Thursday, April 30, 2009

Labor Day

Esok 1 may 2009. Hari ini, hari terakhir aku kat sini (opis bos aku). Sedihnya...selama ni, kat opis inilah tempat aku YM, emel & update blog aku ni (halalkan aku ya bos)..hehe. Aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kat bos aku (walaupun dia tak jenguk pun ke sini). Tadi dia belanja aku makan & bagi hadiah (tak sabar nak buka...hehe). Mulai minggu depan, aku merupakan seorang yang jobless. Mungkin bakal sibuk mencari kerja agaknya. Hmm, how it's gonna be? I don't know.....ada sesiapa nak tolong aku dapatkan kerja? Especially area Kuantan? Aku amat2 mengalu2kan...

Tuesday, April 28, 2009

New 7 Wonders of Nature


Disebabkan aku dah vote dalam pemilihan New 7 Wonders of Nature ni (tu pun sebab bestfriend aku Siti R. Thanks to her), maka aku pun nak menyeru/mempelawa sesapa yang menjengah ke sini untuk vote Pulau Sipadan sebagai salah satu daripada 7 Keajaiban Semulajadi. Untuk keputusan terkini, sila lihat sebelah ya. Sekarang ranking ke-15.

Keputusan akan diketahui pada 2011. Banyak masa lagi untuk vote. Hopefully by that time, Pulau Sipadan akan terpilih antara 261 calon yang lain2 tu.
Juga, jangan lupa untuk vote Kuala Lumpur sebagai hos rasmi pengisytiharan New 7 Wonders of Nature pada 2011 nanti. Jangan lupa undi tau. Dari dok undi AF ke, Mentor ke etc,etc... baik undi yang ni. Betul tak? Betul, betul, betul...

Slogans by New7Wonders members:
"A very beautiful and scenic island in Malaysia. You will love the crystal-clear seawater."
Hoo Ryan from MALAYSIA, 17-MAR-2009

Monday, April 27, 2009

Tag by Hanny

Hanny...banyaknya soklan...huhu

1) 3 name in your inbox cellphone
- parent, adik2, kakak2

2) Your main ringtone
- Stop & Stare - One Republic

3) What u did at 12 last night?
- zzzzzzzzzzzzzzzz

4) Who was the last person you went out with? Where?
- My bestfren, Chik & mak et. Jumpa Syira kat Hospital Selayang

5) The color of the t-shirt you're wearing? Now?
- White cardigan

6) The last thing u did?
- Answer this tag la

7) 3 of your everyday favorite items
- My ASUS, HP & my bed

8) the color of your bedroom
- Blue, blue & blue

9) How much money in your wallet now?
- Rahsiaaaaa

10) How's life?
- Tak best lately...huhu

11) Your favorite song
- Most of it, instrumental & orchestra

12) What will you do next weekend?
- Balik kampung

13) When was the last time you saw your mom?
- Last week

14) Where is she now?
- Kat kampung ler

15) When was the last time you talked to your parents?
- Yesterday

16) Who is the last person that texted you?
- It's him...hehe

17) Where did you have dinner last night?
- Kat rumah, dinner dengan pringles

18) The last surprise you got?
- Punyalah lama tak dapat surprise sampai tak ingat bila

19) Last thing you borrowed from your friend
- Tak mainlah pinjam2 ni

20) Who is your BF/GF or Husband/wife?
- Err, ada ke?

21) What do you feel now?
- Dizzy

22) Wanna share with who?
- No one

23) Who knows your secret?
- Allah knows

24) They keep your secret?
- Absolutely

25) Are you angry with someone?
- YES!!!!!!!!! Nak tahu siapa? Hehe, tak yah ler

26) What do you order at McD?
- Double cheese....yummy...yummy...

27) The last time you felt so sad?
- Malam tadi...huhu

(28) Mahu tag?
- Sesapa ajelah yang rasa nak jawab...

KLIBF 2009

Bersama penulis-penulis yang ada di booth FP pada 19 April 2009. Tengok Abby tu. Katanya tema dia tahun ni, batu2an...hehe. Jangan marah ye Abby. Nak story sikit, masa aku jenjalan dengan Abby, ramai yang panggil kami untuk singgah di booth mereka. Dia orang panggil apa tau..."akak vogue, singgahlah dulu...". Semestinya gelaran vogue tu untuk Abby, bukannya aku. Abby vogue...hehe

Pu3, kek tu sedaplah. Home made ke kedai made..hehe.

Romi, Kak Dinaz, Kak Qaseh...seronok sangat dapat kumpul bersama. Juga untuk Ellise. Sayang tak sempat bergambar dengan Ellise. Kak Qaseh, kalau ada kutip anggur tepi jalan lagi, hulur2lah ye. Sedap rupanya anggur yang kutip tepi jalan...hehe. Sempat juga berkenalan dengan Sarnia, Chempaka dan Umaira. Hanny pulak, datang kejap aje. Pastu hilang. Manalah adik ni hilang. Balik Uptown dah kot...hehe
Terima kasih kepada semua warga FP especially Bikash & Hafirda. You all semua memang best.

Sunday, April 26, 2009

Snippet untuk Siti R


PEMAIN Hull City, Michael Turner (kiri) memegang muka Fernando Torres ketika saingan EPL menyaksikan Liverpool menang 3-1, kelmarin.
p/s : CT, sian Torres. Mujur tak luka wajahnya yang hensem tu kan mak et?...hehe

Thursday, April 23, 2009

Nayli (anak bestfriend aku, Syira)

Ahad, setibanya di stesen bas Seksyen 17, aku terima SMS dari Syira mengatakan Nayli dimasukkan ke hospital Selayang. Sangkaku mungkin kerana chicken pox yang dialaminya hampir seminggu yang lalu. Disebabkan kepenatan seharian di PWTC, aku tak sempat untuk melawat Syira dan anaknya.

Isnin, dalam perjalanan ke PWTC, aku terima SMS dari Syira lagi mengatakan Nayli dimasukkan ke ICU kerana jangkitan kuman pada paru2 dan kidney failure dan memerlukan bantuan pernafasan. Lalu bertukar2 SMS lah aku, Chik dan CT, merancang untuk melawatnya. Maaf pada Bikash, Fida dan Abby, kerana tak dapat bersembang lama hari tu. PU3, maaf tak sempat lunch sekali.

Chik tiba terlebih dulu dariku. Aku yang datang bersama CT disambut oleh Syira dengan tangisan. "She's too small for this..." antara kata-kata Syira. Ya, she's only 2 years old. Syira mengiringiku dan CT ke katil Nayli sambil menangis berkisah tentang Nayli. Aku juga turut sebak bila melihat keadaan Nayli. Tiub2 & wayar2 bersilang2 di tubuh kecilnya.

Syira, be strong okay. Insya'Allah, Nayli akan sembuh. Sama2lah kita berdoa...

Journey to KLIBF 2009


Sejak ada Sani Ekspress, aku dah jarang sangat naik bas lain. Sebabnya, bas ni selesa dan yang penting, sampai ke Shah Alam. So, sabtu 18 April 2009, aku naik bas Sani Ekspress ke Shah Alam jam 5.30 petang. Sebelum bertolak, driver bas mengingatkan semua penumpang supaya memakai seatbelt (mesti gara2 tragedi bas double decker yang terbalik tu. Sani Ekspres pun double decker gak). Jadi, semua orang pun pakailah. Aku? Mestilah aku pun pakai. Takut siot. Tapi, malangnya seatbelt aku, tersangkut kat bawah kerusi. Nak panggil driver, dia dah turun bawah (aku seperti biasa duduk kat tingkat atas. Best sikit...hehe). Puas aku tarik, tak berjaya juga. Kerusi depan pun sama masalah dengan aku. Hmm, tawakal ajelah. Mujur selamat sampai kat Shah Alam...alhamdulillah...

Sunday, April 5, 2009

KLIBF 2009


PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2009
PWTC
17-26 April 2009

Berkunjunglah ke Booth Fajar Pakeer (FP):
3026, 3027, 3042 & 3043
(Dewan Tun Razak 3)

Sesi bertemu penulis FP:

18 April 2009
Cempaka Meerniz
Ebriza Aminnudin
Sofieza Isqandar
Suria Areesya
Mahizan Husain
Wannie Nordin

19 April 2009
Fateen Najwa
Dinaz Salsabila
Qaseh Qaisara
Ellise Gee
Eny Ryhanna
Romibaiduri Zahar

25 April 2009
Sarnia Yahya
Nor Rafishah Md. Hassan
Anita Aruszi
Umaira Dzul Widad
Siti Rozilah

26 April 2009
Rehal Nuharis
Hafirda Afiela
Ezi Afiza

Tagged

Rehal tagged aku! This is the answer ya.

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog itu
Eny Ryhanna, aku pilih nama ni sebab nama ni je pilihan yg ada selain nama betul.

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
Link? Bukan ke sekarang you all tengah baca? hehe

3) Apakah method dalam penulisan blog anda?
Caca marba, ikut suka hati aku aje nak tulis apa

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?
Nak hapuskan? Penat aku mekapkan umah ni tau, suka2 aje nak hapuskan?

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
Blog dia lagi best dari blog aku...huhu. Nak cat baru, tapi belum kesampaian

6) Senaraikan calon yang akan di tag:
Aku rasa semua nama dah kena tagged la

Rupa atau Intelek?

Disebabkan aku pernah paste kan artikel tentang kajian ini sebelum ini, maka ada keperluan untuk aku paste kan juga pandangan Dr Tuah, juga lanjutan tentang kajian tersebut. Artikel terlalu panjang, jadi aku paste kan sebahagian darinya.



Petikan dari Berita Harian 4 April 2009. http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Xy/20090404131803/Article/


Tip memikat hati wanita bijak:

1. Pastikan anda menjaga kebersihan diri. Wanita bijak mungkin tidak terlalu terpengaruh dengan rupa, tapi kebersihan masih menjadi keperluan utama.

2. Berkelakuan baik. Bergurau ringkas tidak mengapa, tapi tetap berhati-hati agar tidak membuatkan mereka terasa atau berkecil hati.

3. Elakkan mencarut atau melontarkan kata-kata kesat di depan mereka. Perbuatan ini langsung tidak cool.

4. Jangan ambil kesempatan. Walaupun mereka mungkin memberi isyarat yang mereka juga minat kepada anda, tidak bermakna anda boleh semudah-mudahnya menyentuh atau mengambil kesempatan terhadap mereka.

5. Sekali-sekala berikanlah pujian ikhlas anda, jika tidak kepada fizikal mereka, apa salahnya memuji sikap atau personaliti mereka. Tapi ingat, pujian harus jujur!

6. Jangan cuba-cuba mengkhianati hubungan kerana mereka akan mudah menganggap anda lelaki tidak berguna.

7. Jadi lelaki budiman. Bukan hanya pada wanita yang anda suka, tapi kepada semua yang ada di sekeliling anda.

8. Jadi pelindung dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri mereka.

9. Jadikan mereka percaya kepada anda. Simpan rahsia, luahan emosi atau apa saja yang mereka kongsi bersama anda.

10. Babitkan diri dalam perbualan intelek. Bukan hendak menunjuk pandai, tapi buktikan anda juga memiliki kekuatan intelek dan boleh diajak berbincang. Tetapi janganlah keterlaluan hingga menimbulkan pergaduhan atau rasa tidak senang.
-------------------------------------------------
Komen aku :
Paling aku setuju yang no. 3. Aku pernah dicop tidak mesra alam oleh kawan kepada housemate aku. Sebabnya, dia buat lawak menggunakan perkataan yang tidak enak didengar. Dia & housemate aku ketawa terbahak2 tapi aku hanya mendiamkan diri. Bagi aku, tak lawak langsung malah very irritating & bimbo style.