Thursday, April 23, 2009

Nayli (anak bestfriend aku, Syira)

Ahad, setibanya di stesen bas Seksyen 17, aku terima SMS dari Syira mengatakan Nayli dimasukkan ke hospital Selayang. Sangkaku mungkin kerana chicken pox yang dialaminya hampir seminggu yang lalu. Disebabkan kepenatan seharian di PWTC, aku tak sempat untuk melawat Syira dan anaknya.

Isnin, dalam perjalanan ke PWTC, aku terima SMS dari Syira lagi mengatakan Nayli dimasukkan ke ICU kerana jangkitan kuman pada paru2 dan kidney failure dan memerlukan bantuan pernafasan. Lalu bertukar2 SMS lah aku, Chik dan CT, merancang untuk melawatnya. Maaf pada Bikash, Fida dan Abby, kerana tak dapat bersembang lama hari tu. PU3, maaf tak sempat lunch sekali.

Chik tiba terlebih dulu dariku. Aku yang datang bersama CT disambut oleh Syira dengan tangisan. "She's too small for this..." antara kata-kata Syira. Ya, she's only 2 years old. Syira mengiringiku dan CT ke katil Nayli sambil menangis berkisah tentang Nayli. Aku juga turut sebak bila melihat keadaan Nayli. Tiub2 & wayar2 bersilang2 di tubuh kecilnya.

Syira, be strong okay. Insya'Allah, Nayli akan sembuh. Sama2lah kita berdoa...

No comments: