Mungkinkah tradisi bermaaf-maafan ini tidak pernah berlaku sepanjang hidup dia? Alangkah sedihnya jika ini terjadi kepada dirinya. Kepada dia, ciptalah suasana ini bersama keluargamu pada hari raya ini. Insya-Allah kasih sayang yang dicari itu akan timbul jua.
Ahad tempoh hari, suasana di rumah lebih meriah. Sejak pagi mak dah mula ‘berperang’ di dapur. Untuk juadah berbuka puasa dan juga untuk bekalan balik anak-anaknya. Nasi kerabu, bubur lambuk, nasi putih bersama 2-3 jenis lauk. Aku, kakak, CT dan ZT juga sibuk menolong mak apa yang patut. Setelah zohor, adik dan abang ipar beria nak bakar ikan cara lama. Macam orang mengidam lagaknya. Di bawah pokok rambutan, dia orang mula menyediakan tungku (bata yang disusun bertingkat). Disebabkan tak ada arang, makanya mereka menggunakan sabut dan mencari kayu2 buruk untuk membakar. Sanggup bersusah payah semata2 nak makan ikan bakar cara lama tu.
Suasana lebih meriah bila anak2 buah yg kecik turut menyibuk. Bagaikan nak raya lagaknya. Mata berair tak dipedulikan. Panas juga tidak terasa dek kerana teringin sangat nak makan ikan bakar. Pada mulanya mak dan abah melarang, sebab cari susah katanya. Lalu dicadangkan supaya dibakar saja di atas dapur gas. Tak payah nak jaga api, tak berasap, tak pedih mata dan tak perlu dikipas. Hmmm, tak diendahkan oleh mereka. Makanya, membakarlah mereka hingga ke petang. Dah siap ikan bakar, petik kelapa muda pulak. Sorang tebuk, sorang keluarkan isi kelapa muda. Aku tahu, mak dengan abah gembira sangat bila semua orang balik berbuka bersama mereka.
Bila aku ceritakan pada seorang sahabat aktiviti aku petang itu, dia terdiam. Seketika dia menyambung kata.
“Bertuah awak mempunyai keluarga yang penuh kasih sayang, bergotong royong dan bergelak ketawa sepanjang masa. Jeles saya dengar.”
“Awak lagi bertuah, ada keluarga yang sentiasa di sisi. Setiap hari berbuka dengan anak-anak. Saya kat kampung aje macam ni. Kat Kuantan saya berbuka sorang-sorang. Lagi kesian.”
“Tapi awak ada keluarga yang menyayangi awak. Saya? Orang tua saya semacam. Mertua saya semacam. Family dan rumah tangga saya sendiri pun semacam. Saya tercari-cari kasih sayang sejati. Hari raya bagi saya sama saja dengan hari2 lain.” Aku terdiam kerana aku tak faham bagaimanakah perjalanan hidupnya di dalam 3 buah keluarga yang tiada kasih sayang. Bagaimanakah emosi anak-anaknya andai orang tuanya kurang kasih sayang antara satu sama lain.
Pada teman baik, Chik aku berdiskusi. Kata Chik, we’re lucky sebab mempunyai keluarga yang begitu menitikberatkan kasih sayang. Segala-galanya dibuat bersama. Itulah dinamakan sebuah keluarga. Bersifat ‘kekitaan’ dan bukannya ‘keakuan’. Benar, apalah maknanya sebuah keluarga tanpa limpahan kasih sayang. Tidak dapat aku bayangkan diri aku tanpa kasih sayang kedua orang tua dan adik beradikku. Pada siapa lagi aku dapat menikmati kasih sayang yang sejati itu?
Sehingga ke saat ini, aku hanya mempunyai mereka. Aku berdoa agar andai aku berkeluarga kelak, biarlah kasih sayang itu mewarnai kehidupan sepanjang hayat sebagaimana kasih sejati antara mak dan abah. Benar, kita hanya mampu merancang dan mengimpikan seribu satu keindahan dalam hidup. Tapi, aku tak mahu keluarga aku nanti dikatakan ‘semacam’.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment