Wednesday, March 25, 2009

Membaca

Anda semua suka membaca? Aku pasti, orang yang membaca entry ini, tentulah seorang yang suka membaca. Betul tak? Hehe…
Ilmu itu pelita hidup. Ianya memberi sinar dan cahaya sebagai panduan jika kita dalam kegelapan. Maknanya, tak adalah teraba-raba dan salah satu caranya adalah dengan membaca. Paling tidak, isu2 semasa, pengetahuan umum dan pemikiran logik kita ada untuk membantu kita dalam menjalani kehidupan seharian. Hidup kita ini perlulah seimbang, ya tak?

Kenapa aku tulis pasal membaca hari ni? Sebab, semenjak dua menjak ni, aku sering di tanya oleh beberapa orang tentang sesuatu yang aku rasakan teramatlah simple. Yang aku rasakan, jawapannya terlalu mudah. Tapi disebabkan oleh kurangnya membaca, menjadikan ianya sesuatu yang sukar. Dan bagiku, ianya jelas menunjukkan betapa tidak membacanya seseorang itu. Mungkin dia tidak suka membaca. Ya, ada orang mengaku pada aku, bahawa dia sememangnya tidak suka membaca. Bila aku ceritakan pada bestfriend2 aku, kata mereka, ‘malangnya ko kenal orang-orang yang sebegitu.’

Sekurang-kurangnya dalam hidup kita, sudah tentu kita akan membaca sama ada, novel, surat khabar, wikipedia, majalah dan sebagainya, kan? Bukan aku hendak mengatakan yang aku ini seorang yang rajin membaca. Tidak juga. Nak habiskan sebuah buku pun berzaman…hehe. Tapi, tak adalah sampai bertanya kepada orang tentang sesuatu yang terlalu umum.

Apakah perasaan anda bila ditanyakan soalan sebegini oleh seorang yang telah cukup matang, pernah belajar di universiti, telah bekerja selama 4 tahun dan juga asalnya dari kampung. Bukannya anak bandar.
‘Ni, pokok apa? Tu, pokok apa?’. Dan jawapannya adalah, pokok durian dan rambutan. Anak saudara aku yang darjah 6 pun kenal pokok2 ni.

Satu kes lagi, ditanya oleh seorang yang berusia 30an, bekerja di perpustakaan dalam 10 tahun dah dan boleh akses internet bila2 masa. Satu tempat yang penuh dengan sumber ilmu. Soalannya, ‘G-****** tu apa?’ Bila aku tanya, kenapa tanya benda tu? Katanya, ada lelaki tanyakan padanya tentang benda ni. See, dengan mudahnya lelaki itu mempersendakan dia. (yang ni tak bolehlah nak letak gambar ya)

Aku bersimpati dengan mereka. Ya, mereka naïf. Tapi mereka tak ada usaha untuk mengupgradekan diri mereka. Aku nak ceritakan pula tentang seorang kawan aku ni. Dia berkelulusan SPM. Tinggal di kampung dan kerja kampung (dia yang cakap macam ni, bukan aku ya). Sumber rujukan yang paling mudah dan murah hanyalah suratkhabar. Nak akses internet kena pergi cc (teramatlah slow). Tapi, dia ada usaha. Aku boleh berbual berbagai topik dengannya (dia lebih banyak bagi aku input sebenarnya). Jadi kesimpulannya, marilah kita sama-sama berkongsi ilmu dan mencari ilmu. Jangan sampai orang mentertawakan kita atas soalan2 naif kita itu. Akhir sekali, maaf andai ada yang terguris dengan entry ini.

No comments: