Wednesday, December 30, 2009

Happy New Year


Selamat Tahun Baru 2010 to everybody....older a year...again? huhu

Monday, December 28, 2009

Cuti2 mesia




Gambar bercuti

ni casino yg bakal mengalahkan genting...opening soon & tarikan baru ke spore

Sunday, December 20, 2009

Avatar


Jumaat hari tu, lepas siap kereta kat kedai tayar, aku pegi tengok Avatar dengan Masni. Dekat 3 jam cerita ni, dah la sejuk aircond, hujan pulak lebat kat luar. Nak pegi toilet, sayang nak tinggal cerita...hehe

"This is not an animated film, it is all captured performance." James Cameron

Kesimpulannya, absolutely fantastic. Semua orang yang tengok, macam terdiam, terpegun sepanjang cerita ni. The scenery, memang nampak real dan cantik. Even hal2 yang kecik pun nampak real. Filem ni banyak mesej gak sebenarnya. Tentang alam yang sepatutnya kita pelihara. So...enjoy the movie bebeh...

"I had the idea of this movie back in 95, but at that time it turned out that it wasn't technically possible to do what I wanted to do. So I literally put the project in a drawer and forgot about it. About 4 years ago I got it out to find out if it was already possible to do it." James Cameron

Budak hilang

Budak 3 thn yang hilang kat Permatang Badak tu, masih belum jumpa. Sejak hari tu, tali air kat rumah aku ni, penuh dengan orang. Sampai petang semalam, masih belum jumpa lagi. Kesian, kan? Sepanjang tali air tu, penuh dengan orang. Abg ipar aku & orang2 kampung pun tolong sama mencari. Walaupun hujan lebat, dorang tetap gak mencari, menyelam. Abg ipar aku cakap, hari ni dorang buat operasi mencari lagi. Harap2, hari ni, jumpalah...

Tuesday, December 1, 2009

Happy Birthday to Chik

To My Beloved Friend, Chik,
Hepi Beday, hehe, finally umur kita sama. Diorg wish ko tak? Aku tau, mak et mesti yang 1st wish ko selain dari Mr. A....hehe
Well, can't wait to see u this Friday bebeh...

Sunday, November 29, 2009

Sekolah lama aku


Sekarang ni, aku tengah belajar wat Facebook (terpaksa gak ni...). Dalam dok mekap2 FB aku tu, jumpalah grup sekolah lama aku, SMK Jengka 2....tapi aku bukan nak cerita pasal geng2 dalam tu, sebab aku bukannya glemer kat sekolah dulu. Aku saja nak tepek lencana sekolah aku ni kat sini, amik kat FB tu ler. Dah lama tak tengok lencana kuning tiga segi ni...rindu pulak rasanya. Lama aku sekolah tau, sampai tingkatan 6 rendah...hehe. 6 atas tak sempat...

Tuesday, November 24, 2009

Jalan-jalan


Baru ni singgah rumah member aku, depan istana kat Pekan. Area rumah dia, memang betul2 suasana kampung. Tenang, aman damai dan bersih. Semua rumah kawasan tu tak ada pagar, sebab tak ada lembu berkeliaran macam kampung2 lain...especially kampung aku. Kata member aku, kalau rumah bersemak, rumput tinggi, nanti sultan tarik balik tanah. Oh, patutlah semua rumah bersih. Pastu, member aku bawak aku jalan-jalan kat padang polo, stable kuda & tengok kuda2 polo yang sememangnya tough & hensem....

Nasi goreng ikan masin

Balik kerja petang semalam, aku terus singgah kedai makan. Nak tapau nasi goreng ikan masin. Kawan aku order nasi goreng kampung. Sampai kat rumah, terus la lepak depan tv. Dengan tak sabarnya nak makan. Buka2 je, aku punyalah terkejut. Si member aku dah gelak sakan. 2 ekor ikan kering yang agak besar, terletak atas nasi goreng. Terus hilang selera nak makan, tapi sebab dah lapar, telan jugaklah. Kata member, ni nasi goreng ikan masin version kampung ni...hmm, betullah juga agaknya.

Wednesday, November 11, 2009

10 THINGS YOU SHOULD KNOW ABOUT A KELANTANESE

Artikel ni aku cilok dari blog Ain - http://4ain.blogspot.com
Aku senyum sorang2 baca artikel ni, maklumlah lately banyak keluar cerita2 & berita2 tentang orang Kelantan (Oghe klate jange maroh ambo deh). So, aku tepeklah gak kat sini untuk share info ni. Ain, sori tak mintak permission...hehe

1. Kelantanese use a proper Malay word.
Tidak seperti negeri-negeri lain di malaysia, orang kelantan tidak merosakkan perkataan yang terdapat didalam bahasa melayu standard.
seperti contoh:
Ulau - Melaka
Ulaq - Kedah
Ulor - Johor
Ular - Kelantan ( ooo-laaa)
dan banyak lagi...

2. Kelantanese don't 'cakap kelantan'.
Orang kelantan tidak cakap kelantan, mereka 'kechek kelate'. Bahasa kelantan mungkin merupakan bahasa yang paling sukar untuk difahami diantara kebanyakkan dialek yang ada di malaysia (selepas bahasa sarawak, dan sabah).
Bahasa kelantan tidak menggunakan imbuhan dihadapan sesuatu perkataan tetapi lebih kepada menggunakan sabdu, dan ayat didalam bahasa kelantan tidak dimatikan dihujungnya.

contoh:
betina - tino (Ttee-nor)
berjalan - jale (Jjaa-ley)
bermain - maing (Mmaa-eng)
perbualan - buale (Bbua- ley)
pemerintahan - meritohe (Mme-ghi-toh-he)

contoh ayat:
"Toksoh buak peghanga po kegho, tokleh napok Ttino lalu" - Tak usah buat perangai serupa kera, tak boleh nampak perempuan lalu

"Maghi kito gi Jjale ghumoh pok peng, che buleh duik Ghhayo" - Mari kitapergi berjalan rumah pak arifin, ada 'chance' boleh duit raya

3. Kelantanese have their own currency.
Mungkin ramai yang tidak tahu tapi orang kelantan tidak menggunakan matawang RM atau ringgit malaysia. Mereka mempunya matawang mereka sendiri iaitu Riyal atau sebutan nya lebih berbunyi 'ghiya'. Walaupun 'ghiya' kelantan tidak diniagakan di pasaran antarabangsa dan exchange rate antara'ghiya' dan RM adalah sama, malah wang yang digunakan adalah sama. Tetapi Ringgit adalah lebih kecil sekiranya digunakan di kelantan.

