Soalannya, ‘G-****** tu apa?’ Bila aku tanya, kenapa tanya benda tu? Katanya, ada lelaki tanyakan padanya tentang benda ni. See, dengan mudahnya lelaki itu mempersendakan dia. (yang ni tak bolehlah nak letak gambar ya)

Aku bersimpati dengan mereka. Ya, mereka naïf. Tapi mereka tak ada usaha untuk mengupgradekan diri mereka. Aku nak ceritakan pula tentang seorang kawan aku ni. Dia berkelulusan SPM. Tinggal di kampung dan kerja kampung (dia yang cakap macam ni, bukan aku ya). Sumber rujukan yang paling mudah dan murah hanyalah suratkhabar. Nak akses internet kena pergi cc (teramatlah slow). Tapi, dia ada usaha. Aku boleh berbual berbagai topik dengannya (dia lebih banyak bagi aku input sebenarnya). Jadi kesimpulannya, marilah kita sama-sama berkongsi ilmu dan mencari ilmu. Jangan sampai orang mentertawakan kita atas soalan2 naif kita itu. Akhir sekali, maaf andai ada yang terguris dengan entry ini.

Monday, March 23, 2009

Cantik, Kurang Bijak vs Bijak, Kurang Cantik

Cantik, bodoh atasi wanita bijak

LONDON: Kajian baru mengesahkan lelaki lebih rela keluar bersama dengan wanita cantik yang bodoh daripada wanita bijak tetapi kurang menarik. Tinjauan menunjukkan 73 peratus lelaki lebih berkemungkinan memilih gadis seperti pemenang siri Celebrity Big Brother's, Chantelle Houghton berbanding bintang Cabaran Universiti, Gail Trimble. Lebih separuh lelaki berkata otak yang bijak tidak penting selagi wanita itu cantik kerana ia penting untuk mengagumkan rakan mereka. Lapan daripada 10 lelaki berkata, mereka tergugat dengan gadis bijak.
Bagaimanapun, hampir tiga perempat wanita berkata mereka mencari lelaki bijak berbanding wajah kerana lelaki kacak terlalu sombong sebaliknya lelaki bijak boleh menyediakan kesenangan kepada mereka. Cuma seorang dalam 10 wanita memilih lelaki kacak berbanding yang bijak kerana ................. seterusnya baca di http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Dunia/20090323231428/Article/index_html

First of all, nak tanya. Anda suka tengok cerita Ugly Betty? Aku suka. She's cute in her own way.
Back to the topic. Aku nak komen la sikit tentang kajian yang dilakukan di London ni. Aku rasa, kajian ni juga boleh digunapakai di Malaysia. Mengikut pengalaman aku (tak banyak mana pun..hehe) dan juga pengalaman kawan-kawan aku, lelaki sebegini dah lama wujud kat negara kita ni. Patut ler kita ni tak ada orang lelaki yang nak ajak dating ye, kan girls. Tak menarik rupanya...hehe. Ada bestfriend aku cakap, lelaki yang macam ni biasanya dia pun kurang bijak juga. So, padan ler tu. Kata bestfriend aku lagi, inilah species lelaki2 hampeh. Tapi menurut kata kawan2 lelaki aku pulak, "ala, keluar suka2 memang nak cari yang cantik. Kalau nak buat isteri, kita orang carilah yang bijak." Hmm...

Thursday, March 19, 2009

Cuti-cuti Malaysia

Dalam perjalanan ke Kuala Terengganu, singgah ke Pantai Kemasik, Terengganu. Cantik tak? Cantik, kan? Tapi tak jalan ke mana pun, Sabtu & Ahad, merata tempat kat Terengganu hujan lebat.

Selasa, bawak anak-anak buah jenjalan kat Teluk Chempedak & Pantai Sepat, Kuantan. Suka sangat dia orang dapat tangkap ketam seekor. Bawak balik rumah, letak dalam akuarium. Kesian pulak budak2 tu, tak dapat mandi sebab plan last minute.

Wednesday, March 18, 2009

Congratulations

Raih anugerah Aswara hasil cinta penulisan
KUALA LUMPUR: Walaupun sudah menggenggam segulung ijazah dalam jurusan pentadbiran perniagaan, cintanya pada ilmu terus membakar semangatnya untuk mendalami pengajian dalam bidang penulisan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Lebih membanggakan apabila Habibah Mohd Idris, 28, muncul sebagai pelajar cemerlang menerima Anugerah Rektor Fakulti Penulisan Kreatif dalam konvokesyen ke-7 Aswara, semalam.
Dia yang juga penulis 13 novel mengakui kecintaannya dalam dunia penulisan membuatkannya lebih bersemangat untuk mendalami bidang berkenaan. apalagi adiknya, Hairon Nizam turut mengambil jurusan sama.
“Saya akan terus menulis dan mengembangkan bakat ini supaya dapat diwarisi kepada anak-anak kelak,” katanya yang kini memegang jawatan Eksekutif Penerbitan di Fajar Pakeer Sdn Bhd.
p/s : Gambar2 tu aku yang letak sendiri tau. Tak ada dalam artikel kat Metro, hehe. Anyway, congrats again to you...

Wednesday, March 11, 2009

Tatapan Penuh Kasih


Pernahkah anda menatap wajah orang-orang terdekat dengan anda ketika ia sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali sahaja menatap wajah-wajah ketenangan mereka ketika sedang tidur.

Ketika itu yang kelihatan adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur, tidak akan kelihatan wajah bengisnya.
Perhatikanlah ayah anda ketika beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu sasa dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat diwajahnya. Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.
Sekarang, beralihlah. Lihatlah ibu anda. Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana tempaan hidup yang keras. Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.
Cubalah menatap wajah orang-orang tercinta itu : Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Abang, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya. Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan ketika menatap wajah yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.
yang kadang2 tertutup oleh kesalah-fahaman kecil yang entah kenapa selalu sahaja nampak besar. Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu dapat kelihatan lagi melalui wajah-wajah jujur mereka ketika sedang tidur.
Pengorbanan yang kadang2 melelahkan namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata : "betapa lelahnya aku hari ini". Dan penyebab lelah itu? Untuk siapa dia berlelah-lelah? Tidak lain adalah kita. Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, abang, adik, anak, dan sahabat yang telah melalui hari-hari suka dan duka bersama kita.
Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan seketika terganggu jika mengingat itu semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika keesokan hari mereka; orang-orang yang dikasihi itu tidak lagi membuka matanya, selama-lamanya...
If you can touch it and you can see it, it's REAL...
If you can touch it but you can't see it, it's TRANSPARENT...
If you can't touch it but you can see it, it's VIRTUAL...
If you can't touch it and you can't see it, it's GONE...

Monday, March 9, 2009

Salam Maulidurrasul

Masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Salam Maulidurrasul kepada seluruh umat Islam.

Aishah narrated:

The Prophet s.a.w used to mend his own shoes,
sew his own clothes, and work in his own house
just as one of you would work. He acted like a common man -
he patched his own clothes, milked his own goats and
engaged himself in routine work.

At-Tirmizi



http://testi.iluvislam.com/

Wednesday, March 4, 2009

Burung

Rasa-rasanya yang ni nama dia burung cenderawasih. Kan ada mitos pasal burung ni. Tapi aku tak pasti apa dia. Adik aku ambil gambar burung ni kat office Perhilitan Seksyen 8, Shah Alam.






Yang lain-lain ni sume species kakak tua kot...hehe. Tak tahu sangat. Cuma sebab cantik, aku letaklah kat sini. Semua gambar ni, koleksi adik aku. Dia ambil kat Perhilitan tu jugak kot...hmm

Ada Masa

Ada Masa by Infinatez

Ada masa yang akan ku fikirkan
Kiranya kau pergi dariku
Bagaimanakah akan ku teruskan tanpamu
Tak sanggup untuk ku bayangkan
Andainya takdir jauhkan kau dariku
Satu yang ku mahu hanyalah kamu

Maafkan aku
Telah ku lukakan hatimu cintaku
Ingin benar ku memahami dirimu
Agar dapat selalu senyum di wajahmu
Betapa sungguh ku inginkan
Belaian senantiasa kau berikanku
Merasa kehangatannya cintamu
Sakitnya tiap kali kau titiskan
Air jernih dari matamu
Bebanannya ku tak mampu


Maafkan aku
Telah ku lukakan hatimu cintaku
Ingin benar ku memahami dirimu
Agar dapat selalu senyum di wajahmu

Andainya
Kau tahu perasaanku padamu
Takkan kau siakan air matamu
Walaupun diriku jauh
Takkan pernah kau tiada
Di hatiku

Maafkan aku
Telah ku lukakan hatimu cintaku
Ingin benar ku memahami dirimu
Agar dapat selalu senyum di wajahmu

Tuesday, March 3, 2009

Tag

Aku nak minta maaf sangat2 pada sesiapa yang pernah tag aku. Aku sebenarnya tak reti nak buat apa / macam mana bila kena tag ni. So, semalam Bikash dah ajar aku. TQ to Bikash, ajarkan aku yang naif ni...hehe

1. You have to point out 5 romantic movies that you would love to share with your loved ones.
2. It doesn’t have to be in order.. as long as you love the movies, it will be fine.
3. You have to tag another 5 person to answer this tag.
So, inilah jawapan aku.

1. 5 romantik movies. Nak tambah 1 lagi boleh? hehe. The Cave of Golden Roses. Ha, yang ni memang best. With all my best friends during ITM. Do you remember gals???

To tag another person. Memang kena 5 orang ke? 3 aje tak boleh ke? Hmm siapa ya? Fatin, Hanny, Leya...lagi? sambung kemudian boleh? Hehe...

Monday, March 2, 2009

Komputer aku

Malam tadi hujan lebat sangat. Aku tersedar sebab bunyi air dalam bilik aku. Aku bangun tengok. Baru aku tahu bilik aku bocor. Bukan setakat menitik, dah macam air terjun. Tempias kena komputer aku. Monitor aku habis basah. Macam mana aku nak buat kerja ni...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Dah beritahu dengan tuan rumah. Tapi kalau nak repair mestilah tunggu habis musim hujan. Mahunya banjir pulak bilik aku tu.