Monday, September 28, 2009

Raya cara aku

Aku balik raya jumaat petang. Pagi tu, aku menyibukkan diri & menambah statistik kesesakan jalan di Kuantan...hehe. Bukannya apa, saja nak pusing2 bandar & tengok orang2 yang tengah sakan bershopping. Raya tahun ni, semua adik beradik berkumpul rumah mak aku. So, memang excitedlah jugak sebab memang susah kitorang nak berkumpul adik beradik. Tapi, sekejap sangat diorang balik. Raya kedua, pagi2 lagi Ita dah bertolak balik ke Taiping. Petang, Abg Ja pulak balik ke Baling. Raya ketiga, adik balik ke kem. Raya keempat, Kak Long dah balik ke Muar. Petang raya keempat, tinggallah aku dengan Cik Ma bersama mak, abah. So, macam dah tak raya je...huhu.

Sepanjang cuti raya, family aku melepak kat rumah aje. Kitorang tak pergi memana pun, sebab masa habis dengan bersembang aje..hehe. Maklumlah, dah payah nak jumpa. So, bila jumpa tu, banyaklah story & gosip dalam family. Raya tahun ni, abang aku balik. Mak jadi semakin emotional, bila abang peluk dia. Kitorang tak sanggup tengok, so, semuanya menghilangkan diri...hehe

Hmm, teringat2 nasi minyak yang mak buat. Kesian kitorang, terpaksa catu makan nasi minyak sebab mak dah malas nak masak untuk kali kedua...huhu

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya


Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua especially rakan2 penulis, besfriend2-Chik, Syira, CT, Faiz, Su, Nik dan juga pengunjung2 umah aku yang tak cantik ni...hehe

Maaf zahir batin andai ada salah dan silap. Selamat Hari Raya.

Cuti Raya

Yahuuu...finally dapat good news. Sebelum ni, dok dengar je member2 bercerita jumaat dah start cuti. Sedih ler aku ni. Tup2, semalam dapat tahu, guru besar bagi cuti jugak jumaat ni. Terus ada semangat nak kerja untuk hari ni dengan esok...hehe. Kalau tak, moyok & tak ada mood je nak kerja. Esok dah nak balik kampung...yahuuu

Thursday, September 10, 2009

Mood Raya

Aku dah dilanda mood raya. Apa taknya, geng2 kat sekolah ni, yang bujang2 semuanya berulang sama ada dari Kuantan atau Pekan. Yang tinggal semuanya mak2 orang & anak masing2. Aku rasa tak larat nak berulang. Sejam lebih juga dari Kuantan nak sampai ke sini. Lepas tu, yang berulang ni pulak, balik awal. Tinggallah aku sorang2...huhu. Sedihnya hati rasa. Senyap sunyi sekolah, makin syahdu pulak rasanya...hehe, beremosi la pulak aku ni...

Minggu depan, lagilah terasa suasana nak raya. Kat perhimpunan pun pasang lagu raya. Lebih untuk kakitangan sebenarnya, bukannya untuk bebudak...hehe. Bila dah rasa nak raya, tahu2 ajelah mood nak kerja pun tak berapa nak adalah. Dah nak raya weh...Syira, kad raya aku dah pos? hehe

Thursday, September 3, 2009

Pesta Buku Popular



Tak sangka betul aku Popular akan sediakan stage dan siap ada sesi soal jawab masa pesta buku ni. Seram sejuk, menggigil kaki tangan, semua ada bila dah duduk atas stage. Maklumlah, aku tak pernah melalui majlis2 macam ni. Seriau ler...Anyway, thanks to Azrina, bos kecik english department. Tak lama lagi naik pangkat ler kot...hehe. Busy betul dia hari tu, tak dapat nak sembang panjang. Dengan Bikash, Rehal & Hafirda pun tak sempat nak bersembang sangat, sempat mmmuah2 je...hehe. Oppss, dengan Bikash & Hafirda aje tau...
Thanks juga untuk besfren2 aku, Chik dan Mak ET sebab setia tunggu aku masa kat KLCC tu. Mak ET, berkejar dari kelas penulisan anjuran PTS, terus ke KLCC. Chik pulak, terpaksa kensel nak berbuka rumah akak dia sebab aku. Jemput aku kat pekeliling, tumpangkan aku kat rumah dia, hantar aku ke sana, sini. Tapi aku tau korang tak kisah punya, sebab bukan senang nak jumpa aku kan? hehe...