Tuesday, May 27, 2008

Harian Metro 28 Mei 2008

Aku sebenarnya bukanlah suka sangat baca Harian Metro ni. Tapi setelah diberitahu ada ads FP, maka akupun belilah. Excitedlah juga bila diberitahu oleh sahabat dari Pasir Mas ada iklan ni dalam HM.
Walaupun ads ni nampak simple tapi aku yakin ianya dapat memberikan impak yang cukup besar bagi FP sebab HM ni ramai pembacanya (walaupun aku bukan salah seorang daripadanya...hehe).
Sedikit demi sedikit FP telah membina dan mengukuhkan 'brand name' nya. Semoga FP akan terus bertapak kukuh setanding dengan penerbit-penerbit gah yang sedia ada dan semoga gelaran 'penerbit kedai mamak' (sila baca N3 pu3 bertajuk 'Erm Glamour ke?') tidak lagi menjadi bahan 'usikan' mereka-mereka yang merasakan diri mereka glemer. Maaf andai terasa.

2 comments:

Nik Azman said...

Hmm...sebenarnya... jika mereka sebenar-benarnya penulis novel.. tiada istilah glamour... penulis novel bukanlah artis yang perlukan glamour... jika anda menulis novel kerana nak glamour... sorry la.. hayat anda di dalam dunia novel tidak akan lama, begitu juga dengan novel anda... menulis novel, selain dari untuk menambahkan pendapatan.. ianya sepatutnya memberi kebaikan kepada pembaca... tentang apa yang ingin anda ceritakan di dalam novel anda.. cuba lah baca novel-novel tersohor seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wick.. atau Jangan Ambil Nyawaku.. penulisnya bukanlah mencari glamour.... tetapi mereka glamour kerana novel mereka hebat.... jadi, kalau sekadar menulis novel picisan, berkisar hanya kepada percintaan... jangan la cepat nak glamour.. sepatutnya, sesama penulis novel harus berganding bahu untuk memertabatkan lagi novel-novel di M'sia, sebagai pelapis kepada penulis-penulis lama kita yang tersohor....

Eny said...

saya setuju dgn nik. penulis novel bukan menjual rupa dan suara. penulis novel dikenali kerana hasil tulisannya...