Tuesday, February 24, 2009

Misteri Terjawab

Malam tadi, sekali lagi rumah aku didatangi orang-orang misteri. Sama seperti kejadian terdahulu. Waktu yang sama. Tapi, malam tadi mereka lebih agresif berbanding dulu. Seperti dulu, aku dan Aida ketakutan. Lebih takut dari dulu. Aku menghubungi kakak tuan rumah. Kebetulan suaminya ada di rumah. Minta tolong dengan suaminya. Tak lama kemudian, kakak telefon, orang pejabat agama katanya.

What? Pencegah maksiat? Aida pergi buka pintu. Kami dimarahi pegawai wanita kerana lambat buka pintu. "Takut sangat nak buka pintu kenapa? Ada buat salah ke?" Sakitnya telinga dengar. Bukan takut sebab salahlah, takut orang jahat...jeritku di dalam hati. Macam ini ke etika pegawai pejabat agama? Sudahlah tidak memperkenalkan diri. Yang pegawai lelaki, cool aje.

Aku dan Aida membuka pintu bilik seluas-luasnya untuk mereka. Nak takut apa? Kata mereka, mereka bertindak atas aduan. Siapalah yang buat aduan tu. Tak kisahlah, biarlah mereka cari lelaki dalam rumah aku.

"Dulu kita orang datang kenapa tak buka pintu?" tanya pegawai wanita itu lagi. Oh, dia oranglah rupanya dulu.
"Kita orang takut, sebab masa tu baru pindah. Lagipun tinggal berdua aje." jawab Aida.
'Takut ke...atau nak sorok lelaki?" Aduh, dah tak jumpa lelaki dalam rumah aku, nak marah-marah pulak. Whatever....

Mereka beredar jam 2.30am setelah hampir 1 jam menggeledah rumah dan bilik. Pegawai wanita, tanpa meminta maaf, terus beredar. Berhemah ke begitu? Hmm...

Kesimpulannya, itulah pertama kali pengalaman aku. Rumah digeledah kerana disyaki ada lelaki di dalamnya.

**mujur 'spongebob' ada...abang tuan rumah la...hehe

3 comments:

Firdaus said...

ni la masalahnya.. kdg2 org cam diorg ni la yg mndtgkn fitnah kpd agama.

org yg wat maksiat terang2an diorg x tgkap. yg sembunyi2 diorg sibuk nk cari.

sdgkn kalau x silap dlm peruntukan ada bbrp belas kesalahan yg bleh dtangkap jugak, tmasuk yg berdua2an di khalayak ramai.

tp diorg dok focus pd maksiat yg tersembunyi.

double standard plak tu. hotel murah diorg serbu, hotel mewah x serbu. kwsn perumahan pn cmtu jugak.. tmpt2 elit x serbu.. tmpt lain diorg x..

lom masuk yg salah mklmt lg.. yg tgkap pasangan suami isteri, pasangan nonmuslim, atau kes yg sis eny ryhanna alami..

hmm.. cmna masyarakat nk dekati agama kalau sikap org2 agama cmni...

geram!!

Nik Azman said...

Hmmmm.. sedangkan polis pun nak serbu rumah orang jahat kena perkenalkan diri... berdasarkan citer eny ni, takde la pulak perkenalkan diri.. tak ikut prosedure ni... hmmm.. nak saman ke, atau nak hantar memorandum ke atau nak buat piket.. he..he..he.

Eny said...

setuju sgt2 dgn firdaus. bekas mufti perlis, dr asri pun ada ckp, yang tersembunyi lagi dikorek2, sedangkan yang depan mata dibiarkan.
kata kwn sy, ini dah dikira mengaibkan. mmg betul pun, semalam jiran2 datang bertanya. malu sangat. ianya salah satu bentuk fitnah. cara mereka push kita, seolah2 nak suruh kita mengaku yg kita ni salah. bila dijawab tak ada, marah2...hmm...mmg geram sgt firdaus.
ya nik, jiran sebelah suruh complaint sbb anak2 dia pun trauma, terjaga masa org2 tu ketuk rumah saya dengan agresif.hmmm