Tuesday, August 25, 2009

Member opis lama

Tadi aku terima 1 panggilan. Nombornya aku tak kenal. Suaranya pun aku tak kenal, tapi dia kata kenal aku. Dia mengingatkan aku begini..."saya pernah cakap pada awak yang saya tak ada kawan macam awak dan saya takkan kawan dengan awak lagi". Kemudian aku terus teringat. Oh...En. K. Ya, dulu dia pernah marah aku. Dia meninggikan suara pada aku dengan ayat di atas kerana dia salah faham. Dan jawapan aku ketika itu..."fine, saya tak rugi apa-apa pun kalau En.K tak nak kawan dengan saya". Dan lepas tu, kami lost contact.

Masa dia call aku tadi, dia kata nak minta maaf bersempena ramadhan. Katanya lagi, Allah bukakan hati dia untuk telefon aku dan tahu dia bersalah kat aku. Hehe, tahu pun....tapi aku cakap dalam hati aje.

No comments: