tapi, kesedihan masih lagi bersisa. aku masih lagi berkabung. kelmarin mak bertanya macam mana pergi kerja. air mata mengalir lagi. benar, akulah anak emak yang paling 'sememeh'. luaran nampak so strong, tough, tapi deep inside mudah sangat tersentuh dan mengalirkan air mata. i try my best to be strong but i have to admit that i'm not strong enough.
Sejak pagi aku cuba untuk menghantar emel dokumen yang diperlukan oleh bengkel untuk proses claim insurance. mereka tidak mahu terima fax kerana kabur katanya. setengah hari aku mengemel setiap satu dokumen kerana size file yang terlalu besar. sebanyak 7 dokumen semuanya dan 7 emel telah dihantar tapi kesemuanya tak lepas. kemudian aku meminta emel address yang lain pula. pun sama, gagal. aku cuba hantar pada emelku sendiri, ok pulak. aku dah mula tension. sabar...sabar...sabar....tarik nafas, lepasssssss
kemudian, pihak bengkel bersetuju untuk terima melalui fax. sehingga jam 3 pm aku fax, masih tak lepas-lepas. aku try fax ke ofis kawan aku, lepas pulak. aku meminta pihak bengkel memeriksa fax mesin. mana tahu kot2 jammed ke. dia kata tak. aku try lagi. gagal lagi. Ya Allah, apalah lagi masalahnya dengan aku ini. tension mula membawa kepada stress. sabar...sabar...ini dugaan.
kemudian aku mengambil keputusan untuk kurier semua dokumen tersebut setelah semua cara yang paling pantas gagal. aku ke pejabat kurier yang paling dekat dengan pejabatku. isi airway bill dan memberitahu bahawa dokumen perlu sampai ke bengkel sebelum jam 12pm. bila aku tanya berapa, aku menerima jawapan yang telah membuatkan tahap kesabaranku berkecai. RM 18 for 7 pieces of paper???? Aku mula bersoal jawab. Kata perempuan kurier tu, dungun tu Zon 3. Zon 3 tu hapa? Zon 3 tu outskirt. Ko cakap kat aku zon 3, ko ingat aku tau ke?jeritku dalam hati. marahku semakin memuncak rasanya. boleh ke lagi aku bersabar? Okeylah saya charge RM15 aje, offer perempuan kurier tu. RM15 still consider mahallah. so aku cakap...cancelled, baik saya pakai pos ekspress je...
Aduh...pening, stress, hangin satu badan, marah... semua tu dah bercampur jadi satu, maka mulalah mengalir air mata. malang betul aku hari tu. aku pergi pula ke tempat kurier lain. aku terus tanya charge ke dungun berapa? RM6...hmmm that's better.
finally, tepat jam 5pm dokumen telah bertukar tangan. penatnya aku. teman, maafkan aku sebab terpaksa lepaskan marahku kepadamu. tapi, sapa suruh awak banyak tanya sangat time tu????
No comments:
Post a Comment