Tuesday, August 25, 2009

Adik2 sekolah rendah, jom try


Sesiapa yang ada anak sekolah rendah, trylah join contest ni. Tak perlu pos, slogan ke hapa. Buat then send online. Trylah...

Member opis lama

Tadi aku terima 1 panggilan. Nombornya aku tak kenal. Suaranya pun aku tak kenal, tapi dia kata kenal aku. Dia mengingatkan aku begini..."saya pernah cakap pada awak yang saya tak ada kawan macam awak dan saya takkan kawan dengan awak lagi". Kemudian aku terus teringat. Oh...En. K. Ya, dulu dia pernah marah aku. Dia meninggikan suara pada aku dengan ayat di atas kerana dia salah faham. Dan jawapan aku ketika itu..."fine, saya tak rugi apa-apa pun kalau En.K tak nak kawan dengan saya". Dan lepas tu, kami lost contact.

Masa dia call aku tadi, dia kata nak minta maaf bersempena ramadhan. Katanya lagi, Allah bukakan hati dia untuk telefon aku dan tahu dia bersalah kat aku. Hehe, tahu pun....tapi aku cakap dalam hati aje.

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan Datang Lagi...

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK.....SEMOGA PUASA KITA ALLAH TERIMA ...AMIN



Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.


SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

Thursday, August 13, 2009

Pesta Buku Popular


Tarikh: 22 - 31 Ogos 2009
Masa: 10.00 pagi - 10.00 malam
Tempat: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Temui penulis : Eny Ryhanna, Bikash Nur Idris & Rehal Nuharis
Tarikh: 23 Ogos 2009
Masa: 2.00 - 2.45 petang

Wednesday, August 12, 2009

Mood

Entah kenapalah mood untuk menulis sangat2 kritikal sekarang ni? Bila tengok semua penulis FP dengan mininovella masing2, jeles pun ada. Aku sorang aje tak ada mininovella...huhu. Dulu masa orang tengah sibuk2 buat mininovella, aku sibuk dok cari kerja. Sekarang ni, bila dah kerja, aku dah jadi malas. Bila buka je laptop, aku pun mulalah menguap. Aduhh...macam mana nak siapkan dwilogi pulak ni!!!!!

Manuskrip yang ada pun, macam terbengkalai aje. Fatin...help me. Nampaknya Fatin menang lagi. Isy, tak boleh jadi ni. Kena lawan Fatin jugak.

Cerita pasal mood, tetiba teringat pulak kat kawan lama aku. Mood jugak namanya...Mahmood As-Siddik. Dah lose contact pun. Dulu ala2 rapatlah jugak dengan dia masa sama2 belajar. Dah habis belajar, adalah juga contact sekali sekala. Entah sejak bila terputus terus. Agaknya dah kawin pun dia...hehe

Happy Birthday to Siti R

Siti R/CT/Mak et....ketiga2nya orang yang sama. Orang tak sempat nak create apa2 utk mak et, so, org tepek ajelah ye....

Celebrate dengan Chik eh? Enjoy your dinner tonite (i wish dpt join sama...huhu). Pesanan orang utk CT, jangan pakai t-shirt aje tau, nanti orang lain tengok ingat Chik birthday girl...hehe. Dengar2 cite, dia nak melaram habis....hehe...jangan marah ye Chik...


Happy Birthday
Happy Birthday Sayings
-Bersempena bulan kemerdekaan, makanya orang pilih tema bunga raya...hehe. Patriotik....



Happy Birthday Wishes

Lagu untuk semua FS

Aku nak tujukan lagu ni untuk semua FS yang ada kat Malaysia ni. Tak ada kena mengena dengan cinta pun...hehe. Tapi just nak bagitau yang aku dah berhenti berharap...at least untuk minggu ni. Dari hari selasa dok menunggu, sampai hari ni, tak dapat2 juga. Minggu depan aku sambung balik berharap. Tapi kalau ditakdirkan esok dapat, aku akan terus berhenti berharap dan tunggu awal bulan depan pulak...hehe

Berhenti Berharap
Artist: Sheila On 7

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati

Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan
Haa...

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu
Woo...

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengertiSemua...

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

Hmm, macam best pulak lagu ni. Layanlah kejap. Nak dengar? Cari sendirilah kat youtube tu...

Tuesday, August 11, 2009

Lega

Semalam aku pergi klinik kerajaan. Dah petang, ala2 time dia nak tutup. Tak ada oranglah pulak. Menyesal pulak rasanya pergi klinik swasta kelmarin. Dahlah kena tunggu lama, kuar duit pulak tu. Kalau tak, jimat duit aku yang ala2 tinggal ciput ni...bilalah nak gaji ni? huhu...

Anyway, suhu aku dah turun ke 37.2. Kata nurse yang buat saringan tu, suhu tu dah dikira ok dah. Lega aku dengar. Nak MC ke, tanya nurse lagi. Tak payahlah...bagusnya aku, kan?

Monday, August 10, 2009

Demam

Semalam aku rasa tak sedap badan. Sakit tekak. Aku balik awal, nak ke klinik. Punyalah ramai orang dalam klinik. Rasa give-up je nak tunggu. Tapi, aku tunggu jugak. Kebanyakan semuanya pakai mask. Aku tak ada mask..huhu. Maklumlah, seluruh Kuantan aku cari mask, semua tempat sold out.

