Monday, August 10, 2009

Demam

Semalam aku rasa tak sedap badan. Sakit tekak. Aku balik awal, nak ke klinik. Punyalah ramai orang dalam klinik. Rasa give-up je nak tunggu. Tapi, aku tunggu jugak. Kebanyakan semuanya pakai mask. Aku tak ada mask..huhu. Maklumlah, seluruh Kuantan aku cari mask, semua tempat sold out.

Bila turn aku jumpa doktor, aku cakap, saya rasa macam nak demam tapi saya tak sure. Tak apa, kita cek dulu, kata doktor. Dia pun cek aku. Dia kata temperature aku border line. Kalau cecah aje 38, datang semula untuk ambil darah. Takutnya aku. Aku terbaca kat paper semalam, katanya kalau cek kat klinik swasta, accuracy tu dalam 70% je. Tapi kalau nak pergi hospital/klinik kerajaan pulak, entah berapa lama kita nak tunggu? Semalam ada cikgu bercerita, dia ke klinik kerajaan. Dia baru je nak mendaftar, dah kena reject sebab orang terlalu ramai. Kat sekolah aku ni pulak, sepatutnya orang klinik kesihatan datang, tapi sampai sekarang tak datang2. Katanya kalau lebih 20 orang yang demam, baru dorang datang. Tapi dah diberitahu, lebih 20 orang yang demam, tak datang pun. Nak tunggu ada kes kut?

Back to my story, kiranya aku ni panik jugalah bila doktor cakap macam tu. Tapi dia tak bagi pulak MC kat aku...hehe.Tanya klinik tu, ada tak jual mask. Dia kata kedai sebelah ada. Aku pun pergilah kedai sebelah. Kedai caca marba. Kalau staf klinik tu tak beritahu ada jual mask, aku pun tak terfikir nak pergi tanya. Nak lagi best, stok mask dia banyak lagi. Siapa nak mask? Meh beli dengan aku...hehe

4 comments:

aullea said...

mmg ramai org kat klinik. aullea demam hari tu ke swasta jugak.masa tu doc kata tempreture 42. mmg 2 hari flat. better kalau demam lg eny makan ubat cepat2..xle dibiarkan skrg ni musim...xleh harap k.kesihatan tu nk dtg.dorang mmg bz skrg ni sana sini demam..

Bikash Nur Idris said...

Jual murah ek mask? Hehehe...
Moga cepat sembuh ;)

Eny said...

aullea, uit, tginye temperature. semlm sy gi klinik krajaan. time dia dah nak ttup, tak de org. dia kata klu suhu 40, jgn kuar umah.
mujur pg ni dah trun skit suhu sy...u take care too

Eny said...

along...haah, jual murah2 aje, nak ke? hehe...tq