Tuesday, January 27, 2009

Holiday Blues

Walaupun dah Rabu, tapi mood kerja macam monday blues. Macam tak cukup aje cuti. Selama 4 hari cuti tu, aku dok service rumah mak, luar dan dalam. Penat sesangat. Nak pulak ada tukang sepah berdua tu. Kena pulak ibu ayah diorg tak balik, lagilah menjadi2 naughty nya. Baru 2 orang anak buah balik. Macam 10 orang. Jadi babysitter untuk 4 hari kat kampung...huhu

Tapi sempat juga berkunjung ke rumah pakcik aku di Felda Padang Piol. Lagi sejam nak sampai Taman Negara. Konon nak ke Taman Negara, dapat jejak kaki dalam sungai pun jadilah. Tapi dah lewat sangat. Balik dari rumah pakcik, aku, adik aku, adik ipar, bawak anak2 buah mandi sungai. Orang punyalah ramai. Parking pun kat tepi jalan aje. Padahal sungai tu tak pernah dikomersilkan pun. Terpaksalah berjalan kaki, masuk ke dalam. Anak2 buah aku sakan berendam. Aku takat rendam kaki ajelah. Dah balik gatal2. Kata adik aku, mana tak gatalnya, orang ramai sangat. Semua pakat kencing dalam sungai. Hahaha...ya tak ya juga.

Tapi, yang paling tak bestnya, time nak balik. Aku, kalau salam dengan mak,abah, memang tak boleh pandang mata dia orang. Nanti, menitiklah air mata aku depan dia orang. So, aku cepat2 salam, terus masuk dalam kereta. After a few things happen cuti ni, kena pulak tengok iklan petronas sempena raya cina, lagilah perasaan emo aku ni menjadi2.

Thursday, January 22, 2009

Limpahkan kasih sayang

Tazkirah Remaja: Limpahkan kasih sayang
Bersama Mohd Zawawi Yusoh

DALAM sehari semalam kita kerap menyebut perkataan 'Bismillah'. Semua di antara kita sudah tahu apa maknanya, iaitu 'Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang'.

Begitulah makna ayat al-Quran yang paling popular. Begitulah juga hebatnya Allah mengasihi makhluk yang dicipta-Nya.Malah, golongan yang mengingkari-Nya pun masih dibenarkan tinggal di bumi-Nya. Mereka yang derhaka kepada-Nya pun masih diberi kesempatan menghirup udara-Nya, bahkan kadangkala rezeki makin bertambah.Walaupun begitu, sudah banyak kita mendapat nikmat daripada-Nya tetapi jarang memberikan waktu untuk menghitungnya jauh sekali untuk membalasnya.

Setiap hari rasanya kita tidak terlepas meluangkan masa untuk mengambil sarapan kerana menganggap ia sangat penting. Tetapi kenapa kita tidak sempat menggunakan beberapa minit untuk bersama memikirkan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Allah, sebagai vitamin sebelum bekerja atau menunaikan tugas harian?Cuba tanya hati sanubari kita, apakah nikmat yang sudah kita dapat sepanjang hari semalam? Kita boleh tidur dengan nyenyak, rumah kita selamat daripada pencuri, anak ceria, kita sendiri bahagia dan sebagainya. Tetapi pernahkah kita rasakan itu adalah rahmat Allah atau dalam kata lain pernahkah kita bersyukur?

Itulah tandanya kasih sayang Allah dan selepas kita mendapat kasih sayang Allah pernahkah kita tebar dan sebarkan itu semua kepada makhluk Allah yang lain? Sudahkah kita sayangi ibu bapa kita sebagaimana kasih sayang yang kita dapat daripada Allah itu? Kepada anak kita, teman dan rakan sejiran, teman dan rakan sepejabat kita, bagaimana?

Sebenarnya antara tugas kita di bumi ini untuk berkasih sayang tanpa memandang ras, warna kulit, bangsa dan agama, parti politik bahkan juga kepada binatang, tumbuhan dan alam sekitar. Dalam satu hadis Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: "Orang yang bersifat pengasih akan dikasihi Allah Yang Maha Pengasih. Hendaklah kamu mengasihi makhluk di bumi, nanti kamu akan dikasihi penduduk langit."

Kepada mereka yang derhaka kita patut melihat dengan penuh kasihan belas sebab kesalahannya adalah kesusahan baginya. Mereka perlu didekati untuk ditegur dengan baik bukannya kasar supaya penderhaka itu diselamatkan daripada murka Allah.

