Sunday, July 13, 2008

My beloved kancil

Sabtu 12 Julai 2008, hari yang membuatkan aku bersedih hati sehingga ke saat ini. Jam 6++ pm, kejadian yang tak diingini itu berlaku. aku memandu kereta adik bersama ct anak buahku dan jie adik iparku. adik memandu kancilku bersama mak dan abg ja. kami dalam perjalanan dari terengganu untuk balik ke kuantan. aku mendahului adikku. di tengah2 antara kami adalah kereta wira. setibanya di paka, tiba-tiba kereta di depanku brek secara mengejut kerana kereta didepannya menukar lorong secara tiba-tiba. kereta di depanku sempat mengelak. aku juga sempat mengelak ke tepi jalan. kemudian terdengar bunyi brek yang kuat disertai dengan bunyi perlanggaran. aku yang masih dalam keadaan terkejut menjadi semakin panik bila ct menjerit dan menangis memanggil mak. segera aku menoleh, terlihat olehku kancil yang remuk di bahagian depan. ct terus meluru ke arah kancil untuk mendapatkan mak diikuti olehku dan akhir skali jie. mujur mak tak apa-apa cuma sedikit terhantuk pada dashboard akibat hentaman kereta waja dari belakang. kedua-dua adik lelakiku juga tak mengalami apa-apa kecederaan. ct dan jie membawa mak duduk di sebuah rumah berhampiran.

aku terkaku di situ. lutut terasa lemah dan menggigil melihat keadaan kancilku. berbagai persoalan mula bermain di fikiran. macam mana aku nak pergi kerja. macam mana aku nak balik kampung. mana aku nak cekau duit kalau ada urusan yang memerlukan cash? untuk kali kedua dalam masa tak sampai setahun kancil aku accident lagi. Entah apalah malangnya aku ini. Baru beberapa bulan kancilku keluar dari workshop di raub setelah berbulan-bulan dibaiki di situ. aku hanya melihat adik2ku yang mula dikerumuni orang ramai. jalan raya mulai sesak. untuk seketika aku terkaku di situ sehinggalah adik datang kepadaku mengatakan bahawa kereta perlu ditarik.

fikiranku kosong tak dapat memikirkan apa2 sehinggalah ct datang kepadaku dan mengingatkan aku tentang seorang mekanik dan pemilik bengkel dari kijal bernama mie yang pernah menolongku satu ketika dulu. mujur aku masih menyimpan nombornya. sementara menunggu mie datang, aku mengambil nombor2 telefon tuan punya kereta yang terlibat. seketika kemudian polis tiba untuk mengambil gambar. hampir sejam di situ tapi kesesakan masih belum reda. melihatkan mak yang kelihatan tak bermaya, adik2ku menyuruhku hantar mak ke rumah sepupu di kemaman kerana kakakku telah bersetuju untuk ke kemaman dari kuantan untuk menjemput mak. sementara aku menghantar mak, adik2ku berurusan dengan mie untuk menarik kereta dan seterusnya ke balai polis untuk buat report.

sepanjang perjalanan ke kemaman, berbagai larangan dikenakan oleh mak. dilarang memotong walaupun terpaksa ikut lori dengan kelajuan 40 kmj. dilarang melebihi 80kmj kala melalui jalan sehala. dilarang itu dilarang ini. aku semakin tension kerana aku terlalu kepenatan.

aku tiba di kemaman jam 8pm. mandi, makan, solat dan kemudiannya berpatah balik ke paka untuk fetch up adik2ku. hampir jam 10pm aku tiba di paka. adik2ku kata salinan polis report tak ada. kena ambil kat balai polis dungun. arghhh...makin tension aku.

tengah malam barulah aku tiba di kuantan. kala bersendirian, tak tersedar air mata menitis. hingga ke detik ini pun, air mata masih mengalir. pada siapa aku nak mengadu?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " Sanggupkah aku untuk menghadapi ujian sebegini untuk sekali lagi?




Kemalangan kali pertama di raub

2 comments:

Nik Azman said...

Pada siapa nak kumengadu ?

Seandainya ku mampu....
Pastinya tidak akan kubiarkan diriku...
Sekadar menjadi teman untuk menghulur bahu....
Untuk dikau berlagu sendu.....

Namun sememangnya malang nasib ku...
Berada jauh beribu batu....
Tentunya tiada upaya bagiku...
Hanya sekadar mendengar tangismu...
Dan segala derita yang menusuk kalbu...

Namun begitu....
Mungkin jua tiada siapa yang tahu...
Ada gelora yang bergelodak di dalam hatiku...
Bila dikau ditimpa nestapa bertalu..

Yang kumampu...
Hanya memandang ke langit biru...
Memohon pada Allah yang satu...
Agar derita mu segera berlalu...
Biarlah beralih pada diriku...
Semoga dikau kan tahu....
Ingin sekali aku...
Menjadi teman untuk dikau mengadu...

Eny said...

Benarkah begitu wahai temanku
Kau ingin menjadi teman untukku mengadu
Menghulur bahu untukku berlagu sendu

Sesungguhnya teman yang teristimewa
adalah yang sentiasa dapat bersama
kala suka dan duka
walau tanpa ucapkan kata
tapi hati berbicara
menghantar seribu makna
membuatku terlupa akan derita

It's been so good to have you as a friend
Help me to be strong
To count to you the lovely things you've done
Until these troubles pass and sorrows end