Aku balik raya jumaat petang. Pagi tu, aku menyibukkan diri & menambah statistik kesesakan jalan di Kuantan...hehe. Bukannya apa, saja nak pusing2 bandar & tengok orang2 yang tengah sakan bershopping. Raya tahun ni, semua adik beradik berkumpul rumah mak aku. So, memang excitedlah jugak sebab memang susah kitorang nak berkumpul adik beradik. Tapi, sekejap sangat diorang balik. Raya kedua, pagi2 lagi Ita dah bertolak balik ke Taiping. Petang, Abg Ja pulak balik ke Baling. Raya ketiga, adik balik ke kem. Raya keempat, Kak Long dah balik ke Muar. Petang raya keempat, tinggallah aku dengan Cik Ma bersama mak, abah. So, macam dah tak raya je...huhu.
Sepanjang cuti raya, family aku melepak kat rumah aje. Kitorang tak pergi memana pun, sebab masa habis dengan bersembang aje..hehe. Maklumlah, dah payah nak jumpa. So, bila jumpa tu, banyaklah story & gosip dalam family. Raya tahun ni, abang aku balik. Mak jadi semakin emotional, bila abang peluk dia. Kitorang tak sanggup tengok, so, semuanya menghilangkan diri...hehe
Hmm, teringat2 nasi minyak yang mak buat. Kesian kitorang, terpaksa catu makan nasi minyak sebab mak dah malas nak masak untuk kali kedua...huhu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment