“Err, kawan saya tengah ambil nasi kat luar, bagilah dia masuk.”
“Apa kata, kau yang keluar?”
“Tapi, saya tak nak keluar.”
“Eh, kau ni kan, memang dari dulu menyusahkan kerja aku.”
“Eh, susah sangat ke nak bagi kawan aku masuk? Aku boleh bukakan pintu tu.” Aku meluru ke arah pintu namun, Zek lebih pantas daripadaku. Dia menggenggam pergelangan tanganku, membuatkan langkahku termati di situ. Sakitnya tanganku hanya Tuhan yang tahu.
“Hei... hei... apa ni?” Suara lelaki yang kutunggu-tunggu itu membuatkan Zek melepaskan tanganku.
Entah bagaimana rupaku ketika ini, kerana menahan kesakitan yang teramat sangat. Aku perhatikan pergelangan tanganku yang mulai berbekas merah. Aku mengusap tanganku sendiri.
“Kenapa kau berkasar dengan dia, Zek?”
“Dia yang degil, bos.”
“Kalau ya pun, kenapa nak berkasar sampai macam tu sekali? Kau keluar sekarang! Tunggu aku kat luar. Semua sekali, keluar!” Jerkahannya menakutkanku. Dengan kasar dia menarik kerusi lalu memberikan isyarat untukku duduk. Aku teragak-agak untuk duduk.
MENTARI CINTAKU
~~“Kenapa awak rancang semua ni? Mula-mula kawan dulu, awak cakap dengan saya jangan libatkan perasaan. Saya ni bermati-matian menafikan perasaan sayang saya pada awak. Tup-tup... awak terus meminang.” Tanpa segan-silu aku meluahkan apa yang terbuku di hati.
“Eh? Arin sayang saya ke?” Nik ketawa kecil. Sengaja nak provok aku. “Saja... nak buat surprise,” sambung Nik lagi bila tawanya reda.
“Tak baik tau. Malu saya. Mak abah saya pun malu juga.”
“Saya tahu Arin menderita dengan tindakan saya. Tapi bagi saya, macam ni adalah lebih baik. Segala-galanya bermula daripada sebuah persahabatan.” Nik berjeda. Aku cuba mencerakin maksud yang ingin disampaikannya. “Arin tahu tak makna sebuah persahabatan?” Nik memandangku.
Aku hanya menggeleng. Malas nak menjawab sebenarnya.
“Ianya menerangkan kepada kita bahawa itulah detik bermulanya sebuah percintaan. Dan, ianya lebih manis daripada kenal, terus bercinta. Dari situ, kita belajar mengenali wajah pencinta yang sejati. Kenal perangai dan tingkah laku orang yang hendak kita cintai terlebih dulu sebelum kita membuat apa-apa keputusan yang serius.” Lirih suara Nik mengundang sayu jauh ke sanubariku.~~
DAKAPAN CINTA
~~“Kenapa tak cakap awal-awal masa datang hari tu?” Tiba-tiba suaraku meledak. Aliff tersentak. “La, lambatnya reaction.” Aliff ketawa mengekeh. Inilah rupanya pakatan lelaki bertiga ini. “Saja... nak tengok sendiri sejauh mana kekecewaan Sarah. Sebelum ni abang asyik dengar Ameer aje yang bercerita. Parah rupanya Sarah ni.” Dia tertawa lagi. Eeiii, jahatnya komplot dia orang ni. Dalam kekalutan perasaan, pengertian perlahan-lahan menjengah ke sanubari.~~
Tak lama lagi kita akan sambut Hari Merdeka ke-51. Merdeka, Merdeka, Merdeka, Merdeka, Merdeka, Merdeka, Merdeka. Moga-moga kita semua dapat Merdeka dari kesusahan semasa. Amin.
No comments:
Post a Comment