Sunday, April 5, 2009

Rupa atau Intelek?

Disebabkan aku pernah paste kan artikel tentang kajian ini sebelum ini, maka ada keperluan untuk aku paste kan juga pandangan Dr Tuah, juga lanjutan tentang kajian tersebut. Artikel terlalu panjang, jadi aku paste kan sebahagian darinya.



Petikan dari Berita Harian 4 April 2009. http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Xy/20090404131803/Article/


Tip memikat hati wanita bijak:

1. Pastikan anda menjaga kebersihan diri. Wanita bijak mungkin tidak terlalu terpengaruh dengan rupa, tapi kebersihan masih menjadi keperluan utama.

2. Berkelakuan baik. Bergurau ringkas tidak mengapa, tapi tetap berhati-hati agar tidak membuatkan mereka terasa atau berkecil hati.

3. Elakkan mencarut atau melontarkan kata-kata kesat di depan mereka. Perbuatan ini langsung tidak cool.

4. Jangan ambil kesempatan. Walaupun mereka mungkin memberi isyarat yang mereka juga minat kepada anda, tidak bermakna anda boleh semudah-mudahnya menyentuh atau mengambil kesempatan terhadap mereka.

5. Sekali-sekala berikanlah pujian ikhlas anda, jika tidak kepada fizikal mereka, apa salahnya memuji sikap atau personaliti mereka. Tapi ingat, pujian harus jujur!

6. Jangan cuba-cuba mengkhianati hubungan kerana mereka akan mudah menganggap anda lelaki tidak berguna.

7. Jadi lelaki budiman. Bukan hanya pada wanita yang anda suka, tapi kepada semua yang ada di sekeliling anda.

8. Jadi pelindung dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri mereka.

9. Jadikan mereka percaya kepada anda. Simpan rahsia, luahan emosi atau apa saja yang mereka kongsi bersama anda.

10. Babitkan diri dalam perbualan intelek. Bukan hendak menunjuk pandai, tapi buktikan anda juga memiliki kekuatan intelek dan boleh diajak berbincang. Tetapi janganlah keterlaluan hingga menimbulkan pergaduhan atau rasa tidak senang.
-------------------------------------------------
Komen aku :
Paling aku setuju yang no. 3. Aku pernah dicop tidak mesra alam oleh kawan kepada housemate aku. Sebabnya, dia buat lawak menggunakan perkataan yang tidak enak didengar. Dia & housemate aku ketawa terbahak2 tapi aku hanya mendiamkan diri. Bagi aku, tak lawak langsung malah very irritating & bimbo style.

3 comments:

Fiwdaus said...

awat di sebut smua ciri2/sifat saya? di buat kajian ke atas saya ke?? hehe..

Eny said...

cisss, ada org prasan rupanya...

Azman said...

ciri-ciri yang baik.. tapi sukar untuk menemui orang yang mempunyai semua ciri2 berikut.. jika bertemu pun, belum tentu lagi menjadi milik kita.. terimalah seadanya... sepastinya tiada insan yang sempurna...