Golongan yang pengasih bersifat seperti di bawah ini:
· Di mana ada benci, biar kita yang membalas dengan sayang.
· Di mana ada hati yang terluka, di situ kita yang menjadi penghiburnya.
· Di mana ada keraguan, di situ kita yang meyakinkan.
· Di mana ada putus asa, di situ kita menebarkan harapan.
· Di mana ada kesedihan, di situ kitalah yang berkongsi bahagia.
· Di mana ada kegelapan, di situlah kita yang membawa cahaya.

Selagi kita mahu membantu dan mengasihi kita, selagi itu kita mendapat 'geran' kekayaan daripada Allah yang Maha Mengasihi.

Src : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20090123093141/Article/index_html

Wednesday, January 21, 2009

Tangan Yang Indah

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Ibu, Emak, Umi dan Mama suatu panggilan yang sering kedengaran dari seorang kanak-kanak. Panggilan manja untuk mendapatkan bantuan dan pertolongan dan sentiasa mengharap dengan penuh kasih sayang. Sekiranya tiada seorang yang kita panggil ibu atau mama atau emak atau umi mungkin kehidupan kita tidak semudah dan seindah sekarang.
Merekalah yang telah berkorban untuk kepentingan diri kita, bersusah payah untuk melihat kita berjaya didalam kehidupan dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan keriangan akan kita perolehi didalam kehidupan kita.

Namun apakah kita menyedari bahawa tangan-tangan yang menjaga kita, wajah-wajah yang memberikan kegembiraan kepada kita sikit demi sedikit telah dimamah usia, wajah yang jelita sebelum ini telah menjadi semakin tua. Tenaga yang begitu kuat sebelum ini sudah semakin lemah namun kasih sayang yang telah diberikan semasa kita masih kecil sehingga sekarang tetap tidak berubah, malah kasih tersebut semakin besar dan kuat buat diri kita.
Tetapi apakah perasaan yang dirasakan oleh anak tersebut, mungkin semasa kecil tidak menyedari apakah perasaan kasih dan sayang, yang kita sedari hanya kita mahu ayah dan ibu memenuhi segala keperluan dan kehendak kita. Kita merasakan bahawa seorang ayah dan ibu perlu memberikan apa yang perlu dan dikehendaki oleh diri kita. Ini satu tanggung jawab mereka.

Hari ini bagaimana pula perasaan kita terhadap mereka, bila cuti adakah kita melapangkan waktu untuk bertemu dan menziarahi mereka yang telah kesunyian, tiada lagi suara-suara kecil yang memanggil mereka, tiada lagi kedengaran suara nakal yang mahukan dan meminta-minta, kehidupan mereka mula dengan mengisi hari-hari yang berlalu dengan mengingatkan nostalgia dan pengalaman lama untuk mengembirakan hati yang lara.
Mereka mengulang tayang peristiwa-peristiwa lama semasa kita kecil untuk mengembirakan hati mereka, mereka amat-amat berharap agar tangan-tangan kecil suatu masa dahulu dapat memeluk diri mereka untuk mereka mengimbau kembali suasana bagaimanakah dengan penuh kasih sayang mereka telah membesarkan diri kita dan menjadikan kehidupan itu penuh bermakna.

Namun hari ini begitu ramai anak-anak yang telah lupa, lupa bahawa mereka telah pernah dibesarkan oleh seorang wanita yang di panggil ibu atau emak atau umi dan mama. Mereka telah tidak menghiraukan diri yang telah dimamah usia ini, membiarkan mereka kesunyian, menanti kehadiran anak-anak yang tak tentu akan kunjung tiba. Anak-anak sibuk dengan berbagai kerja yang tidak pernah habis dan sentiasa berkejar-kejar untuk mendapatkan kehidupan yang sementara.

Apabila mereka telah pergi baharu kita merasai akan kehilangan dan pada masa itu segala penyesalan sudah tidak bererti lagi, dunia kita telah berbeza, walau bagaimana kita merintih untuk menyatakan yang kita sayang akan diri mereka, namun dunia kita telah berbeza, mereka tidak akan mampu mendengar apa yang ingin kita katakan, katakanlah sekarang semasa mereka boleh mendengar lagi, peluklah mereka sekarang semasa mereka boleh merasainya, ciumlah mereka sekarang walaupun pipi tersebut telah berkedut kerana sekarang mereka amat-amat memerlukan sentuhan dari diri kita yang bergelar ANAK.

