Tuesday, October 28, 2008

Makeover seat kereta

Lepas kes accident hari tu, aku terfikir nak 'mekap' kereta. Maklumlah kereta agak berusia, maka kenalah 'mekap' bagi dia nampak ala2 baru sikit. Raya tempoh hari, tercapailah hajat aku nak 'mekap' bahagian dalam kereta. Taraaaa....cantik tak? hehe. Jauh beli ni, dari Kluang. Sampai terjatuh bergolek Kak Long aku ketika melangkah keluar dari kedai aksesori kereta. Kelakar pun ada masa Kak Long bercerita pasal dia jatuh tu. Sampai bengkak2 pipi dia, tangan pulak tak boleh angkat tinggi sebab dia jatuh mengiring. Kesian dia, malu siot...
Apa pun, terima kasih Kak Long sebab belikan. Orang dah bagi duit raya kan...so gerenti baik dah sakit2 tu...hehe

Jantan Perasan



Atas permintaan mamat ni a.k.a adik aku, maka aku letaklah gambar dia kat sini. Tapi aku pun tak tahu nak tulis apa. Kata dia, tulis dia dalam misi peperangan. Action aje lebih tu, takat relaikan jet MIG je, bukannya bawak pun.
Kenapa tajuk 'Jantan Perasan?'. Anak buah aku, si kecik Fiqah yang bagi gelaran tu. So, aku pun tulislah kat sini...hahaha..
p/s : jangan marah ye dik...fiqah yang cakap. bukan org...

Tuesday, October 21, 2008

'Baby' baru

Memperkenalkan 'baby' baru aku yang bakal berada di pasaran, tapi aku tak pasti bila. Semalam aku terima emel dari Cik Editor FP yang sporting, tanya aku suka tak dengan cover ni? Mestilah aku suka sangat2 sebab permintaanku akhirnya tercapai juga. Pada mulanya Cik Editor kata permintaan aku tak dapat dipenuhi. Aku tak kisah sangat sebenarnya. Bila terima emel gambar cover semalam, terkejut jugalah sebab permintaan aku itu dipenuhi juga. Untuk Cik Editor dan Encik Designer, terima kasih banyak2. Aku sememangnya appreciate sangat dapat bersama2 menyiapkan 'baby' baru aku ini.

p/s : Cover 3D ni telah dihasilkan oleh seseorang, khas untuk aku. Nak tahu siapa dia? Terpampang nama dia kat cover Mentari Cintaku. Aku tahu dia berjaga beberapa malam untuk menyiapkan cover2 ni. Untuk itu, di sini aku ingin mengucapkan ribuan, jutaan terima kasih. I really appreciate it. Lepas ni boleh sign kontrak untuk novel seterusnya pulak ye...hehe



Sinopsis:

Arin ibarat sebiji bintang yang sentiasa bersinar cemerlang, memberikan harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada Nik. Sesungguhnya Allah menciptakan seorang wanita itu sebagai seorang yang istimewa. Allah membuatkan bahunya cukup kuat untuk menopang dunia namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan. Lalu apakah lagi yang harus dilakukan demi untuk membahagiakan Nik? Luka-luka terus mengalir merah. Sakit dan pedih.

Nik pula ibarat mentari yang menyinari dan menghangatkan hati Arin yang walang dengan menyediakan tempat untuk Arin bermanja dan mencurahkan kasih sayang. Kenyataannya, cinta Nik terlalu luhur lagi suci terhadap Arin. Sesungguhnya lestari kasih Nik tanpa batasan. Tiada sempadan waktu yang memisahkan. Pemberian kasihnya tiada bersyarat dan tidak mengharapkan apa-apa balasan jua! Arin, terimalah seseorang seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredai.

Sesungguhnya pernikahan dan perkahwinan ini telah menyingkap tabir rahsia. Arin bukanlah isteri semulia Khadijah. Tidak juga setaqwa Aisyah. Malah, jauh sekali setabah Fatimah. Arin hanyalah seorang isteri yang punya cita-cita untuk menjadi isteri solehah kepada suaminya. Pada Tuhan Arin bersauh kukuh. Mengisi kesepian jiwa dengan irama keredaan –Nya kerana ianya bukan hukum insan.

Tuesday, October 14, 2008

Raya yang tak best

Ni perasaan aku sejak seminggu sebelum raya sehingga kini
Ni perasaan adik2 lelaki aku sejak bermulanya puasa sehingga kini
Aku rasa nak lempang org je. Akak2 aku pun sama
Adik2 lelaki aku rasa nak belasah je org tu. Aku sokong aje kalau nak belasah pun
Keadaan aku bila tengok mak & abah aku mengalirkan air mata akibat perbuatan seseorang yang mereka sayangi. Derhaka, tak sedar diri, tak kenang budi, penipu, pelakon terhebat...xxxxx, xxxx...etc...etc. Sanggupkah kita melukakan hati orang tua yang membesarkan kita? Aku tak sanggup dan sehingga kini, aku tak sanggup untuk memandang wajah tua orang tuaku. Mendengar suara mereka juga aku tak sanggup. Terbayang2 air mata yang menitis laju di pipi tua abah ketika sedang berdoa sesudah solat Maghrib Ahad lalu. Aku juga turut menangis kala memujuknya. Agak lama barulah dia mampu untuk menghabiskan doanya. Terfikir olehku, mungkinkah begini keadaan mereka setiap kali solat? Aku ada bersama mereka pun, begini keadaan mereka, apatah lagi ketika ketiadaan aku dan adik beradik yang lain? Sehingga kini, tiap2 malam sebelum tidur, gambaran abah dan mak di atas sejadah dengan linangan air mata menghantui diriku. Membuatkan aku tidak mampu untuk memaafkan orang tu. Semoga Allah menurunkan balasan atas setiap titik air mata orang tuaku. Untuk orang tu, kalau ko terbaca...KO AKAN MENYESAL SEUMUR HIDUP.

