Tuesday, May 27, 2008

Harian Metro 28 Mei 2008

Aku sebenarnya bukanlah suka sangat baca Harian Metro ni. Tapi setelah diberitahu ada ads FP, maka akupun belilah. Excitedlah juga bila diberitahu oleh sahabat dari Pasir Mas ada iklan ni dalam HM.
Walaupun ads ni nampak simple tapi aku yakin ianya dapat memberikan impak yang cukup besar bagi FP sebab HM ni ramai pembacanya (walaupun aku bukan salah seorang daripadanya...hehe).
Sedikit demi sedikit FP telah membina dan mengukuhkan 'brand name' nya. Semoga FP akan terus bertapak kukuh setanding dengan penerbit-penerbit gah yang sedia ada dan semoga gelaran 'penerbit kedai mamak' (sila baca N3 pu3 bertajuk 'Erm Glamour ke?') tidak lagi menjadi bahan 'usikan' mereka-mereka yang merasakan diri mereka glemer. Maaf andai terasa.

Sunday, May 25, 2008

Kemalangan & Mesyuarat

Sudah menjadi tradisi di kampung aku, tuan rumah yang akan mengadakan kenduri kahwin perlu bermesyuarat dengan orang-orang yang terlibat dengan gotong-royong (rewang) 2 minggu sebelum majlis untuk membincangkan tentang pembahagian tugas serta tentang barang2 yang perlu dibeli. Makanya, petang sabtu 24 may 2008, abahku menjemput orang2 terbabit yang juga jiran2 berdekatan rumahku untuk datang ke rumahku selepas isyak. kira2 20 orang dijemput ke rumahku malam itu.
Petang itu, emak, kakak, aku bersama 2 anak buahku ct & zati sibuk membuat itu ini. Pinggan mangkuk yang dikeluarkan dari gobok perlu dicuci (tabiat biasa mak2, simpan pinggan mangkuk cantik dlm gobok termasuklah mak aku...hehe). Hidangan malam itu adalah roti canai. Senang sikit, tempah aje. Yang perlu dibuat di rumah, bancuh air panas.
Menjelang Maghrib, semuanya dah siap. Selesai solat Maghrib, kakak, ct & zati berkemas di bahagian atas rumah. Aku dan emak di dapur, menyediakan air teh. Abah pula di masjid.
Lebih kurang jam 7.45pm, tiba-tiba kedengaran bunyi letupan yang kuat disertai dengan bunyi berdentum, bunyi kaca berderai dan akhir sekali suara kanak-kanak dan perempuan meminta tolong. "Mak, orang accident..." aku terus menggigil kepala lutut walaupun hanya mendengar bunyi. Mak aku panik.
Aku pantas meluru ke belakang rumah. Aku antara orang yang awal sampai, diikuti dengan anak lelaki jiran sebelah rumah. Sebentar kemudian kakak, ct & zati pula. Tapi aku takut nak pergi dengan lebih dekat bila suara orang mengerang kesakitan semakin jelas. Kelihatan sebuah trak polis terbalik di dalam longkang, 3 buah kereta yang satu darinya remuk teruk di bahagian depan dan juga sebuah motor.
Trak polis itu pula, sedang membawa mayat yang baru mati, juga akibat kemalangan untuk dihantar ke hospital.
Serta merta belakang rumahku yang biasanya sunyi sepi menjelang malam, bagaikan pesta. Ramai orang berkerumun membantu mengeluarkan mangsa dari kereta yang remuk itu. Sebelum Isyak, semua mangsa telahpun dihantar ke hospital. Kemudian, semua yang membantu tadi, beralih kepada trak polis yang terbalik untuk mengeluarkan mayat. Sebentar kemudian ambulans datang. Tapi memandangkan semua yang cedera telahpun dihantar ke hospital, makanya mayat tersebut dibawa oleh ambulans ke hospital.
Kemudiannya kami semua terpaksa naik ke rumah, memandangkan jemputan telahpun tiba. Mesyuarat hanya berlangsung 10 minit, tapi cerita kemalangan tadi menjadi topik utama perbualan pakcik2 yang datang. Berbagai versi cerita yang aku dengar. Kelakar pun ada bila seorang pakcik buat lawak..."Mati 2 kali mayat dalam trak polis tu..."
Jam 10 malam, semua jemputan telahpun balik. Selepas selesai sesi mencuci pinggan, aku kembali ke belakang rumah untuk melihat perkembangan seterusnya. Orang masih lagi ramai untuk melihat kejadian. Bomba tidak berbuat apa2 memandangkan yang cedera sudahpun dikeluarkan.
Sehingga jam 12 am, keadaan masih lagi chaos apabila tow truck tiba untuk menarik trak polis dan 3 buah kereta tersebut. Jiran berdekatan membersihkan kaca yang bertaburan di atas jalan.
Jalan raya di belakang rumahku dulunya banyak meragut nyawa sebab selekoh yang tajam. Tapi setelah jalan diperelokkan lebih kurang 5-6 tahun dulu, selekoh itu tidaklah setajam yang asal. Tiada lagi kemalangan yang berlaku sehinggalah malam sabtu itu.

