Rakyat Malaysia sukakan ABC (jika anda bukan rakyat Malaysia atau telah lama berada di luar negara & tidak mengetahui apa maknanya, ABC adalah air batu campur).
Sekiranya anda suka kacang, ada kacang di dalamnya. Oh, betapa sedapnya.
Kalau anda sukakan rasa manis, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ada sirap, susu cair & ais krim di bahagian atasnya.
& di tengah terik matahari, tiada apa yang lebih menyamankan daripada semangkuk ais yang diparut.
Isinya yang lain juga menambahkan kelazatan. Jeli yang berwarna-warni, kacang besar & buah pala, kacang tanah & jagung penuh krim...mmmmm
Setiap satunya sedap, tapi hanya apabila mereka dicampur bersama menjadikan semangkuk ABC begitu istimewa.
Itulah yang kami paling suka tentang ABC - ia mengingatkan kami akan sesuatu yang menyeronokkan di mana setiap satunya berbeza. Namun, menjadi yang terbaik apabila bersama.
Kita mungkin tak sefahaman tentang sesuatu - seperti kacang manakah yang lebih digemari, tapi setuju dengan banyak lagi perkara lain. Umpamanya betapa kita semua sukakan ABC.

p/s : terliur tak? Memang terliur. Dulu selalu pekena ABC kat Seksyen 2 Shah Alam. Kat Kuantan pulak, kat Cenderawasih. Memang best...hehe.
BTW, ni adalah iklan Maybank kat Utusan bersempena Hari Kemerdekaan. Sebab dia cerita pasal ABC, aku pun ciloklah...hehe
No comments:
Post a Comment