Sunday, January 11, 2009

Tidak Terkata - Awang Selamat Utusan Malaysia








ARKIB : 11/01/2009

Tidak terkata

Muka depan Utusan Malaysia siaran Rabu, 7 Januari lalu menyiarkan gambar mayat kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala di sebalik runtuhan rumahnya yang musnah dibedil tentera Israel. (maaf, gambar yang dimaksudkan tiada di sini)

Gambar bersaiz besar yang menyayat hati itu mendapat banyak reaksi simpati daripada para pembaca tidak kira agama, kaum mahupun usia.

Salah seorang bapa menghubungi Awang dan kemudian menyerahkan talian kepada anak perempuannya berusia 12 tahun bernama Ros. Menurut si bapa, anaknya itu mahu meluahkan perasaan kerana terlalu sedih dan terganggu dengan apa yang menimpa kanak-kanak dalam gambar tersebut.

Lalu Awang mendengar rintihannya. ‘‘Pak cik, kenapa kita semua tidak boleh selamatkan budak itu? Kenapa dia mesti mati macam itu? Kenapa adik rasa macam nak ganti tempat (nyawa) dia?” Selepas kata- kata itu, Ros kedengaran menangis teresak-esak dan terdengar juga suara tangisan bapanya.

Awang tidak terkata, sebak yang mendalam. Mungkin Ros lebih mengenal erti kemanusiaan berbanding kebanyakan kita.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0111&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm&arc=hive

No comments: