Tuesday, October 21, 2008

'Baby' baru

Memperkenalkan 'baby' baru aku yang bakal berada di pasaran, tapi aku tak pasti bila. Semalam aku terima emel dari Cik Editor FP yang sporting, tanya aku suka tak dengan cover ni? Mestilah aku suka sangat2 sebab permintaanku akhirnya tercapai juga. Pada mulanya Cik Editor kata permintaan aku tak dapat dipenuhi. Aku tak kisah sangat sebenarnya. Bila terima emel gambar cover semalam, terkejut jugalah sebab permintaan aku itu dipenuhi juga. Untuk Cik Editor dan Encik Designer, terima kasih banyak2. Aku sememangnya appreciate sangat dapat bersama2 menyiapkan 'baby' baru aku ini.

p/s : Cover 3D ni telah dihasilkan oleh seseorang, khas untuk aku. Nak tahu siapa dia? Terpampang nama dia kat cover Mentari Cintaku. Aku tahu dia berjaga beberapa malam untuk menyiapkan cover2 ni. Untuk itu, di sini aku ingin mengucapkan ribuan, jutaan terima kasih. I really appreciate it. Lepas ni boleh sign kontrak untuk novel seterusnya pulak ye...hehe



Sinopsis:

Arin ibarat sebiji bintang yang sentiasa bersinar cemerlang, memberikan harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada Nik. Sesungguhnya Allah menciptakan seorang wanita itu sebagai seorang yang istimewa. Allah membuatkan bahunya cukup kuat untuk menopang dunia namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan. Lalu apakah lagi yang harus dilakukan demi untuk membahagiakan Nik? Luka-luka terus mengalir merah. Sakit dan pedih.

Nik pula ibarat mentari yang menyinari dan menghangatkan hati Arin yang walang dengan menyediakan tempat untuk Arin bermanja dan mencurahkan kasih sayang. Kenyataannya, cinta Nik terlalu luhur lagi suci terhadap Arin. Sesungguhnya lestari kasih Nik tanpa batasan. Tiada sempadan waktu yang memisahkan. Pemberian kasihnya tiada bersyarat dan tidak mengharapkan apa-apa balasan jua! Arin, terimalah seseorang seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredai.

Sesungguhnya pernikahan dan perkahwinan ini telah menyingkap tabir rahsia. Arin bukanlah isteri semulia Khadijah. Tidak juga setaqwa Aisyah. Malah, jauh sekali setabah Fatimah. Arin hanyalah seorang isteri yang punya cita-cita untuk menjadi isteri solehah kepada suaminya. Pada Tuhan Arin bersauh kukuh. Mengisi kesepian jiwa dengan irama keredaan –Nya kerana ianya bukan hukum insan.

2 comments:

Mersik said...

Salamz eny,

Wahh.. buku baruu..Tahniah daun keladi. Semoga mendapat sambungan yang hangat, ngetop, da bomb dan laku keras.. yihaa

Eny said...

terima kasih mersik. saya pun berharap macam tu juga...