Aku dah malas nak taip sebab nanti ceritanya sama aje dgn bikash & aleya. Jadi, untuk cerita penuh, sila baca di: (hehe...senang kerja aku)
Wednesday, September 24, 2008
Gathering yang happening
Monday, September 22, 2008
Selamat Hari Raya
Lagu raya ni sedih sangat. Aku tujukan lagu ni untuk seseorang yang memahami. Semoga anda berbahagia di hari raya tahun ni. Untuk semua tetamu di blog ini, teman2 novelis dan teman2 rapat juga. Lagi seminggu kita semua akan
menyambut Lebaran. Bestnyeee....dapat cuti lama.
Aishah : Pulanglah

Aishah : Pulanglah
( ...SayangDi hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah... )
Pulanglah... )
Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita
bina
Hapus hancur oleh kata fitnah
Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga
Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia
Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela
Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang
Ku menunggu mu di hari raya
p/s : SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN UNTUK SEMUA
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita

Hapus hancur oleh kata fitnah
Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga
Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia
Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela
Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang
Ku menunggu mu di hari raya
p/s : SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN UNTUK SEMUA
Thursday, September 18, 2008
Berbuka puasa di atas padang
Pemandangan biasa ketika bulan Ramadhan di Kuantan. Lebih meriah pada hari minggu.
Tuesday, September 16, 2008
Balik Raya Masa kat ITM

Datang aje bas, serbulah semua orang macam anak kambing...hehe. Aku & da geng yang ala2 lembik masa tu, last2nya tertolak kebelakang (ditolak oleh lelaki2 durjana yang merasa dirinya gagah perkasa dan juga lelaki2 lembut yang tiba2 jadi macho serta perempuan2 feminin yang tiba2 jadi ganas) walaupun bas berhenti betul2 depan batang hidung kami.
Rebut punya rebut, akhirnya dapatlah juga naik bas walaupun berdiri kat tangga yang paling bawah. Pegang kuat2...driver tu warning sebab takut tercampak...hehe. Kat gate Kolej Cempaka/Kenanga ada bukit yang agak tinggi. Hakikatnya, memang ITM Shah Alam banyak bukit yang tinggi2 (wei, korang ingat tak Bukit Tonggek...wakaka). Nak dijadikan cerita, bas ni tak larat nak bergerak menaiki bukit tu. Jadi bas terberhenti dan langsung tak bergerak. Driver bas suruh sapa2 yang dok kat pintu turun dulu, jalan kaki sampai atas. Hmm, sapa nak turun ye dak? Takut kena tinggal siot. Sampailah driver tu naik angin...dia kata, kalau semua tak nak turun, bas ni tak jalan sampai raya. Biar semua orang beraya kat sini aje.
Hmm, terpaksalah aku & da geng & sapa2 yang berdiri kat depan turun sebab orang2 kat dalam bas marah2 disebabkan kepanasan dengan macam2 bau...hehe. Mana taknya, macam tin sardin, tak ada ruang kosong langsung. Maka, berjalanlah aku & da geng sehingga atas bukit tu. Bawak beg berat pulak tu (1st year ajelah...hehe). Sampai kat atas, terpaksa berebut untuk kali kedua pulak. Walaupun pak cik bas kata takkan kena tinggal, tapi tetap nak berebut jugak. Hehe, burukkan perangai?
Monday, September 15, 2008
Kasih sayang

Ahad tempoh hari, suasana di rumah lebih meriah. Sejak pagi mak dah mula ‘berperang’ di dapur. Untuk juadah berbuka puasa dan juga untuk bekalan balik anak-anaknya. Nasi kerabu, bubur lambuk, nasi putih bersama 2-3 jenis lauk. Aku, kakak, CT dan ZT juga sibuk menolong mak apa yang patut. Setelah zohor, adik dan abang ipar beria nak bakar ikan cara lama. Macam orang mengidam lagaknya. Di bawah pokok rambutan, dia orang mula menyediakan tungku (bata yang disusun bertingkat). Disebabkan tak ada arang, makanya mereka menggunakan sabut dan mencari kayu2 buruk untuk membakar. Sanggup bersusah payah semata2 nak makan ikan bakar cara lama tu.
Suasana lebih meriah bila anak2 buah yg kecik turut menyibuk. Bagaikan nak raya lagaknya. Mata berair tak dipedulikan. Panas juga tidak terasa dek kerana teringin sangat nak makan ikan bakar. Pada mulanya mak dan abah melarang, sebab cari susah katanya. Lalu dicadangkan supaya dibakar saja di atas dapur gas. Tak payah nak jaga api, tak berasap, tak pedih mata dan tak perlu dikipas. Hmmm, tak diendahkan oleh mereka. Makanya, membakarlah mereka hingga ke petang. Dah siap ikan bakar, petik kelapa muda pulak. Sorang tebuk, sorang keluarkan isi kelapa muda. Aku tahu, mak dengan abah gembira sangat bila semua orang balik berbuka bersama mereka.
Bila aku ceritakan pada seorang sahabat aktiviti aku petang itu, dia terdiam. Seketika dia menyambung kata.
“Bertuah awak mempunyai keluarga yang penuh kasih sayang, bergotong royong dan bergelak ketawa sepanjang masa. Jeles saya dengar.”
“Awak lagi bertuah, ada keluarga yang sentiasa di sisi. Setiap hari berbuka dengan anak-anak. Saya kat kampung aje macam ni. Kat Kuantan saya berbuka sorang-sorang. Lagi kesian.”
“Tapi awak ada keluarga yang menyayangi awak. Saya? Orang tua saya semacam. Mertua saya semacam. Family dan rumah tangga saya sendiri pun semacam. Saya tercari-cari kasih sayang sejati. Hari raya bagi saya sama saja dengan hari2 lain.” Aku terdiam kerana aku tak faham bagaimanakah perjalanan hidupnya di dalam 3 buah keluarga yang tiada kasih sayang. Bagaimanakah emosi anak-anaknya andai orang tuanya kurang kasih sayang antara satu sama lain.
Pada teman baik, Chik aku berdiskusi. Kata Chik, we’re lucky sebab mempunyai keluarga yang begitu menitikberatkan kasih sayang. Segala-galanya dibuat bersama. Itulah dinamakan sebuah keluarga. Bersifat ‘kekitaan’ dan bukannya ‘keakuan’. Benar, apalah maknanya sebuah keluarga tanpa limpahan kasih sayang. Tidak dapat aku bayangkan diri aku tanpa kasih sayang kedua orang tua dan adik beradikku. Pada siapa lagi aku dapat menikmati kasih sayang yang sejati itu?
Sehingga ke saat ini, aku hanya mempunyai mereka. Aku berdoa agar andai aku berkeluarga kelak, biarlah kasih sayang itu mewarnai kehidupan sepanjang hayat sebagaimana kasih sejati antara mak dan abah. Benar, kita hanya mampu merancang dan mengimpikan seribu satu keindahan dalam hidup. Tapi, aku tak mahu keluarga aku nanti dikatakan ‘semacam’.
Tetapkan Harga Hantaran - jom try