Contoh:
Situasi seseorang menggunakan Ringgit di pasar Siti Khadijah Kota Bharu:
"Makcik, sayur ni berapa ringgit selonggok?"
"oohh, sayur kakung nih 2 Ringgik selonggok"

Situasi yang sama, tetapi menggunakan 'ghiya'
"Mokcik, sayur kakung nih brapo ghiya slonggok ..?"
"slonggok tigo amah*, kalu nok ambik duo longgok, 2ghiya"

perhatikan harga selonggok kangkung meningkat 50 sen dari harga dalam 'ghiya', malah dijualnya pulak dengan harga 2 longgok 2 'ghiya' (atau 2 ringgit)

4. Kelantanese and 'Budu'
Orang kelantan yang tipikal, amat gemar memakan budu dan ulam. Budu merupakan lebih dari sos untuk menyedapkan makanan, applikasi budu didalam makanan tiba ketahap ianya dijadikan kuah bagi mereka yang berdarah kelantan tulin.

contoh:
saiful: "aduh nampak gaya makan nasi ngan ikan rebus jelah kita malam ni" (sambil berwajah sedih)
shazmin: "perrgghh, ni kalau ada budu ngan limau nipis, kena pulak ulam raja..." (sambil meleleh air liur)

So, kita dapat tahu dari situasi ini, shazmin adalah orang kelantan.(pergghh... budu ngan ulam raja)

5. Kelantanese are soft.
Orang kelantan adalah terkenal dengan sifat lembut mereka. Sifat sederhana dan pemalu merupakan sifat yang paling jelas. Tetapi sekiranya mereka berada didalam kelompok yang mereka berasa selesa, mereka merupakan orang paling friendly dan kuat berseloka.

6. Kelantanese doesn't hold to 'adat' rules.
Bagi mereka yang tidak tahu, orang kelantan merupakan masyarakat yang paling mudah dibandingkan dengan masyarakat dinegeri lain apabila masuk kedalam bab adat resam dan perkahwinan. Ini adalah mereka kurang atau hampir tidak berpegang kepada sebarang adat. Tidak seperti masyarakat di Negeri Sembilan yang kuat dengan Adat Pepatih dan berbagai-bagai lagi adat-adat di malaysia.

Orang kelantan lebih kepada memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan didalam islam.Masyarakat kelantan tidak ada pantun (minang), bayar tol (bagi orang johor), bersanding, kenduri 3 hari 3 malam, pulut kuning dan sebagainya. Ia bergantung kepada pasangan pengantin dan keluarga sekiranya ingin mengadakan adat-adat berikut tetapi ianya adalah tidak wajib, dan masyarakat kelantan kebanyakkan lebih gemar kepada kesederhanaan.

Ayat yang biasa didengari adalah:"buak gapo buak bendo-bendo lagu tuh, Bbazir pitih"(buat apa nak buat benda-benda macam tuh, membazir duit) . Jika ada yang ingin mencari bakal isteri, bolehlah cari orang kelantan.

7. Kelantanese and Nik Aziz
Orang kelantan lebih gemar dikenali sebagai anak murid Nik Aziz. Orang kelantan tidak melihat Nik Aziz sebagai menteri besar tetapi lebih kepada seorang tuan guru. Ini adalah kerana tuan guru Nik Aziz sendiri adalah seorang guru agama dan masyarakat kelantan menghormati beliau lebih sebagai seorang guru agama lebih daripada seorang menteri besar.

8. Moon Kite (wau bulan)
Wau bulan merupakan permainan traditional orang kelantan, tetapi lebih kepada mereka yang tinggal di pesisiran pantai. Ini adalah kerana angin yang kuat dan dahulunya ketika angin kuat mereka tidak boleh pergi menangkap ikan oleh itu mereka mengisi masa lapang dengan bermain wau.

9. Wayang kulit
Masyarakat kelantan merupakan pelopor didalam bidang perfileman, sebelum wujudnya Tanjong Golden Village (TGV) dan Golden Screen Cinema (GSC) masyarakat kelantan sudah lama ada Ketereh Village Cinema (KVC) dan Kedai Lalat Village Cinema. Malah wayang kulit terdapat dimana-mana kampung di kelantan (sebab itu kota bharu tak ada panggung wayang).

10. Thailand (golok)
Orang kelantan gemar membeli-belah di golok, ini adalah terdapat bermacam-macam barangan yang boleh didapati di golok, dari baju-baju, barangan elektrik, barangan dapur hingga ke mercun boleh didapati di golok. Oleh itu orang kelantan tidak memerlukan shopping complex yang besar-besar seperti di negeri-negeri lain yang hanya akan menimbulkan masalah jalan raya, dan menjadi tempat muda-mudi berpeleseran. Di golok, kanak-kanak, remaja, makcik-makcik dan nenek-nenek semuanya boleh membeli belah bersama-sama.

Note:
(* 50 sen = samah, RM 1.50 = tiga amah)
mecok-ngaju/merajuk/maroh/mengerat __._,_.__

Monday, November 9, 2009

Kesian, kesian

Baru2 ni, sekolah aku ni kecoh sangat2 bila tiba2 sorang cikgu lelaki ni, tepek kad kawin dia kat bilik guru. Semua orang terkejut. Bukan terkejut sebab bakal pengantin perempuan tu artis ke, selebriti ke. Terkejut sebab, mamat ni ala2 bercinta dengan sorang staf kat sini. Semua orang pun tahu kisah 'cinta' dorang ni, sebab terlalu banyak sign yang menunjukkan dorang ni bercinta. Tup2, nama & gambar yang ada kat kad tu, orang lain. Apa lagi, yang kaum2 hawa kat sini berapi2 la marahkan dia (marah belakang aje...)

Nak tau apa si mamat ni cakap bila orang tanya? Dia kata, dia tu bercinta dengan adik aku, bukan dengan aku. Aku jaga amanah je, jaga dia kat sini. Oh, alasan yang sungguhlah tak logik. Macam orang keliling dia ni bodoh sangat & tak de mata & otak untuk menilai. Lelaki kan? They're best actor. Dalam telefon bersayang2 bagai & si perempuan menangis sakan bila dapat tahu berita ni sebab dah melibatkan orang tua dia. So, apa maknanya tu? Kesian kan? Malu pun ada. Memang kesian....

Nak Tukar Sekolah

Bukan aku yang nak mintak tukar, tapi cikgu2 kat sinilah. Tapi semuanya frust, tak berjaya. Katanya sebab kesilapan kecil saja yang berpunca dari orang lain. Kesian kan? Ada yang dah 8 tahun kat sini, anak 2 orang. Suami kat Perak, 2 bulan sekali baru jumpa. Macam ibu tunggallah kiranya dorang ni. Semua kena buat sendiri kat sini.

Isnin nanti, dorg pakat2 nak pergi Putrajaya. Nak merayu untuk pertukaran. Yang bestnye, dorang mintak tolong aku hantarkan & fully sponsored. Hehe, apa lagi, aku pun setujulah. Aku pun dah lama tak ke Putrajaya. Sambil2 tu, boleh ler aku cuci mata...

Banjir

Musim banjir tiba lagi. Masa aku balik ke Terengganu melawat pakcik yang meninggal, hujan lebat tak berhenti. Sepanjang perjalanan hujan, drive pun ala2 romantik aje. Masa balik dari Terengganu pun sama. Ada kawasan kat Dungun dah mula naik air. Kat Kuantan pun sama, cuma belum ada yang kena pindah.

Sepanjang perjalanan aku ke sini pun, banyak kawasan yang diletakkan tanda aras banjir. Semalam, di kiri kanan jalan, air hampir menyamai jalan, aduhhh, takutnya aku. Mujur dah tak hujan sangat. Sekolah aku pulak minggu ni sibuk dengan sukan tahunan. Time hujan2 nilah dorang nak wat sukan tahunan. Pelik aku. Mujur aku tak terlibat, hehe. Tapi yang sebenarnya dorang terlupa nak taruk nama aku....hehe, lega.

Al-Fatihah

Al-Fatihah untuk pakcik aku yang meninggal pada 4 November 2009. Biasanya kalau kami sekeluarga ke Terengganu, rumah dialah tempat wajib kami singgah, sebab tempatnya cantik.
Inilah tempat yang kami selalu lepak kalau ke Terengganu.

Al-Fatihah...semoga dia ditempatkan bersama golongan yang beriman. Amin...

Monday, October 12, 2009

Al-Fatihah

Takziah untuk Ika, (housemate aku) atas kehilangan ibu tercinta pada 12 Oktober 2009. Semoga rohnya ditempatkan bersama golongan yang beriman.
Al-Fatihah...

Thursday, October 8, 2009

Birthday Syira

Weh Syira, hepi besday....

Kalau mak et byk smileys, aku letak belon ek...suka tak? hehe, sukalah...sukalah...
besday

Jamuan Rayalah Pulak

Habis aje cuti raya, berderet2 pulak jemputan makan2. Bagi yang suka makan ataupun kuat makan, memanglah seronok. Tapi rasanya, semua orang suka bab2 makan free ni, ye dak? Aku ni, bab2 jamuan suka, tapi bab2 crowd tu yang aku tak berapa suka. Kalau kat sekolah aku ni, mula2 jamuan cikgu2 lelaki, lepas tu cikgu2 perempuan pulak. Lepas tu, kelas pendidikan khas, lepas tu kelab guru pulak...macam2 kelablah yang buat. Tapi, menunya ala2 sama jugak. Alhamdulillah, jimat duit aku sepanjang Syawal ni...hehe.

Jemputan2 open house pulak, taklah banyak mana. Nasib baiklah gak, sebab aku bukan rajin nak pergi pun kalau open2 house ni. Aku ni kan pemalu...hikhik...kat sekolah tak apa sebab dah biasa dengan dorang...2-3 kali ulang pun tak pe...siap tapau untuk dinner & sahur lagi...hehe. Alhamdulillah & terima kasih kepada yang menjamu. Tahun depan, jamulah lagi ye...

Monday, September 28, 2009

Raya cara aku

Aku balik raya jumaat petang. Pagi tu, aku menyibukkan diri & menambah statistik kesesakan jalan di Kuantan...hehe. Bukannya apa, saja nak pusing2 bandar & tengok orang2 yang tengah sakan bershopping. Raya tahun ni, semua adik beradik berkumpul rumah mak aku. So, memang excitedlah jugak sebab memang susah kitorang nak berkumpul adik beradik. Tapi, sekejap sangat diorang balik. Raya kedua, pagi2 lagi Ita dah bertolak balik ke Taiping. Petang, Abg Ja pulak balik ke Baling. Raya ketiga, adik balik ke kem. Raya keempat, Kak Long dah balik ke Muar. Petang raya keempat, tinggallah aku dengan Cik Ma bersama mak, abah. So, macam dah tak raya je...huhu.

Sepanjang cuti raya, family aku melepak kat rumah aje. Kitorang tak pergi memana pun, sebab masa habis dengan bersembang aje..hehe. Maklumlah, dah payah nak jumpa. So, bila jumpa tu, banyaklah story & gosip dalam family. Raya tahun ni, abang aku balik. Mak jadi semakin emotional, bila abang peluk dia. Kitorang tak sanggup tengok, so, semuanya menghilangkan diri...hehe

Hmm, teringat2 nasi minyak yang mak buat. Kesian kitorang, terpaksa catu makan nasi minyak sebab mak dah malas nak masak untuk kali kedua...huhu

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya


Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua especially rakan2 penulis, besfriend2-Chik, Syira, CT, Faiz, Su, Nik dan juga pengunjung2 umah aku yang tak cantik ni...hehe

Maaf zahir batin andai ada salah dan silap. Selamat Hari Raya.

Cuti Raya

Yahuuu...finally dapat good news. Sebelum ni, dok dengar je member2 bercerita jumaat dah start cuti. Sedih ler aku ni. Tup2, semalam dapat tahu, guru besar bagi cuti jugak jumaat ni. Terus ada semangat nak kerja untuk hari ni dengan esok...hehe. Kalau tak, moyok & tak ada mood je nak kerja. Esok dah nak balik kampung...yahuuu

Thursday, September 10, 2009

Mood Raya

Aku dah dilanda mood raya. Apa taknya, geng2 kat sekolah ni, yang bujang2 semuanya berulang sama ada dari Kuantan atau Pekan. Yang tinggal semuanya mak2 orang & anak masing2. Aku rasa tak larat nak berulang. Sejam lebih juga dari Kuantan nak sampai ke sini. Lepas tu, yang berulang ni pulak, balik awal. Tinggallah aku sorang2...huhu. Sedihnya hati rasa. Senyap sunyi sekolah, makin syahdu pulak rasanya...hehe, beremosi la pulak aku ni...

