Life aku as a jobless? Hmm...masa baru2 bestlah. Boleh bangun lambat, boleh jenjalan ke KL, tengok wayang kat Bukit Raja, window shopping kat Sogo, boleh lepak kat kampung lama2..hehe. Tapi dah nak masuk sebulan ni, kerja pun tak dapat2 lagi, terasa sesak juga nafas aku. Macam mana nak bayar bank, bil, sewa, petrol, makan...etc...etc... untuk bulan depan?
Sekarang, inilah aktiviti aku. Tengok paper, turun naik agensi pekerjaan, lepak KFC sebab nak akses internet & macam2 lagilah. Hopefully adalah peluang untuk aku sebelum hujung bulan ni...doakan aku ya?
No comments:
Post a Comment