Tuesday, October 7, 2008

Cerita Raya

Aku terfikir untuk bercerita secebis kisah di pagi raya ini setelah membaca N3 tentang hari raya di blog Aleya Aneesa. Bila tengok Aleya bersama keluarganya sedondon biru membuatkan tiba-tiba aku teringat kisah aku dan anak saudara perempuan.

Dalam keluarga aku, tak ada tradisi warna tema ataupun sedondon. Tapi akak aku yang sorang ni, tiap2 tahun ada warna tema dan tema dia sekeluarga tahun ni warna hijau. Maka pagi raya tu, serba hijaulah akak, abang ipar dan sepasang anak mereka. Inilah dia si mulut becok Fiqah. Sibuk nak bertudung di pagi raya macam mak2 sedara dia jugak.

Sedang aku leka membelek baju raya si mulut becok ni, tiba2 dia bertanya.
"cek chik tema warna apa?" semua yang ada tergelak besar.
"cek chik tak de tema2nya. cek chik nak bertema dengan sapa?"
Dalam ketawa aku membalas. Tapi jauh di sudut hati aku berbicara, kesiannya dengan aku, masih lagi 'sebatang kara'...huhu

1 comment:

~marwati wahab @ aleya aneesa~ said...

budak2 mmg kepohkan kan eny? kte pernah ditanya oleh anak buah, yg bru belajar pose tu, 'bila mak tam nak kawen?' sakitnyer jiwa masa tu, ingatkan org tua je yg kecoh, dia yg masa tu dlm 5 tahun pun dah sibuk...