Monday, April 7, 2008

A Journey to Bookfair, PWTC


Sabtu, jam 7am aku mula memandu balik ke kampung untuk menunaikan tanggungjawab terhadap kedua orang tuaku. Sampai di kampung jam 8.30am dan aku terus bersiap ala2 muslimah gitu (berbaju kurung aje hehe) untuk ke masjid. Tanpa sempat bersarapan, aku pun bersama2 mendengar ceramah dengan perut yang mula berkeroncong. Tak apa, sabar, kejap lagi break time dan ada sedikit hidangan disediakan...aku memujuk perut. Nak dijadikan cerita ustaz ni terlajak masa sampai pegawai tabung haji terpaksa stopkan dia. Ahh...lega skit. Maka bersarapanlah aku dengan mihun pada jam 11am. Ceramah sepatutnya habis jam 11 am berlanjutan sehingga ke 12pm.

Habis aje ceramah, aku memecut balik ke rumah mak aku, basuh kain yang aku bawak balik dari Kuantan....hehe...makan tengah hari dan bersiap untuk balik semula ke Kuantan bersama anak saudara aku.

Jam 4pm, aku tiba di rumah, dan terus mengemas baju untuk ke kl (i'm a last minute person huhu). Selepas solat asar, aku memandu menuju ke terminal. Aku tawakal aje tinggalkan kereta di tempat parking sambil berpesan pada pakcik yang jaga parking tu tolong tengok2kan kereta aku.

Jam 5.30pm, aku naik bas dan jam 10.30pm aku sampai di Shah Alam. Penat & sakit badan semua ada.

Esoknya, aku keluar awal pagi Ahad. Selepas pekena roti canai di Klang, aku memandu (pinjam kete akak hehe) menuju ke PWTC dengan harapan dapat parking dekat. Alhamdulillah...memang dekat aku dapat parking.

Jam 12pm maka berjumpalah aku dengan rakan-rakan yang selama ni dok merempit bersama-sama di blog sahaja. Lia Azira, Hafirda, Bikash....seronok to mix around with u all gals...

Tak sempat sembang panjang dengan Ebriza dan Pu3...huhu

Jam 4pm lebih kurang, aku terpaksa balik ke S. Alam nak dating dengan adik aku pulak. Jammed gilalah pulak kat Alam Sentral ada lumba basikal. Banyak jalan tutup. Kali ketiga pusing baru dapat parking. Minum and borak2 kemudian adik aku ajak ke Berkeley, Klang pekena the best teh tarik, nasi lemak ayam, tose...yang mana semuanya feberet aku. Nasib baik aku dah tak larat nak sumbat, ingat nak bungkus roti salad hehe...

Jam 9pm aku tiba di rumah akak aku untuk bersiap balik ke Kuantan. Malangnya, bas yang sepatutnya 10.30pm, jam 11.00pm baru muncul. Sebab terlalu letih, keluar aje dari KL, aku terus tertidur.

Jam 4am, bas selamat tiba di Kuantan. Alhamdulillah, aku dan anak saudara aku selamat tiba (walaupun flat sgt2) dan kereta yang aku tinggalkan masih juga di situ...hehe

Hari ini, aku bekerja seperti biasa walaupun mamai...huhu

Kesimpulannya...walaupun penat aku gembira. It was unforgettable moment & great xperience to me. Tapi gambar tak ada nak letak huhu. Fir....emel la gambar tu kat akak...TQ

4 comments:

Azman said...

He..he..he.. ada citer yang tertinggal tak ?

Eny said...

apa yg tertinggal eh?

Azman said...

Kena la tuan umah citer....

Eny said...

rasanya dah tak ada yg tertinggal. hmmmm apa eh?