Bib, kena try menan nih, nanti ada orang masuk meminang tak yah pening2 lagi dah, hehe
p/s : untuk perempuan sahaja...hehe
Monday, September 8, 2008
Batu Pahat - Part 2

Bergambar bersama staf-staf Popular yang sememangnya sporting, ramah & comel2 belaka. Kiri sekali, papa & mama Teja Irzara, the mastermind dalam program ini.

Sesi sain-menyain dan conteng-menconteng. Teja tulis atas riba sebab nak sorok, takut aku & Hafirda tiru wording dia...hehe

Sunday, September 7, 2008
Wuduk

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi kemasjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu.
Thursday, September 4, 2008
Batu Pahat

Jumaat malam aku menaiki bas jam 10.30 malam. Dalam terkejar-kejar menuju ke terminal, sweater aku jatuh entah kat mana. Sampai kat terminal baru aku perasan sweater aku yang aku gantung pada beg, hilang! Aduh, dalam keadaan termengah2, aku berpatah balik melalui jalan yang aku lalu tadi. Mungkin tercicir kat laluan tu. Oh lega, dari jauh aku nampak sweater aku atas jalan. Aduh, malunya nak kutip. Kenapalah dia jatuh depan restoran mamak ni, orang penuh pulak tu. Tak apa, buat selamba aje. Kutip & terus blah tanpa pandang kiri kanan. Laju aje aku jalan. Pergi terminal balik. Beritahu kerani kaunter nak turun kat Ayer Hitam. Aku takut sebenarnya sebab dah lama tak ke sana by bus. Dibuatnya terlajak, haru. Berkali2 aku pesan pada kerani kaunter minta dia ingatkan pemandu bas.
Sabtu, awal pagi aku dah meronda bandar Kluang. Kali terakhir aku datang ke bandar ni masa zaman muda remaja, tengah study dulu2. Jam 12pm barulah aku bertolak ke Batu Pahat. Hujan lebat sangat sepanjang hari menyebabkan pengunjung di BP Mall tak ramai. Jadi pihak Popular melanjutkan sesi ini sehingga malam. Aku, Fir dan Teja lagilah suka. Sebab dapat sembang sepuas-puasnya sambil belajar buat isyarat mata hahaha (bak kata Fir ilmu senyuman set mata). Selesai sesi, barulah dapat berbual panjang dengan papa & mama Teja pulak. BP Mall pun dah nak tutup, uncle ajak aku sambung sembang kat rumah. Dok sembang kat rumah Teja sampai kul 12am sambil mengeteh...hehe. Sedap nescafe tu, sapa buat eh? Teja ke Fir..hehe. Untuk pengetahuan, aku tak bermalam di rumah Teja kerana bermalam di rumah Kak Long aku di Kluang.
Dalam bersembang2 tu, uncle ada beritahu nak teruskan sesi bertemu pembaca di Popular yang lain pulak. Aku cadangkan pada uncle, kena cari cawangan/bandar yang majoriti populasinya adalah melayu sebab target market untuk novel adalah golongan melayu. Kesimpulannya, memang seronok dapat bertukar2 cerita dan idea dengan papa & mama Teja.
Ahad, bas balik ke Kuantan jam 10am. Tapi bas lambat. Jam 11 lebih baru bergerak. Aku balik bersama ZT anak buahku. Balik bersama 2 kotak besar (yang aku mintak dari Popular) berisi patung Garfield sebanyak 10 ekor. 1 plastik besar berisi 10 pasu. Semuanya kerja ZT, beli kat Ayer Hitam untuk kawan2 sekolah dia. 1 kotak yang agak besar berisi bekas simpan makanan untuk jiran mak aku. Aku bersama 2 beg, ZT juga bersama 2 beg. Can you imagine that? ZT, next time please don't do this again when you're travelling by bus dear....malu + seksa tau tak?
Subscribe to:
Posts (Atom)