Bila turn aku jumpa doktor, aku cakap, saya rasa macam nak demam tapi saya tak sure. Tak apa, kita cek dulu, kata doktor. Dia pun cek aku. Dia kata temperature aku border line. Kalau cecah aje 38, datang semula untuk ambil darah. Takutnya aku. Aku terbaca kat paper semalam, katanya kalau cek kat klinik swasta, accuracy tu dalam 70% je. Tapi kalau nak pergi hospital/klinik kerajaan pulak, entah berapa lama kita nak tunggu? Semalam ada cikgu bercerita, dia ke klinik kerajaan. Dia baru je nak mendaftar, dah kena reject sebab orang terlalu ramai. Kat sekolah aku ni pulak, sepatutnya orang klinik kesihatan datang, tapi sampai sekarang tak datang2. Katanya kalau lebih 20 orang yang demam, baru dorang datang. Tapi dah diberitahu, lebih 20 orang yang demam, tak datang pun. Nak tunggu ada kes kut?

Back to my story, kiranya aku ni panik jugalah bila doktor cakap macam tu. Tapi dia tak bagi pulak MC kat aku...hehe.Tanya klinik tu, ada tak jual mask. Dia kata kedai sebelah ada. Aku pun pergilah kedai sebelah. Kedai caca marba. Kalau staf klinik tu tak beritahu ada jual mask, aku pun tak terfikir nak pergi tanya. Nak lagi best, stok mask dia banyak lagi. Siapa nak mask? Meh beli dengan aku...hehe

Thursday, August 6, 2009

Award lagi









Hadiah kali ni daripada Rehal . Meh aku describe sikit pasal dia. Ramah, suka sengih, friendly, cute...apa lagi ek. Dah ler, nanti dia perasan pulak...hehe. Tapi, aku nak mintak maaf awal2 kat Rehal, sebab aku nak tepek gambarnya aje. Boleh tak? Kira bolehlah ya? Baru jumpa beg besarlah Rehal, sebab tu lambat pi kutip...hehe
Err, aku tak ikut susunan ke? Layan ajelah...

Tuesday, August 4, 2009

1 Malaysia, 1 hidangan - ABC


Rakyat Malaysia sukakan ABC (jika anda bukan rakyat Malaysia atau telah lama berada di luar negara & tidak mengetahui apa maknanya, ABC adalah air batu campur).

Sekiranya anda suka kacang, ada kacang di dalamnya. Oh, betapa sedapnya.

Kalau anda sukakan rasa manis, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ada sirap, susu cair & ais krim di bahagian atasnya.

& di tengah terik matahari, tiada apa yang lebih menyamankan daripada semangkuk ais yang diparut.

Isinya yang lain juga menambahkan kelazatan. Jeli yang berwarna-warni, kacang besar & buah pala, kacang tanah & jagung penuh krim...mmmmm

Setiap satunya sedap, tapi hanya apabila mereka dicampur bersama menjadikan semangkuk ABC begitu istimewa.

Itulah yang kami paling suka tentang ABC - ia mengingatkan kami akan sesuatu yang menyeronokkan di mana setiap satunya berbeza. Namun, menjadi yang terbaik apabila bersama.

Kita mungkin tak sefahaman tentang sesuatu - seperti kacang manakah yang lebih digemari, tapi setuju dengan banyak lagi perkara lain. Umpamanya betapa kita semua sukakan ABC.
p/s : terliur tak? Memang terliur. Dulu selalu pekena ABC kat Seksyen 2 Shah Alam. Kat Kuantan pulak, kat Cenderawasih. Memang best...hehe.
BTW, ni adalah iklan Maybank kat Utusan bersempena Hari Kemerdekaan. Sebab dia cerita pasal ABC, aku pun ciloklah...hehe

Sunday, August 2, 2009

Review Novel Dakapan Cinta by Aullea

Pagi ni, aku tersenyum sorang2 baca chat aullea. Dia crush kat Aliff...hehe. Anyway, kat sini, aku tampal review DC oleh Aullea. Terima kasih banyak2 sebab tulis review ni. Susah2 aje....hehe. Pssttt...tengah pregnant pun diet gak ke?
____________________________________________

* Sinopsis is more to Aliff, tapi actually lebih byk dlm kehidupan Sarah(watak utama) & sinopsis x mention psl watak ketiga iaitu Ameer yg jadi penyeri ala-ala cinta tiga segi Sarah.

*Actually dari mula baca aullea x berkenan kat Ameer ni tapi sebenarnya dia baik jugak bukan lah watak sbg perampas ke ape smp last2 boleh fikir Sarah will end up dgn Ameer ke Aliff. tambah lak cinta terhalang oleh keluarga.mmg suspen jugak lah..

* Aliff so cute, caring,romantic & gentleman giler.. berani lak tu tackle ex dia(Sarah)..hendak 1000 daya kan?smp saat akhir tak mengalah.tak ke gentleman camtuu.. best man win,ok?

* Sarah tu mahu tapi malu...hehe. geram jugak lah asyik nak deny perasaan sendiri je..kesian kat Aliff tu nasib baik dia penyabar..

*Ameer (org ketiga) mmg a nice guy smp ending story tapi..ish..selalu je muncul. Sarah pun satu, mcm xleh baca je gerak hati lelaki tu sedang nk ngorat awak.bergurau lebih2,manalah Aliff x jelous..(hehe,aullea lak geram)

*Paling best bab romantik Aliff & Sarah..hehe malu-malu pulak dorang nih..

*Apepun, aullea setuju yg ibu Aliff mmg ibu yang paling kejam kat Malaysia.

*OVERALL, aullea mmg satisfied dgn novel ni. kiranya masuk taste aullea lah.. thumb's up :)

Src : http://projekdiet.blogspot.com/2009/08/review-novel-dakapan-cinta.html