Minggu depan, lagilah terasa suasana nak raya. Kat perhimpunan pun pasang lagu raya. Lebih untuk kakitangan sebenarnya, bukannya untuk bebudak...hehe. Bila dah rasa nak raya, tahu2 ajelah mood nak kerja pun tak berapa nak adalah. Dah nak raya weh...Syira, kad raya aku dah pos? hehe

Thursday, September 3, 2009

Pesta Buku Popular



Tak sangka betul aku Popular akan sediakan stage dan siap ada sesi soal jawab masa pesta buku ni. Seram sejuk, menggigil kaki tangan, semua ada bila dah duduk atas stage. Maklumlah, aku tak pernah melalui majlis2 macam ni. Seriau ler...Anyway, thanks to Azrina, bos kecik english department. Tak lama lagi naik pangkat ler kot...hehe. Busy betul dia hari tu, tak dapat nak sembang panjang. Dengan Bikash, Rehal & Hafirda pun tak sempat nak bersembang sangat, sempat mmmuah2 je...hehe. Oppss, dengan Bikash & Hafirda aje tau...
Thanks juga untuk besfren2 aku, Chik dan Mak ET sebab setia tunggu aku masa kat KLCC tu. Mak ET, berkejar dari kelas penulisan anjuran PTS, terus ke KLCC. Chik pulak, terpaksa kensel nak berbuka rumah akak dia sebab aku. Jemput aku kat pekeliling, tumpangkan aku kat rumah dia, hantar aku ke sana, sini. Tapi aku tau korang tak kisah punya, sebab bukan senang nak jumpa aku kan? hehe...

Tuesday, August 25, 2009

Adik2 sekolah rendah, jom try


Sesiapa yang ada anak sekolah rendah, trylah join contest ni. Tak perlu pos, slogan ke hapa. Buat then send online. Trylah...

Member opis lama

Tadi aku terima 1 panggilan. Nombornya aku tak kenal. Suaranya pun aku tak kenal, tapi dia kata kenal aku. Dia mengingatkan aku begini..."saya pernah cakap pada awak yang saya tak ada kawan macam awak dan saya takkan kawan dengan awak lagi". Kemudian aku terus teringat. Oh...En. K. Ya, dulu dia pernah marah aku. Dia meninggikan suara pada aku dengan ayat di atas kerana dia salah faham. Dan jawapan aku ketika itu..."fine, saya tak rugi apa-apa pun kalau En.K tak nak kawan dengan saya". Dan lepas tu, kami lost contact.

Masa dia call aku tadi, dia kata nak minta maaf bersempena ramadhan. Katanya lagi, Allah bukakan hati dia untuk telefon aku dan tahu dia bersalah kat aku. Hehe, tahu pun....tapi aku cakap dalam hati aje.

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan Datang Lagi...

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK.....SEMOGA PUASA KITA ALLAH TERIMA ...AMIN



Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.


SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

Thursday, August 13, 2009

Pesta Buku Popular


Tarikh: 22 - 31 Ogos 2009
Masa: 10.00 pagi - 10.00 malam
Tempat: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Temui penulis : Eny Ryhanna, Bikash Nur Idris & Rehal Nuharis
Tarikh: 23 Ogos 2009
Masa: 2.00 - 2.45 petang

Wednesday, August 12, 2009

Mood

Entah kenapalah mood untuk menulis sangat2 kritikal sekarang ni? Bila tengok semua penulis FP dengan mininovella masing2, jeles pun ada. Aku sorang aje tak ada mininovella...huhu. Dulu masa orang tengah sibuk2 buat mininovella, aku sibuk dok cari kerja. Sekarang ni, bila dah kerja, aku dah jadi malas. Bila buka je laptop, aku pun mulalah menguap. Aduhh...macam mana nak siapkan dwilogi pulak ni!!!!!

Manuskrip yang ada pun, macam terbengkalai aje. Fatin...help me. Nampaknya Fatin menang lagi. Isy, tak boleh jadi ni. Kena lawan Fatin jugak.

Cerita pasal mood, tetiba teringat pulak kat kawan lama aku. Mood jugak namanya...Mahmood As-Siddik. Dah lose contact pun. Dulu ala2 rapatlah jugak dengan dia masa sama2 belajar. Dah habis belajar, adalah juga contact sekali sekala. Entah sejak bila terputus terus. Agaknya dah kawin pun dia...hehe

Happy Birthday to Siti R

Siti R/CT/Mak et....ketiga2nya orang yang sama. Orang tak sempat nak create apa2 utk mak et, so, org tepek ajelah ye....

Celebrate dengan Chik eh? Enjoy your dinner tonite (i wish dpt join sama...huhu). Pesanan orang utk CT, jangan pakai t-shirt aje tau, nanti orang lain tengok ingat Chik birthday girl...hehe. Dengar2 cite, dia nak melaram habis....hehe...jangan marah ye Chik...


Happy Birthday
Happy Birthday Sayings
-Bersempena bulan kemerdekaan, makanya orang pilih tema bunga raya...hehe. Patriotik....



Happy Birthday Wishes

Lagu untuk semua FS

Aku nak tujukan lagu ni untuk semua FS yang ada kat Malaysia ni. Tak ada kena mengena dengan cinta pun...hehe. Tapi just nak bagitau yang aku dah berhenti berharap...at least untuk minggu ni. Dari hari selasa dok menunggu, sampai hari ni, tak dapat2 juga. Minggu depan aku sambung balik berharap. Tapi kalau ditakdirkan esok dapat, aku akan terus berhenti berharap dan tunggu awal bulan depan pulak...hehe

Berhenti Berharap
Artist: Sheila On 7

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati

Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan
Haa...

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu
Woo...

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengertiSemua...

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

Hmm, macam best pulak lagu ni. Layanlah kejap. Nak dengar? Cari sendirilah kat youtube tu...

Tuesday, August 11, 2009

Lega

Semalam aku pergi klinik kerajaan. Dah petang, ala2 time dia nak tutup. Tak ada oranglah pulak. Menyesal pulak rasanya pergi klinik swasta kelmarin. Dahlah kena tunggu lama, kuar duit pulak tu. Kalau tak, jimat duit aku yang ala2 tinggal ciput ni...bilalah nak gaji ni? huhu...

