Malam rabu hari tu (ladies nite) aku dengan housemate pergi tengok Transformers. Booking Isnin lagi dah, itupun dapat seat hujung sekali. Tak puas hati betul. Ada alasan nak tengok lagi sekali ni...hehe.
Aku suggest pi tengok cerita ni. Best...lots of jets, machines, robots & lawaks...hahaha...memang kelakar. Banyak juga part yang kelakar tu. Antaranya Bumblebee menangis. Robot pun ada perasaan...hehe. CT, tak teringin nak tengok ke? Lepas tengok kucing boleh ler tengok autobots pulak ye...
Tapi, dalam aku & semua orang dok gelak2 tu, boleh pulak si housemate aku layan hp & tidur. Pelik aku, macam orang tak ada perasaan pulak. Hmm, mungkin dia tak minat cerita macam ni kot. Tapi kenapa ikut eh? Musykil...musykil...
No comments:
Post a Comment