Wednesday, May 14, 2008

Walimatul Urus

Jemputan ke majlis perkahwinan adik lelaki saya (bukan saya...hehe) pada 7 Jun 2008.
Bercakap tentang majlis, saya kini mulai sibuk. Maklumlah bertindak sebagai assistant wedding planner...hehe
Seorang teman mengingatkan saya supaya tabahkan hati dan kuatkan semangat. Kenapa dia berkata begitu? Kerana bimbang saya akan down kala menyiapkan segala persiapan memandangkan jodoh adik sampai dulu sebelum saya.
Entahlah...buat masa sekarang saya teruja untuk membuat persiapan untuk majlis dia. Esok lusa..tak tahulah. Mungkin juga akan terasa sedikit 'kehilangan' kerana saya dan adik agak kamceng. Apapun, saya doakan kebahagiaan dia walaupun berbagai masalah dan rintangan yang timbul sejak 2 minggu lepas. Saya harapkan semuanya berjalan dengan lancar. Well...u're going to get married soon Abg Ja...so please drive safely...

Monday, May 12, 2008

Ganu Kite




Ni kat rumah my uncle di Kuala Abang









Kat area jeti Pulau Kapas kot...hehe tak ingatlah kat mana





Belakang tu Pulau Kapas. Sekarang ni musim mencandat sotong. So, malam byk bot nelayan kat area pulau ni. Cantik sangat kalau tengok dari jauh. Lampu sekeliling pulau.





Ni pantai kat kampung my parent. Nun jauh lagun tempat orang lepak memancing. Kat belakang tu anak2 dara kampung dok cari ketam.


Monday, May 5, 2008

Most awaited movie...at least by me



Movie inilah yang aku tunggu-tunggu...The Chronicles of Narnia: Prince Caspian. Chronicles yang ke-3 iaitu The Voyage of The Dawn Trader dijangka release pada May 2010 (tak tahu aku masih berminat lagi ke tak...hehe) Aku tak kisah kalau aku tak ada kawan nak ke cinema, aku sanggup pergi tengok sorang-sorang. Movie yang aku suka, aku akan tengok di cinema sebelum aku beli cd murah...hehe.
Tomorrow (May 7): Prince Caspian premieres in New York City
May 16: Prince Caspian USA release
June 5: Prince Caspian Australia release
June 19: Prince Caspian New Zealand release
June 27: Prince Caspian UK release
Dah tu...kat kampung aku bila release???? Tak ada dalam list? Tak apa...nanti aku survey...hehe

Yang pertama dulu The Chronicles of Narnia : The Lion, The Witch & The Wardrobe aku tengok banyak kali. 2 kali kat cinema, berkali-kali kat rumah...tapi tak jemu-jemu walaupun movie ni dah lama keluar iaitu Disember 2005.