Anyway, suhu aku dah turun ke 37.2. Kata nurse yang buat saringan tu, suhu tu dah dikira ok dah. Lega aku dengar. Nak MC ke, tanya nurse lagi. Tak payahlah...bagusnya aku, kan?

Monday, August 10, 2009

Demam

Semalam aku rasa tak sedap badan. Sakit tekak. Aku balik awal, nak ke klinik. Punyalah ramai orang dalam klinik. Rasa give-up je nak tunggu. Tapi, aku tunggu jugak. Kebanyakan semuanya pakai mask. Aku tak ada mask..huhu. Maklumlah, seluruh Kuantan aku cari mask, semua tempat sold out.

Bila turn aku jumpa doktor, aku cakap, saya rasa macam nak demam tapi saya tak sure. Tak apa, kita cek dulu, kata doktor. Dia pun cek aku. Dia kata temperature aku border line. Kalau cecah aje 38, datang semula untuk ambil darah. Takutnya aku. Aku terbaca kat paper semalam, katanya kalau cek kat klinik swasta, accuracy tu dalam 70% je. Tapi kalau nak pergi hospital/klinik kerajaan pulak, entah berapa lama kita nak tunggu? Semalam ada cikgu bercerita, dia ke klinik kerajaan. Dia baru je nak mendaftar, dah kena reject sebab orang terlalu ramai. Kat sekolah aku ni pulak, sepatutnya orang klinik kesihatan datang, tapi sampai sekarang tak datang2. Katanya kalau lebih 20 orang yang demam, baru dorang datang. Tapi dah diberitahu, lebih 20 orang yang demam, tak datang pun. Nak tunggu ada kes kut?

Back to my story, kiranya aku ni panik jugalah bila doktor cakap macam tu. Tapi dia tak bagi pulak MC kat aku...hehe.Tanya klinik tu, ada tak jual mask. Dia kata kedai sebelah ada. Aku pun pergilah kedai sebelah. Kedai caca marba. Kalau staf klinik tu tak beritahu ada jual mask, aku pun tak terfikir nak pergi tanya. Nak lagi best, stok mask dia banyak lagi. Siapa nak mask? Meh beli dengan aku...hehe

Thursday, August 6, 2009

Award lagi









Hadiah kali ni daripada Rehal . Meh aku describe sikit pasal dia. Ramah, suka sengih, friendly, cute...apa lagi ek. Dah ler, nanti dia perasan pulak...hehe. Tapi, aku nak mintak maaf awal2 kat Rehal, sebab aku nak tepek gambarnya aje. Boleh tak? Kira bolehlah ya? Baru jumpa beg besarlah Rehal, sebab tu lambat pi kutip...hehe
Err, aku tak ikut susunan ke? Layan ajelah...

Tuesday, August 4, 2009

1 Malaysia, 1 hidangan - ABC


Rakyat Malaysia sukakan ABC (jika anda bukan rakyat Malaysia atau telah lama berada di luar negara & tidak mengetahui apa maknanya, ABC adalah air batu campur).

Sekiranya anda suka kacang, ada kacang di dalamnya. Oh, betapa sedapnya.

Kalau anda sukakan rasa manis, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ada sirap, susu cair & ais krim di bahagian atasnya.

& di tengah terik matahari, tiada apa yang lebih menyamankan daripada semangkuk ais yang diparut.

Isinya yang lain juga menambahkan kelazatan. Jeli yang berwarna-warni, kacang besar & buah pala, kacang tanah & jagung penuh krim...mmmmm

Setiap satunya sedap, tapi hanya apabila mereka dicampur bersama menjadikan semangkuk ABC begitu istimewa.

Itulah yang kami paling suka tentang ABC - ia mengingatkan kami akan sesuatu yang menyeronokkan di mana setiap satunya berbeza. Namun, menjadi yang terbaik apabila bersama.

Kita mungkin tak sefahaman tentang sesuatu - seperti kacang manakah yang lebih digemari, tapi setuju dengan banyak lagi perkara lain. Umpamanya betapa kita semua sukakan ABC.
p/s : terliur tak? Memang terliur. Dulu selalu pekena ABC kat Seksyen 2 Shah Alam. Kat Kuantan pulak, kat Cenderawasih. Memang best...hehe.
BTW, ni adalah iklan Maybank kat Utusan bersempena Hari Kemerdekaan. Sebab dia cerita pasal ABC, aku pun ciloklah...hehe

Sunday, August 2, 2009

Review Novel Dakapan Cinta by Aullea

Pagi ni, aku tersenyum sorang2 baca chat aullea. Dia crush kat Aliff...hehe. Anyway, kat sini, aku tampal review DC oleh Aullea. Terima kasih banyak2 sebab tulis review ni. Susah2 aje....hehe. Pssttt...tengah pregnant pun diet gak ke?
____________________________________________

* Sinopsis is more to Aliff, tapi actually lebih byk dlm kehidupan Sarah(watak utama) & sinopsis x mention psl watak ketiga iaitu Ameer yg jadi penyeri ala-ala cinta tiga segi Sarah.

*Actually dari mula baca aullea x berkenan kat Ameer ni tapi sebenarnya dia baik jugak bukan lah watak sbg perampas ke ape smp last2 boleh fikir Sarah will end up dgn Ameer ke Aliff. tambah lak cinta terhalang oleh keluarga.mmg suspen jugak lah..

* Aliff so cute, caring,romantic & gentleman giler.. berani lak tu tackle ex dia(Sarah)..hendak 1000 daya kan?smp saat akhir tak mengalah.tak ke gentleman camtuu.. best man win,ok?

* Sarah tu mahu tapi malu...hehe. geram jugak lah asyik nak deny perasaan sendiri je..kesian kat Aliff tu nasib baik dia penyabar..

*Ameer (org ketiga) mmg a nice guy smp ending story tapi..ish..selalu je muncul. Sarah pun satu, mcm xleh baca je gerak hati lelaki tu sedang nk ngorat awak.bergurau lebih2,manalah Aliff x jelous..(hehe,aullea lak geram)

*Paling best bab romantik Aliff & Sarah..hehe malu-malu pulak dorang nih..

*Apepun, aullea setuju yg ibu Aliff mmg ibu yang paling kejam kat Malaysia.

*OVERALL, aullea mmg satisfied dgn novel ni. kiranya masuk taste aullea lah.. thumb's up :)

Src : http://projekdiet.blogspot.com/2009/08/review-novel-dakapan-cinta.html

Wednesday, July 29, 2009

Gambar lagi


Ni gambar masa aku taklimat FS kat ILP Kuantan. 5 hari kat situ. Ni geng satu dorm. Yang design gambar ni minah yang pakai serba hijau tu. Thank you Moon...

Hutang Fida

Adehhh...malehnya aku...maaf ya fida, lambat.
nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini
comel
ada adik lelaki yg sporting
gebu, geram nak cubit
suka kucing
4 jelah ye...hehe

setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri
mesti ke? tak yah la...kat blog dah ada cite skit2

anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka
Siti R - aku tau dia tak layan mende2 mcm ni
Cik Nana - fs macam aku gak
tak tau sapa lagi dah coz member2 penulis dah tentunya dah kena tag. so, tu jelah ya...

Gambar lab



Atas permintaan ramai...hehe...(macamlah ramai sangat yang mintak), maka aku tampallah gambar tempat keje aku kat sini. Ha, nilah dia lab kat tempat aku.

H1N1

Tadi ada cikgu bercerita H1N1 dah sampai ke sekolah Nenasi. Tempat ni tak jauh la sangat dari tempat aku ni. Dan budak2 kat sini ramai juga tinggal kat situ. So, kira ada kemungkinan jugaklah selesema babi tu nak sampai ke sini. Kat lab ni pulak tadi, ada sorang anak orang asli yang dok terbatuk2. Cikgu dia tanyalah, awak demam ke? Dia kata tak. Awak ada makan b*** tak? Ada. Bila? Semalam. Mana ambik? Abang ambik dalam ladang kelapa sawit. Aku terkedu jugalah dengar.

Takutlah juga, kan. Sebab budak2 kat sini kalau demam, mak ayah dorang suruh jugak datang sekolah, with a hope that, cikgu akan hantarkan ke klinik. Mungkin dorang tak mampu nak hantar anak ke klinik. Jadi, possibility tu tetap ada.

Thursday, July 23, 2009

Minggu yang cool

Minggu ni, aku rasa best sangat. Taklah rasa macam minggu2 lepas, rasa masa tu lebih lambat dari kura2/siput babi berjalan. Masa pun macam sekejap aje. Tup2 dah jumaat dah, yahooooo, kul 3 nanti nak balik Kuantan....

Sebab apa eh? Pertamanya, sebab internet dah ok...hehe. Sebelum ni aku susah hati sangat kat lab ni tak ada internet. Mati kutu beb. Bila dah ada internet, hehe, tau2 ajelah. Banyak mende aku boleh buat. Kerja tetap kerja. Lagipun aku berkomunikasi dengan pihak kementerian & suruhanjaya melalui emel. So, tak ada internet macam mana? So, sekarang, boleh tersenyum dah...hehe

Dapat macam2 kiriman dari bestfriend sempena birthday aku. Terharunya...I love you all.

Selasa baru ni, guru besar suruh aku sediakan report. Pagi2 lagi aku dah submit kat dia. Dia tanya, nak present tak? Aku cakap, taklah kot....hehe. Tup2, dalam meeting, dia present kan. Siap tayang report aku kat semua cikgu. Dia kata, awal pagi dia dah hantar report. Baguslah dia ada kat sini, internet yang dah setahun tak boleh guna, dah boleh guna. Hehe, kembang semangkuk pulak rasanya dengan pujian tu...

Semalam pulak, pembantu tadbir bercerita kat aku. Dia bengang dengan 2 orang kat sekolah ni sebab gaji dorang sama tapi yang lagi 2 orang tu, kerja rilek. Pukul 3 dah balik. Tapi pembantu tadbir, nak jaga cikgu, urusan pej pelajaran, lepas tu balik pukul 5.00. Dia ngadu kat aku, dorg tak pernah datang opis, tanya ada kerja tak, nak tolong. Tak macam akak...(ha...part ni yang aku suka ni). Dia siap beritahu kat guru besar, aku tutup lab pukul 4.00. Kemudian, aku akan ke pejabat, tanyakan ada kerja tak, nak ditolong. Tiap2 hari dia datang pejabat tanya saya gb...(hehe, ayat ni pun aku suka). Tapi pembantu tadbir tu tak pernah pun bagi kerja kat aku, aku temankan dia aje sampai balik...hehe. Okeylah jugak tu, kan?

Yeye...jap lagi nak balik Kuantan...

Birthday

Kat sini, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang wish aku, especially my dearest friends, Chik, Syira and CT. Juga kepada FP dan rakan2 penulis.

Dari CT :

An Ode to My Friend, Eny Ryhanna
Hari ni 22/7/2009 hari jadi Eny Ryhanna, yeay! Selamat Hari Jadi yang ke...tak kisah la yang ke berapa yang penting you're still older than me...hihihi...jangan mare nanti cepat tua.

Anyway, Eny a.k.a Ani semoga hidupmu dilimpahi rahmat Allah. I wish you all the best in whatever you do. It's been nice knowing you. One thing I want you to know is that you're such an inspiration. Without your advise and encouragement I wouldn't think of pursuing what I've been dreaming of doing (you know what I mean) for the past 20 years of my life...walaupun orang tak start apa pun lagi...huhu...I'm going to, I'm going to...

So, thank you from the bottom of my heart. Be good and know that all your friends love you. That includes me! Have a wonderful birthday!
Last but not least, cepat2 ler kawin...hehehe...
_______________________________________

To CT : Isy, terharunya, huhu. Buat cepat2 tau. I'm waiting....

