Tuesday, July 14, 2009

Confused

Aku dah pening. Macam2 hal dengan jawatan yang aku pegang sekarang ni. Nama best, Fasilitator Schoolnet (FS). Mula2 dapat offer dulu, sibuk pasal nak tukar sekolah, pasal kontrak, pasal surat tawaran, jobscope...macam2lah pertanyaan yang timbul. Yang peliknya masa kursus 5 hari dulu, orang dari kementerian yang berkaitan tak muncul awal2. Jumaat baru datang bawak surat tawaran & kontrak. Sudahnya, slot untuk pembangunan laman web, terbengkalai.

Pergi sekolah, semua orang tak tahu kewujudan jawatan ni termasuk guru besar. Semua orang tercangak2. So, terpaksalah explain pulak. Nak lagi best, aku dah kerja 5 hari, petang tu barulah surat dari kementerian sampai kat sekolah. Kemudian pasal gaji pulak. PT sekolah tanya aku, urusan gaji macam mana? Aku cakap kementerian yang hantar aku ni yang bayar sebab dah bagi semua dokumen bank kat sana. Jadi, saya nak sediakan apa untuk kementerian sana? Aku pun terpinga2 jugaklah. Kesimpulannya, banyak lagi perkara yang masih dalam perbincangan pihak kementerian2 yang terbabit. Dari blog Cik Nana, katanya gaji bulan 8, aduhh...susahlah macam ni. Masa sign kontrak orang kementerian cakap gaji macam biasa. Hopefully, tak delaylah gaji FS ni. Kepada kengkawan FS semua, kalau ada info2 terbaru, bagitahulah ya...hmmm

No comments: