Minggu ni, aku rasa best sangat. Taklah rasa macam minggu2 lepas, rasa masa tu lebih lambat dari kura2/siput babi berjalan. Masa pun macam sekejap aje. Tup2 dah jumaat dah, yahooooo, kul 3 nanti nak balik Kuantan....
Sebab apa eh? Pertamanya, sebab internet dah ok...hehe. Sebelum ni aku susah hati sangat kat lab ni tak ada internet. Mati kutu beb. Bila dah ada internet, hehe, tau2 ajelah. Banyak mende aku boleh buat. Kerja tetap kerja. Lagipun aku berkomunikasi dengan pihak kementerian & suruhanjaya melalui emel. So, tak ada internet macam mana? So, sekarang, boleh tersenyum dah...hehe
Dapat macam2 kiriman dari bestfriend sempena birthday aku. Terharunya...I love you all.
Selasa baru ni, guru besar suruh aku sediakan report. Pagi2 lagi aku dah submit kat dia. Dia tanya, nak present tak? Aku cakap, taklah kot....hehe. Tup2, dalam meeting, dia present kan. Siap tayang report aku kat semua cikgu. Dia kata, awal pagi dia dah hantar report. Baguslah dia ada kat sini, internet yang dah setahun tak boleh guna, dah boleh guna. Hehe, kembang semangkuk pulak rasanya dengan pujian tu...
Semalam pulak, pembantu tadbir bercerita kat aku. Dia bengang dengan 2 orang kat sekolah ni sebab gaji dorang sama tapi yang lagi 2 orang tu, kerja rilek. Pukul 3 dah balik. Tapi pembantu tadbir, nak jaga cikgu, urusan pej pelajaran, lepas tu balik pukul 5.00. Dia ngadu kat aku, dorg tak pernah datang opis, tanya ada kerja tak, nak tolong. Tak macam akak...(ha...part ni yang aku suka ni). Dia siap beritahu kat guru besar, aku tutup lab pukul 4.00. Kemudian, aku akan ke pejabat, tanyakan ada kerja tak, nak ditolong. Tiap2 hari dia datang pejabat tanya saya gb...(hehe, ayat ni pun aku suka). Tapi pembantu tadbir tu tak pernah pun bagi kerja kat aku, aku temankan dia aje sampai balik...hehe. Okeylah jugak tu, kan?
Yeye...jap lagi nak balik Kuantan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment