Thursday, March 27, 2008

To whom that I loved




Faiz, kupinjam puisimu untuk menghiasi blogku yang tak seberapa ini. boleh kan? aku tau kau tak kisah. ada nama kau lagi hehe

Puisi ni, aku nak tujukan khas untuk seseorang. Hahaha, jangan salah sangka. teman tapi mesra...

Teman Kalbu... (karya Faizah Faiz)

Menantimu kasih menjadikan aku makin mengerti
bahawa kau sungguh bermakna di hati
engkau tercinta, kesayangan jiwa
nyata kini
bayanganmu mengekoriku
meneman sepi di muara cinta
bak pasangan kalbu yg akrab sekali
biarlah sayang
akan kutunggumu ke akhirnya
hingga Tuhan mengizin kita
bersama...

Wednesday, March 26, 2008

Irzara dan Kuantan






Selepas membaca apa yang ditulis oleh Irzara tentang jejak kasihan aku dan dia, aku pun terpanggil untuk berkata sesuatu. Yang peliknya kenapalah dari awal kita tak bertemu ye? Hmm, kalau tak, sempatlah aku menghabiskan masa dengan dia kat Kuantan nih. Kenapalah bila dia dah tak stay kat sini baru terbongkar segala cerita? Ya, Allah Maha Berkuasa. Segala yang berlaku atas kehendakNya. Itulah sebabnya sekarang baru kita bertemu...kan Q?
Ada sesiapa lagi nak joint YM? Bolehlah kita buat conference. Tapi kan Q, diorg semua kelawar malam hehe...jangan marah eh? Kita je merayau merata siang-siang ni...
Hehe, saja nak menambah sayu di hati Q. masihkah kau ingat Q tempat-tempat ini? Ala...tempat Q dating dulu2...hehhe jangan marah eh. Memory remains...........

Sunday, March 23, 2008

Kursus Haji


Minggu lepas, mak memaklumkan bahawa dia mendapat surat panggilan menghadiri kursus persediaan haji bersama abah. mak tanya sama ada aku sanggup hantarkan dia setiap minggu ataupun tidak. tanpa fikir panjang aku kata sanggup. siapa lagi yang boleh hantarkan emak? nak tumpang jiran-jiran susah sbb kita terpaksa ikut kalau diorg ada kerja memasing. ini bermakna, setiap minggu aku terpaksa balik menempuh perjalanan selama 2 jam untuk sampai ke kampung. kalau dulu aku balik kampung 2 kali sebulan untuk jimat kos. maklumlah minyak mahal. sabtu tempoh hari, aku hantarkan emak dan abah. dan, secara tak langsung aku juga mendapat manfaat. bersama2 bakal-bakal haji dan hajjah mendengar ceramah haji. sudah tentu aku menjadi perhatian makcik-makcik di situ (ceeewahhhh) sebab orang muda pergi bertenggek joint diorg. ramai juga yang bertanya..."dah nak pergi haji?" dengan tersenyum aku menjawab..."tak, temankan mak." makcik2 lain menyampuk..."hmmm anak makcik, dah hantar terus hilang entah ke mana. bukannya nak duduk dengar sekali..."
dalam hati aku, kembanglah...apa lagi hehe. mak aku pun senyum selebar-lebarnya. bangga ke? eh tak...itu adalah tanggungjawab aku pada mak aku.
semoga Allah mempercepatkan giliranku nanti...insyaAllah.

Tuesday, March 11, 2008

Dakapan Cinta

hari ni, aku terima emel dari editor aku. this is the content of the email. my second novel with new name, new looks & new appearence. for me, it's look fresh & aku puas hati sangat2. aku andaikan bahawa inilah first baby aku. but, i have no idea bila it will be release. all i can do is wait but i'm happy to see this. tq very much to ALONG. because of her effort, kesabaran dia dengan kelemahan aku, akhirnya dia berjaya juga sudahkan kerja dia dengan jayanya. TQ again ALONG!

Sunday, March 9, 2008

alhamdulillah...

almost semgu lebih aku demam. start on thursday ujung bln feb. asalnya melawat org demam kat spital. end up aku yg demam. jumaat, sabtu & ahad aku makin teruk. tak larat nak bgn & i'm on my own kat umah. not even eat. just minum susu & telan panadol. ahad mlm, aku langsung tak boleh tido. rasa mcm nak mati. masa tu terbayang dosa2 lama. aku takut sangat. aku menangis all nite. then monday, aku decide balik kampung. at least mak aku ada jaga aku. kat sini, aku sorang2. aku perlu cepat sembuh coz 6 mac aku nak kena bawa mak aku ke IJN. alhamdulillah, aku ok sikit on that day even not fully recovered. & 6 mac tu juga aku pergi ambil kereta aku yg dah berbulan2 tersadai kat workshop kat raub. bila tgk & drive kereta tu, aku bertambah sayu. walaupun takut, aku gagahkan juga. aku layan sembang dgn mak, tak nak pikir sgt pasal kereta tu. mak walaupun dah lembik (dia muntah2 masa on da way ke raub tu), paksa diri juga bercerita dgn aku.
& today, i get back to work. malam tadi balik umah with perasaan sayu yg masih bergayutan, bersambung ke hari ni. aku akan cuba to be strong, at least for my mother...amin...