To Syira : Powerpoint ko buat tu memang menarik sampai aku almost tak percaya ko yang buat...hehe. Tapi aku tak reti nak tampal kat sini. Lagipun aku rasa tak sesuai kot nak tampal...hehe

To Chik : Thanks spent masa layan sembang malam tadi. Lama tu....hehe

Fashion icon

Kelmarin....
'Suka pakai tudung ni? Banyak koleksi. Beli kat mana ya?'
'Ha'ah, senang nak pakai. Sarung je. Ada beli kat kedai, kat pasar malam pun ada...hehe...'
'Oh, berapa ringgit yang macam ni eh?'
'Yang ni RMxx.'
'Beli kat mana?'
'Yang ni beli kat kedai A.'
'Yang semalam tu?'
'Yang semalam tu, kat pasar malam je...murah sikit.'
'Oh, yang selendang pink tu?'
(kata member aku, macam style Yuna)
'Yang tu beli kat kedai kat Kuantan.'
'Cantik2lah tudung awak...'
(tersenyum kambing...)
'Yang kain batik semalam tu, memang beli sepasang ke?'
'Taklah, kain beli lain, baju beli lain...'
(selama ni dorang dok peratikan aku ke? hehe)

Balik rumah....
cousin aku : eh, cikgu A tanya aku mung beli mana selendang pink tu.
(la, tadi cikgu B tanya. ramai pulak yang berkenan selendang pink aku tu...hehe)
aku : nape, dia nak gi beli ke? Kat Kuantan Parade tingkat atas...hehe

Kesimpulannya, macam tulah kalau dah ramai perempuan kat satu2 tempat tu. Bila orang baru datang, tentulah jadi perhatian. Aku jadi perhatian ke? hehe....Isy, malu ler

Sunday, July 19, 2009

Jumpa member

Semalam, tiba2 Marina called aku. Katanya dia ada kat Cherating dan nak jumpa aku. Aku dengan excitednya, tunggu dia kat bandar Kuantan. Aku dah tak jumpa dia lebih kurang 7 tahun...I guess. Sebab last aku jumpa dia, dia baru kahwin & now anak sulung dia dah 6 tahun. Lamanya tak jumpa. Dari baru kahwin, sampai anak dia dah 3, baru nilah nak jumpa balik.

Terkejut juga aku tengok dia, a bit chubby, dulu kurus kering. Yalah, anak dah 3. Dia pulak full time housewife. Dari keretanya, aku nampak dia dah stable sangat2 walaupun dia tak keje, hehe. Suaminyalah yang stable. Sembang punya sembang adalah bercerita pasal PTPTN. Dia cerita lepas dia dapat surat saman, dia terus bayar lumpsum. Aku yang masih dok terkial2 bayar bulan2 ni (tu pun banyak yang miss, maaf ye PTPTN), telan air liur dengar.

Lepas tu, Marina ni sibuk nak cari Kuih Seman. Aku pun tak tahu kuih apa tu. Dia marah aku balik sebab tak tahu...hehe. Dia describe kat aku rupa kuih tu. Oh, kuih tu, aku tahulah. Kuih ni, macam candy. Berjurai2 warna pink, pastu ditabur tepung. Orang pantai timur tahulah kuih ni. Nama kuih ni macam pelik, kan? Apsal nama dia Kuih Seman eh? Tak bestnye nama...hehe

Ha, inilah kuihnya. Kata Marina, totally taste like cotton candy and super ultra sweet! Tapi aku tak pernah try pun.

Mudahnya merompak duit

Sedar atau tidak, kemajuan IT bukan hanya sekadar membawa kemudahan maklumat tetapi menjadi kaedah terbaru bagi penyangak maya merompak duit orang. Hanya satu panggilan telefon, sepucuk e-mel atau SMS sudah cukup untuk mengosongkan akaun seseorang.

Contoh, penipuan pelanggan-pelanggan bank menerusi e-mel, penyangak akan membuat 'pertaruhan' dengan menghantar jutaan e-mel kepada bakal mangsanya.

Bayangkan, penyangak hanya memerlukan seorang mangsa yang memberi maklumbalas dan itu sudah bermakna tipu helahnya berjaya. Satu lagi, ramai antara generasi IT hari ini, masih memandang remeh lampiran fail-fail dalam e-mel.

Setiap kali, kita klik pada satu lampiran fail, tidak mustahil ia mengandungi malware yang akan memantau aktiviti perkomputeran dari tempat lain.

Pola taipan kekunci akan direkodkan dan membantu penyangak mengenal pasti minat pengguna. Misalnya, pengguna yang kerap menggunakan space bar bererti dia seorang penggemar mainan video. Dengan hanya berpandu pada 'pembayang' ini, penyangak akan mengirim e-mel bertemakan mainan video kepada mangsa.

Platform seperti Facebook, MySpace dan Twitter yang sedang hangat dalam kalangan orang muda khasnya, sangat berisiko tinggi menjadi sasaran penggodam. Oleh itu, dinasihatkan pengguna komputer supaya tidak memuat naik terlalu banyak gambar atau maklumat peribadi dalam platform rangkaian sosial. Platform-platform ini digelar sebagai Syurga Informasi Peribadi secara percuma, penggodam 'suka memancing di kolam yang banyak ikan'.

Src : http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0715&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_01.htm

p/s : Pesanan ini aku tujukan kat semua dan juga untuk diri aku sendiri. Especially perenggan yang last tu.


Friday, July 17, 2009

Aku tak boleh jadi cikgu

Hari ni, sepupu aku mintak tolong aku jagakan kelas dia, murid tahun 4. At the 1st place aku rasa, ok...no problem. I can handle it. Kemudian, aku lukis kat whiteboard (aku memang tak reti melukis...) gambar sebuah komputer. Aku minta mereka lukis dalam buku kemudian isikan tempat kosong, hardware2 yang dah aku lukis tu. Bermula dari sinilah, aku rasa aku memang tak boleh jadi cikgu. Budak2 ni, tak buat apa yang aku suruh, tapi diaorang main kerusi (kerusi boleh turun naik & pusing2). Kemudian diaorang tanya, kalau siap boleh main komputer, cikgu? Aku jawab TAK BOLEH!.

Again, diaorang tak peduli apa aku cakap. Masalahnya diaorang anggap komputer ni mainan. Banyak komputer yg start button tenggelam. Kesian memang kesian. Tapi bila dah jadi macam ni, hilang juga kesabaran aku yang tak berapa nak sabar ni.

Selepas setengah jam, aku tanya sorang2, dah siap ke sebab dia orang semua dok main kerusi. Sorang budak lelaki cakap, tak buat, tak tahu buat. Aduhh, pening kepala aku. Budak perempuan pandai sikit, ada poster kat dalam lab ni, diaorang tiru aje kat situ. Aku cakap, buat cepat, nanti cikgu (cikgu?hehe) nak tengok. Nak lagi best, ada yang main kejar2 dalam lab. Then sorok tudung budak perempuan. Bila aku tanya siapa ambil? Ditunjukkan kepadaku seorang budak lelaki (yang tak tahu buat tadi). Aku tanya lagi, siapa ketua kelas, nak suruh dia bagitahu cikgu Nurul (sepupu aku). Nak tahu siapa ketua kelas? Hmm, budak yang tak tahu buat & sorok tudung budak perempuan tadilah ketua kelasnya. Aku tak tahu aku nak gelak ke, nak marah ke. Kesimpulannya memang aku tak boleh nak jadi cikgu. Baru sejam aku jaga kelas (bukan mengajar), dah huru hara jadinya....

Nurul, please... pah ni aku tak mboh doh gati mung....aku serik doh!!!!!

Tuesday, July 14, 2009

Confused

Aku dah pening. Macam2 hal dengan jawatan yang aku pegang sekarang ni. Nama best, Fasilitator Schoolnet (FS). Mula2 dapat offer dulu, sibuk pasal nak tukar sekolah, pasal kontrak, pasal surat tawaran, jobscope...macam2lah pertanyaan yang timbul. Yang peliknya masa kursus 5 hari dulu, orang dari kementerian yang berkaitan tak muncul awal2. Jumaat baru datang bawak surat tawaran & kontrak. Sudahnya, slot untuk pembangunan laman web, terbengkalai.

Pergi sekolah, semua orang tak tahu kewujudan jawatan ni termasuk guru besar. Semua orang tercangak2. So, terpaksalah explain pulak. Nak lagi best, aku dah kerja 5 hari, petang tu barulah surat dari kementerian sampai kat sekolah. Kemudian pasal gaji pulak. PT sekolah tanya aku, urusan gaji macam mana? Aku cakap kementerian yang hantar aku ni yang bayar sebab dah bagi semua dokumen bank kat sana. Jadi, saya nak sediakan apa untuk kementerian sana? Aku pun terpinga2 jugaklah. Kesimpulannya, banyak lagi perkara yang masih dalam perbincangan pihak kementerian2 yang terbabit. Dari blog Cik Nana, katanya gaji bulan 8, aduhh...susahlah macam ni. Masa sign kontrak orang kementerian cakap gaji macam biasa. Hopefully, tak delaylah gaji FS ni. Kepada kengkawan FS semua, kalau ada info2 terbaru, bagitahulah ya...hmmm

Monday, July 13, 2009

New update

Macam dah lama sangat aku tak update rumah aku ni. Anyway, sebagai permulaan aku just nak story pasal pengalaman aku di tempat baru ni. Tempat ni dah ala2 penghujung Pekan, Pahang. Lagi 20 minit (+/-), sampai ke Rompin. Kalau dari Kuantan lebih kurang satu setengah jam. Untuk nak dapatkan barang-barang keperluan kena pergi ke Rompin. Dekat-dekat sini, tak ada apa sangat. Well, bunyinya macam tak menarik langsung kan? Terasa susah sangat kalau dalam kecemasan. Mujur line telefon celcom okey. Rutin aku sekarang ni, kerja sampai pukul 4.00 petang. Balik rumah, then esok pergi kerja lagi. Jumaat, selepas kerja, aku terus balik ke Kuantan. Semua cikgu-cikgu dari luar pun tak pernah stay kat sini during weekend. Aku terpaksa hadkan masa untuk balik ke kampung...huhu. Mungkin sebulan sekali atau 2 kali sebulan. Nak jimat beb...kesian mak aku...

p/s: ada sesapa nak bercuti ke Summerset Resort, Rompin bagitau la, dekat aje...hehe

Friday, June 26, 2009

MJ


LOS ANGELES – Michael Jackson, the "King of Pop" who once moonwalked above the music world, died Thursday as he prepared for a comeback bid to vanquish nightmare years of sexual scandal and financial calamity. He was 50.

Jackson died at UCLA Medical Center after being stricken at his rented home in Holmby Hills. Paramedics tried to resuscitate him at his home for nearly three-quarters of an hour, then rushed him to the hospital, where doctors continued to work on him.

"It is believed he suffered cardiac arrest in his home. However, the cause of his death is unknown until results of the autopsy are known," his brother Jermaine said. Police said they were investigating, standard procedure in high-profile cases.

Jackson's death brought a tragic end to a long, bizarre, sometimes farcical decline from his peak in the 1980s, when he was popular music's premier all-around performer, a uniter of black and white music who shattered the race barrier on MTV, dominated the charts and dazzled even more on stage....src:Yahoo news.
p/s : Terkejutlah juga dengar berita ni. Minat masa zaman Jackson 5 dulu & sebelum dia extremely makeover muka dia.

Thursday, June 25, 2009

Kerja Baru

Semalam, aku mendapat tawaran sebagai Fasilitator Schoolnet (FS) di sekolah. Sekolah yang ditawarkan SK Bebar, Pekan (aku tak tahu kat mana tempat ni). Lapor diri Ahad 28 Jun 2009 (time is running out. Macam tak sempat aje nak prepare apa2) nanti dan terus ke latihan selama 5 hari. Walaupun jawatan yang ditawarkan hanyalah di bawah Skim Khidmat Singkat (hopefully taklah singkat sangat), tapi aku bersyukur sangat2.

Anyway, jangan tanya aku Schoolnet tu apa sebab aku pun tak tau...hehe. Sekarang baru nak cari maklumat. Sekolah tu pun aku tak survey lagi kat mana tempatnya. Kata member aku, sekolah tu kat ulu, sejam lebih dari Kuantan. Nak kena pindah ke aku ni? Aduh. Macam mana ya? Wish me luck....

Transformers 2

Malam rabu hari tu (ladies nite) aku dengan housemate pergi tengok Transformers. Booking Isnin lagi dah, itupun dapat seat hujung sekali. Tak puas hati betul. Ada alasan nak tengok lagi sekali ni...hehe.
Aku suggest pi tengok cerita ni. Best...lots of jets, machines, robots & lawaks...hahaha...memang kelakar. Banyak juga part yang kelakar tu. Antaranya Bumblebee menangis. Robot pun ada perasaan...hehe. CT, tak teringin nak tengok ke? Lepas tengok kucing boleh ler tengok autobots pulak ye...

Tapi, dalam aku & semua orang dok gelak2 tu, boleh pulak si housemate aku layan hp & tidur. Pelik aku, macam orang tak ada perasaan pulak. Hmm, mungkin dia tak minat cerita macam ni kot. Tapi kenapa ikut eh? Musykil...musykil...