
tapi, kesedihan masih lagi bersisa. aku masih lagi berkabung. kelmarin mak bertanya macam mana pergi kerja. air mata mengalir lagi. benar, akulah anak emak yang paling 'sememeh'. luaran nampak so strong, tough, tapi deep inside mudah sangat tersentuh dan mengalirkan air mata. i try my best to be strong but i have to admit that i'm not strong enough.
Sejak pagi aku cuba untuk menghantar emel dokumen yang diperlukan oleh bengkel untuk proses claim insurance. mereka tidak mahu terima fax kerana kabur katanya. setengah hari aku mengemel setiap satu dokumen kerana size file yang terlalu besar. sebanyak 7 dokumen semuanya dan 7 emel telah dihantar tapi kesemuanya tak lepas. kemudian aku meminta emel address yang lain pula. pun sama, gagal. aku cuba hantar pada emelku sendiri, ok pulak. aku dah mula tension. sabar...sabar...sabar....tarik nafas, lepasssssss
kemudian, pihak bengkel bersetuju untuk terima melalui fax. sehingga jam 3 pm aku fax, masih tak lepas-lepas. aku try fax ke ofis kawan aku, lepas pulak. aku meminta pihak bengkel memeriksa fax mesin. mana tahu kot2 jammed ke. dia kata tak. aku try lagi. gagal lagi. Ya Allah, apalah lagi masalahnya dengan aku ini. tension mula membawa kepada stress. sabar...sabar...ini dugaan.


finally, tepat jam 5pm dokumen telah bertukar tangan. penatnya aku. teman, maafkan aku sebab terpaksa lepaskan marahku kepadamu. tapi, sapa suruh awak banyak tanya sangat time tu????
No comments:
Post a Comment