Tuesday, October 14, 2008

Raya yang tak best

Ni perasaan aku sejak seminggu sebelum raya sehingga kini
Ni perasaan adik2 lelaki aku sejak bermulanya puasa sehingga kini
Aku rasa nak lempang org je. Akak2 aku pun sama
Adik2 lelaki aku rasa nak belasah je org tu. Aku sokong aje kalau nak belasah pun
Keadaan aku bila tengok mak & abah aku mengalirkan air mata akibat perbuatan seseorang yang mereka sayangi. Derhaka, tak sedar diri, tak kenang budi, penipu, pelakon terhebat...xxxxx, xxxx...etc...etc. Sanggupkah kita melukakan hati orang tua yang membesarkan kita? Aku tak sanggup dan sehingga kini, aku tak sanggup untuk memandang wajah tua orang tuaku. Mendengar suara mereka juga aku tak sanggup. Terbayang2 air mata yang menitis laju di pipi tua abah ketika sedang berdoa sesudah solat Maghrib Ahad lalu. Aku juga turut menangis kala memujuknya. Agak lama barulah dia mampu untuk menghabiskan doanya. Terfikir olehku, mungkinkah begini keadaan mereka setiap kali solat? Aku ada bersama mereka pun, begini keadaan mereka, apatah lagi ketika ketiadaan aku dan adik beradik yang lain? Sehingga kini, tiap2 malam sebelum tidur, gambaran abah dan mak di atas sejadah dengan linangan air mata menghantui diriku. Membuatkan aku tidak mampu untuk memaafkan orang tu. Semoga Allah menurunkan balasan atas setiap titik air mata orang tuaku. Untuk orang tu, kalau ko terbaca...KO AKAN MENYESAL SEUMUR HIDUP.

5 comments:

diya nordin said...

orang utara ke?

Eny said...

oh tak, org timur

Bikash Nur Idris said...

erk... siapakah org timur itu? mungkinkah...? ya ke, kak eny?

Eny said...

eh, bukanlah along...hehe

Bikash Nur Idris said...

itulah psl... confius jugak... hehehe...