Tuesday, October 7, 2008

Lagu hatiku


Sejak pulang dari cuti raya, lagu2 ini sering terngiang2 di telingaku. Setelah menerima perkhabaran yang amat2 mengecewakan, lagu2 ini diselangi dengan tayangan 'telemovie' yang tak ingin aku lihat, menari2 di di dalam mindaku. 'Telemovie' ini seumpama kisah dari salah satu 'baby' aku. Sebijik sama cuma wataknya bukan diriku membuatkan aku semakin kecewa kerana impianku yang kelihatannya tidak kesampaian, semakin jauh dari kesampaian. Sehingga ke saat ini, hatiku tak begitu tenang dengan gangguan 'telemovie' ini kerana diulang tayang setiap kali aku nak tidur. Sakit, sedih, pilu semuanya bertindanan membuatkan aku sukar untuk mendapat tidur yang lena. Dan demam yang kualami sejak isnin lalu, bertambah teruk.


You Say Nothing At All

It's amazing how you can speak right to my heart
Without saying a word you can light up the dark
Try as I may I can never explain
What I hear when you don't say a thing
The smile on your face let's me know that you need me
There's a truth in your eyes saying you'll never leave me
The touch of your hand says you'll catch me wherever I fall
You say it best, when you say nothing at all
All day long I can hear people talking out loud
But when you hold me near
You drown out the crowd
Try as they may, they can never define
What's been said between your heart and mine
Oh, the smile on your face let's I know that you need me
There's a truth in your eyes saying you'll never leave me
The touch of your hand says you'll catch me wherever I fall
You say it best, when you say nothing at all

This I Promise You

When the visions around you, Bring tears to your eyes
And all that surround you, Are secrets and lies
I'll be your strength, I'll give you hope
Keeping your faith when it's gone
The one you should call
Was standing here all along
And I will take, You in my arms
And hold you right where you belong
Till the day my life is through
This I promise you
I've loved you forever,In lifetimes before
And I promise you never, Will you hurt anymore
I give you my word, I give you my heart
This is a battle we've won
And with this vow, Forever has now begun
Just close your eyes, Each loving day
I know this feeling won't go away
Till the day my life is through
This I promise you..This I promise you..
Over and over I fall, When I hear you call
Without you in my life baby
I just wouldn't be living at all...
And I will take, You in my arms
And hold you right where you belong
Till the day my life is through
This I promise you baby

Cerita Raya

Aku terfikir untuk bercerita secebis kisah di pagi raya ini setelah membaca N3 tentang hari raya di blog Aleya Aneesa. Bila tengok Aleya bersama keluarganya sedondon biru membuatkan tiba-tiba aku teringat kisah aku dan anak saudara perempuan.

Dalam keluarga aku, tak ada tradisi warna tema ataupun sedondon. Tapi akak aku yang sorang ni, tiap2 tahun ada warna tema dan tema dia sekeluarga tahun ni warna hijau. Maka pagi raya tu, serba hijaulah akak, abang ipar dan sepasang anak mereka. Inilah dia si mulut becok Fiqah. Sibuk nak bertudung di pagi raya macam mak2 sedara dia jugak.

Sedang aku leka membelek baju raya si mulut becok ni, tiba2 dia bertanya.
"cek chik tema warna apa?" semua yang ada tergelak besar.
"cek chik tak de tema2nya. cek chik nak bertema dengan sapa?"
Dalam ketawa aku membalas. Tapi jauh di sudut hati aku berbicara, kesiannya dengan aku, masih lagi 'sebatang kara'...huhu

Sunday, October 5, 2008

Terengganu

Gambar2 ni sebenarnya dah lama nak letak kat sini sebab aku rasakan inilah bas yang paling unik & antik pernah aku tengok. Tapi dah lupa simpan kat mana. Masa hari raya baru ni, baru terjumpa. Rupanya dok ada dalam laptop adik aku.
Bas ni bas bandar Kuala Terengganu. Sebab bas ni cantik, makanya aku tinggalkan kereta dan naik bas ni pusing2 bandar Kuala Terengganu...hehe. Murah aje tambangnya. Dalam bas pun antik tau. Orang Ganu panggil 'keranda bergerak' sebab dia orang kata macam keranda. Ye ke? Chik, aku rasa ko pun tak penah naik bas ni, kan? hehe
Ni kawasan pantai kat umah tok aku. Cantik tak? Cantik, kan...
Tak dapat nak mandi, sebab masa ni tengah hari...huhu

Raya

Kuih raya yang tak seberapa kat rumah aku. 1 jenis aje yang aku buat. yang lain semua beli. cuba teka yang mana aku buat? hehe
Juadah di pagi raya.
Juadah wajib di pagi raya. Nasi minyak (ala Terengganu). Bukan nasi briyani tau...
Pokok durian kat belakang rumah yang tak pernah2 berbuah tiba2 berbuah. Sebiji aje. Yang sebiji nilah, aku & adik2 lelaki aku dok berebut. tiap2 minggu balik sebab nak tunggu durian ni gugur. Tup2, petang selasa, durian nan sebiji ni pun gugur. Adik aku punyalah jeles dengan aku sebab aku dapat makan dulu sebelum dia...hehe