Tuesday, October 28, 2008

Makeover seat kereta

Lepas kes accident hari tu, aku terfikir nak 'mekap' kereta. Maklumlah kereta agak berusia, maka kenalah 'mekap' bagi dia nampak ala2 baru sikit. Raya tempoh hari, tercapailah hajat aku nak 'mekap' bahagian dalam kereta. Taraaaa....cantik tak? hehe. Jauh beli ni, dari Kluang. Sampai terjatuh bergolek Kak Long aku ketika melangkah keluar dari kedai aksesori kereta. Kelakar pun ada masa Kak Long bercerita pasal dia jatuh tu. Sampai bengkak2 pipi dia, tangan pulak tak boleh angkat tinggi sebab dia jatuh mengiring. Kesian dia, malu siot...
Apa pun, terima kasih Kak Long sebab belikan. Orang dah bagi duit raya kan...so gerenti baik dah sakit2 tu...hehe

2 comments:

Bikash Nur Idris said...

kak eny, sy pun nak mekap kereta... huhuhu. tp kat kl ni x tau kat mana reganya x cekik darah mahupun tulang :(

Eny said...

along, klu kat kl, brg2 keta lg mahal kot. akak pun kirim skit2 dgn klong. ktn pun mcm mahal gak brg2 keta nih. nak mekap apa tu? hehe. blh kita tgk kat mana lg cekik darah & tulang...hehe