Thursday, September 4, 2008

Batu Pahat

Dah cilok gambar dari umah Fir, barulah boleh buat N3 baru hehe. Memang cerita ni dah basi pun Fir. Tapi, aku tak peduli. Aku nak tulis jugak. First of all, aku nak ucapkan terima kasih kepada papa dan mama Teja. Mereka berdua telah membuka jalan untuk membolehkan sesi bertemu pembaca ini berjalan lancar.

Jumaat malam aku menaiki bas jam 10.30 malam. Dalam terkejar-kejar menuju ke terminal, sweater aku jatuh entah kat mana. Sampai kat terminal baru aku perasan sweater aku yang aku gantung pada beg, hilang! Aduh, dalam keadaan termengah2, aku berpatah balik melalui jalan yang aku lalu tadi. Mungkin tercicir kat laluan tu. Oh lega, dari jauh aku nampak sweater aku atas jalan. Aduh, malunya nak kutip. Kenapalah dia jatuh depan restoran mamak ni, orang penuh pulak tu. Tak apa, buat selamba aje. Kutip & terus blah tanpa pandang kiri kanan. Laju aje aku jalan. Pergi terminal balik. Beritahu kerani kaunter nak turun kat Ayer Hitam. Aku takut sebenarnya sebab dah lama tak ke sana by bus. Dibuatnya terlajak, haru. Berkali2 aku pesan pada kerani kaunter minta dia ingatkan pemandu bas.

Sabtu, awal pagi aku dah meronda bandar Kluang. Kali terakhir aku datang ke bandar ni masa zaman muda remaja, tengah study dulu2. Jam 12pm barulah aku bertolak ke Batu Pahat. Hujan lebat sangat sepanjang hari menyebabkan pengunjung di BP Mall tak ramai. Jadi pihak Popular melanjutkan sesi ini sehingga malam. Aku, Fir dan Teja lagilah suka. Sebab dapat sembang sepuas-puasnya sambil belajar buat isyarat mata hahaha (bak kata Fir ilmu senyuman set mata). Selesai sesi, barulah dapat berbual panjang dengan papa & mama Teja pulak. BP Mall pun dah nak tutup, uncle ajak aku sambung sembang kat rumah. Dok sembang kat rumah Teja sampai kul 12am sambil mengeteh...hehe. Sedap nescafe tu, sapa buat eh? Teja ke Fir..hehe. Untuk pengetahuan, aku tak bermalam di rumah Teja kerana bermalam di rumah Kak Long aku di Kluang.

Dalam bersembang2 tu, uncle ada beritahu nak teruskan sesi bertemu pembaca di Popular yang lain pulak. Aku cadangkan pada uncle, kena cari cawangan/bandar yang majoriti populasinya adalah melayu sebab target market untuk novel adalah golongan melayu. Kesimpulannya, memang seronok dapat bertukar2 cerita dan idea dengan papa & mama Teja.

Ahad, bas balik ke Kuantan jam 10am. Tapi bas lambat. Jam 11 lebih baru bergerak. Aku balik bersama ZT anak buahku. Balik bersama 2 kotak besar (yang aku mintak dari Popular) berisi patung Garfield sebanyak 10 ekor. 1 plastik besar berisi 10 pasu. Semuanya kerja ZT, beli kat Ayer Hitam untuk kawan2 sekolah dia. 1 kotak yang agak besar berisi bekas simpan makanan untuk jiran mak aku. Aku bersama 2 beg, ZT juga bersama 2 beg. Can you imagine that? ZT, next time please don't do this again when you're travelling by bus dear....malu + seksa tau tak?

2 comments:

Bikash Nur Idris said...

jelesnya... nak gi jugak! huhuhu...

Eny said...

tak pe, next time mgkin papa iera buat lg ye bib, blhlah havoc kan tmpat lain plak..hehe