Sunday, May 25, 2008

Kemalangan & Mesyuarat

Sudah menjadi tradisi di kampung aku, tuan rumah yang akan mengadakan kenduri kahwin perlu bermesyuarat dengan orang-orang yang terlibat dengan gotong-royong (rewang) 2 minggu sebelum majlis untuk membincangkan tentang pembahagian tugas serta tentang barang2 yang perlu dibeli. Makanya, petang sabtu 24 may 2008, abahku menjemput orang2 terbabit yang juga jiran2 berdekatan rumahku untuk datang ke rumahku selepas isyak. kira2 20 orang dijemput ke rumahku malam itu.
Petang itu, emak, kakak, aku bersama 2 anak buahku ct & zati sibuk membuat itu ini. Pinggan mangkuk yang dikeluarkan dari gobok perlu dicuci (tabiat biasa mak2, simpan pinggan mangkuk cantik dlm gobok termasuklah mak aku...hehe). Hidangan malam itu adalah roti canai. Senang sikit, tempah aje. Yang perlu dibuat di rumah, bancuh air panas.
Menjelang Maghrib, semuanya dah siap. Selesai solat Maghrib, kakak, ct & zati berkemas di bahagian atas rumah. Aku dan emak di dapur, menyediakan air teh. Abah pula di masjid.
Lebih kurang jam 7.45pm, tiba-tiba kedengaran bunyi letupan yang kuat disertai dengan bunyi berdentum, bunyi kaca berderai dan akhir sekali suara kanak-kanak dan perempuan meminta tolong. "Mak, orang accident..." aku terus menggigil kepala lutut walaupun hanya mendengar bunyi. Mak aku panik.
Aku pantas meluru ke belakang rumah. Aku antara orang yang awal sampai, diikuti dengan anak lelaki jiran sebelah rumah. Sebentar kemudian kakak, ct & zati pula. Tapi aku takut nak pergi dengan lebih dekat bila suara orang mengerang kesakitan semakin jelas. Kelihatan sebuah trak polis terbalik di dalam longkang, 3 buah kereta yang satu darinya remuk teruk di bahagian depan dan juga sebuah motor.
Trak polis itu pula, sedang membawa mayat yang baru mati, juga akibat kemalangan untuk dihantar ke hospital.
Serta merta belakang rumahku yang biasanya sunyi sepi menjelang malam, bagaikan pesta. Ramai orang berkerumun membantu mengeluarkan mangsa dari kereta yang remuk itu. Sebelum Isyak, semua mangsa telahpun dihantar ke hospital. Kemudian, semua yang membantu tadi, beralih kepada trak polis yang terbalik untuk mengeluarkan mayat. Sebentar kemudian ambulans datang. Tapi memandangkan semua yang cedera telahpun dihantar ke hospital, makanya mayat tersebut dibawa oleh ambulans ke hospital.
Kemudiannya kami semua terpaksa naik ke rumah, memandangkan jemputan telahpun tiba. Mesyuarat hanya berlangsung 10 minit, tapi cerita kemalangan tadi menjadi topik utama perbualan pakcik2 yang datang. Berbagai versi cerita yang aku dengar. Kelakar pun ada bila seorang pakcik buat lawak..."Mati 2 kali mayat dalam trak polis tu..."
Jam 10 malam, semua jemputan telahpun balik. Selepas selesai sesi mencuci pinggan, aku kembali ke belakang rumah untuk melihat perkembangan seterusnya. Orang masih lagi ramai untuk melihat kejadian. Bomba tidak berbuat apa2 memandangkan yang cedera sudahpun dikeluarkan.
Sehingga jam 12 am, keadaan masih lagi chaos apabila tow truck tiba untuk menarik trak polis dan 3 buah kereta tersebut. Jiran berdekatan membersihkan kaca yang bertaburan di atas jalan.
Jalan raya di belakang rumahku dulunya banyak meragut nyawa sebab selekoh yang tajam. Tapi setelah jalan diperelokkan lebih kurang 5-6 tahun dulu, selekoh itu tidaklah setajam yang asal. Tiada lagi kemalangan yang berlaku sehinggalah malam sabtu itu.

No comments: