Minggu lepas, mak memaklumkan bahawa dia mendapat surat panggilan menghadiri kursus persediaan haji bersama abah. mak tanya sama ada aku sanggup hantarkan dia setiap minggu ataupun tidak. tanpa fikir panjang aku kata sanggup. siapa lagi yang boleh hantarkan emak? nak tumpang jiran-jiran susah sbb kita terpaksa ikut kalau diorg ada kerja memasing. ini bermakna, setiap minggu aku terpaksa balik menempuh perjalanan selama 2 jam untuk sampai ke kampung. kalau dulu aku balik kampung 2 kali sebulan untuk jimat kos. maklumlah minyak mahal. sabtu tempoh hari, aku hantarkan emak dan abah. dan, secara tak langsung aku juga mendapat manfaat. bersama2 bakal-bakal haji dan hajjah mendengar ceramah haji. sudah tentu aku menjadi perhatian makcik-makcik di situ (ceeewahhhh) sebab orang muda pergi bertenggek joint diorg. ramai juga yang bertanya..."dah nak pergi haji?" dengan tersenyum aku menjawab..."tak, temankan mak." makcik2 lain menyampuk..."hmmm anak makcik, dah hantar terus hilang entah ke mana. bukannya nak duduk dengar sekali..."
dalam hati aku, kembanglah...apa lagi hehe. mak aku pun senyum selebar-lebarnya. bangga ke? eh tak...itu adalah tanggungjawab aku pada mak aku.
semoga Allah mempercepatkan giliranku nanti...insyaAllah.
No comments:
Post a Comment