Semuga kita menjadi seorang anak yang soleh dan solehah. AMIN
Src : Fwd email.
---------------------------------------
Semoga permohonan rayuan untuk menunaikan haji tahun ini yang aku usahakan bersama akak dan abang ipar untuk mak dan abah, diluluskan. AMIN.

Tuesday, January 20, 2009

1 am, 20 Jan 2009

Pukul 1am, aku terjaga dari tidur bila terdengar bunyi orang bagi salam beserta ketukan di pintu dapur. Oleh kerana bilik aku dekat dengan dapur, maka ketukan dan suara jelas kedengaran. Suara 2-3 orang lelaki bercakap sesama mereka. Dadaku berdegup kencang. Siapa mereka ini? Kenapa ketuk pintu dapur? Aku takut nak menjawab. Nak selak langsir pun aku takut. Aku mundar mandir dalam bilik.

Aku semakin terkejut bila tiba2 telefonku menjerit. Pantas aku menyambar. Oh, Aida rupanya. Housemate aku. Mungkin dia juga terdengar. Aku segera ke bilik Aida.

"Dengar tak?" Aku tanya Aida.

"Dengar". Aida berbisik.

"Kita call akak tuan rumah ye?" tanya Aida. Mujur tuan rumah dekat. Aku mengangguk.


Lepas talian dimatikan, Aida menggeleng. "Abang tak ada. Akak takut nak datang."

Ketika ini, ketukan semakin kuat. Kini mereka beralih ke depan, mengetuk pintu pagar pula. Kali ini suara perempuan pula memberi salam. Aku dan Aida berharap agar jiran sebelah mendengar. Tapi hampa. Tiba2 aku teringat nak menghubungi polis. Mujur aku save nombor balai di dalam handphone.

Dalam pada menunggu kedatangan polis, kedengaran orang2 tadi memanjat pagar. Kini mereka mengetuk2 pintu depan pula. Seketika kemudian, tingkap kaca bilik Aida. Derap tapak kaki mereka menunjukkan mereka mengelilingi rumah.

Aku dan Aida semakin takut. Polis pulak tak sampai2 lagi. Tak jumpa cari rumah. 3 kali dia call dan 3 kali jugalah diberikan direction.

Jam 2 lebih, suara2 itu telah tiada. Aku frust sebab polis tak sampai2 lagi. Aku nak juga tahu siapa orang2 tu.

Jam 2.30am baru polis sampai. Polis memeriksa sekeliling rumah. Terdapat kesan2 mereka memanjat pagar di bahagian tepi rumah.


Selepas selesai urusan dengan polis, aku dan Aida kembali ke bilik masing2. Tapi aku tak boleh tidur, sampailah ke Subuh.

Pagi semalam, aku bercerita dengan teman2. Berbagai andaian yang dibuat. Ada kata, pencegah maksiat. Ada yang kata, saudara orang yang tinggal sebelum aku. Ada yang kata, orang yang simpan dendam sama ada pada aku atau pun Aida.

Malam tadi, aku masih takut nak lelapkan mata. Dah standby nombor handphone polis tu.
Alhamdulillah, malam tadi tiada lagi gangguan. Lega, tapi rasa cuak tetap ada. Siapa mereka2 itu?

Thursday, January 15, 2009

BOYCOTT

Entri baru dari Tun Mahathir bertajuk 'Boycott'. Ni antara komen dari seorang pembaca blog Tun Mahathir yang menarik perhatian aku. http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/01/boycott.html#more


By Auta Karut on January 15, 2009 9:29 PM

Assalamualaikum Yg Bhg Tun,
Ada barangan US yang kita boleh boikot seperti Coca-cola yang memudaratkan kesihatan dan juga barangan lain seperti rokok Marlboro, Benson, Salem dll.

Juga kereta cap pangkah iaitu Chevrolet yang kononnya lambang bowtie tetapi sebenarnya propoganda kafir untuk membiasakan umat Islam dengan lambang pangkah!!

Juga ayam segera yang dimasak tidak mengikut syariat Islam, Bismillah entah kemana, selawat jauh sekali. Itu sebab berbau hanyir. Sebagai umat Islam hendaklah kita memakan dari tukang masak yang beriman.

Ais kopi starbuck yg dijual 20 x ganda dari kos sebenar juga membazir dan dikira amalan syaitan.

Namun atas kelemahan umat Islam itu sendiri kita tidak mampu pula memboikot Microsoft, kalau boikot, blog ini juga kita tak dapat tengok, begitu juga Google, Yahoo dan mungkin juga komputer yang sedang kita guna sekarang ini brand HP, Dell, IBM dll.Bagaimana pula kita pergi menunaikan fardu haji jika tiada kapalterang Boeing buatan mereka.

Kita boikotlah apa yang termampu.
-----------------------------------------

p/s : Benar, kita boikotlah apa yang termampu. Starbuck? aku tak pernah jejak pun. Coke? Aku tak minum air karbonat. KFC pun dah lama tak jejak. Sejak2 peningkatan usia ni, jaga makan beb. McDonald baru ni ada, tu pun colleague belanja. Hmm...

Tuesday, January 13, 2009

Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

Utusan Malaysia : 14 Jan 2008

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.
Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.
Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.
Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

Src :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm

Sunday, January 11, 2009

Armageddon?

Malam tadi aku menonton Halaqah di TV9 bertajuk Al-Aqsa. Ustaz Badli Shah Alaudin menyeru semua bloggers, pemilik laman2 web, pemegang akaun youtube dll agar memainkan peranan dalam membantu penduduk Palestin dengan menulis tentang kekejaman Zionis terhadap mereka sebagai tanda protes kita di atas serangan yang dimulakan sejak 1 Muharram yang lalu. Mereka sengaja memilih tarikh ini untuk menunjukkan kesombongan dan keangkuhan mereka. Untuk itu, hari ini aku menyahut seruan Ustaz Bad ini. Kata Ustaz Bad lagi, kita semua tidak sepatutnya bergembira ketika umat Palestin terus-terus diserang tanpa belas kasihan. Zionis sedang berusaha untuk menghancurkan Al-Aqsa, satu tempat suci bagi umat Islam selepas Masjidilharam dan Masjid Nabawi.

Ini saja yang mampu aku lakukan untuk membantu penduduk Palestin. Di sini, aku ingin mengajak kawan2 semua, sama2 kita menyahut seruan Ustaz Bad dengan menulis tentang kekejaman Zionis ini.

p/s : Is this the beginning of Armageddon? Wallahualam.


"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> >
(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)

U Can Help Save PALASTINE from ISREAL ATTACKS

















Src : Forward emel

Tidak Terkata - Awang Selamat Utusan Malaysia








ARKIB : 11/01/2009

Tidak terkata

Muka depan Utusan Malaysia siaran Rabu, 7 Januari lalu menyiarkan gambar mayat kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala di sebalik runtuhan rumahnya yang musnah dibedil tentera Israel. (maaf, gambar yang dimaksudkan tiada di sini)

Gambar bersaiz besar yang menyayat hati itu mendapat banyak reaksi simpati daripada para pembaca tidak kira agama, kaum mahupun usia.

Salah seorang bapa menghubungi Awang dan kemudian menyerahkan talian kepada anak perempuannya berusia 12 tahun bernama Ros. Menurut si bapa, anaknya itu mahu meluahkan perasaan kerana terlalu sedih dan terganggu dengan apa yang menimpa kanak-kanak dalam gambar tersebut.

Lalu Awang mendengar rintihannya. ‘‘Pak cik, kenapa kita semua tidak boleh selamatkan budak itu? Kenapa dia mesti mati macam itu? Kenapa adik rasa macam nak ganti tempat (nyawa) dia?” Selepas kata- kata itu, Ros kedengaran menangis teresak-esak dan terdengar juga suara tangisan bapanya.

Awang tidak terkata, sebak yang mendalam. Mungkin Ros lebih mengenal erti kemanusiaan berbanding kebanyakan kita.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0111&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm&arc=hive

Gesaan Dr. M


Monday, January 5, 2009

Masjid Kristal

Akhirnya aku berjaya juga sampai ke Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. Kunjungan yang tidak dirancang sebenarnya. Tapi sempat lagi curi masa dengan melawat ke sini. Tarikh, 4 Jan 2009. Thanks to Suzila Ali a.k.a G, her hubby, Mek dan seluruh keluarga mertuanya sebab bawa aku jalan2.



Replika Masjid Kristal









The real Masjid Kristal.






Lenguh kepala aku mendongak tengok chandelier. Tengok mamat yang tengah maintenance chandelier pun ya...hehe...cuci mata







Pintu gerbang masuk. Yang tak bestnya, tak sempat masuk ke kawasan monumen2 sebab keburuan masa. Mungkin lain kali, Insya-Allah.