Thursday, September 10, 2009

Mood Raya

Aku dah dilanda mood raya. Apa taknya, geng2 kat sekolah ni, yang bujang2 semuanya berulang sama ada dari Kuantan atau Pekan. Yang tinggal semuanya mak2 orang & anak masing2. Aku rasa tak larat nak berulang. Sejam lebih juga dari Kuantan nak sampai ke sini. Lepas tu, yang berulang ni pulak, balik awal. Tinggallah aku sorang2...huhu. Sedihnya hati rasa. Senyap sunyi sekolah, makin syahdu pulak rasanya...hehe, beremosi la pulak aku ni...

Minggu depan, lagilah terasa suasana nak raya. Kat perhimpunan pun pasang lagu raya. Lebih untuk kakitangan sebenarnya, bukannya untuk bebudak...hehe. Bila dah rasa nak raya, tahu2 ajelah mood nak kerja pun tak berapa nak adalah. Dah nak raya weh...Syira, kad raya aku dah pos? hehe

Thursday, September 3, 2009

Pesta Buku Popular



Tak sangka betul aku Popular akan sediakan stage dan siap ada sesi soal jawab masa pesta buku ni. Seram sejuk, menggigil kaki tangan, semua ada bila dah duduk atas stage. Maklumlah, aku tak pernah melalui majlis2 macam ni. Seriau ler...Anyway, thanks to Azrina, bos kecik english department. Tak lama lagi naik pangkat ler kot...hehe. Busy betul dia hari tu, tak dapat nak sembang panjang. Dengan Bikash, Rehal & Hafirda pun tak sempat nak bersembang sangat, sempat mmmuah2 je...hehe. Oppss, dengan Bikash & Hafirda aje tau...
Thanks juga untuk besfren2 aku, Chik dan Mak ET sebab setia tunggu aku masa kat KLCC tu. Mak ET, berkejar dari kelas penulisan anjuran PTS, terus ke KLCC. Chik pulak, terpaksa kensel nak berbuka rumah akak dia sebab aku. Jemput aku kat pekeliling, tumpangkan aku kat rumah dia, hantar aku ke sana, sini. Tapi aku tau korang tak kisah punya, sebab bukan senang nak jumpa aku kan? hehe...

Tuesday, August 25, 2009

Adik2 sekolah rendah, jom try


Sesiapa yang ada anak sekolah rendah, trylah join contest ni. Tak perlu pos, slogan ke hapa. Buat then send online. Trylah...

Member opis lama

Tadi aku terima 1 panggilan. Nombornya aku tak kenal. Suaranya pun aku tak kenal, tapi dia kata kenal aku. Dia mengingatkan aku begini..."saya pernah cakap pada awak yang saya tak ada kawan macam awak dan saya takkan kawan dengan awak lagi". Kemudian aku terus teringat. Oh...En. K. Ya, dulu dia pernah marah aku. Dia meninggikan suara pada aku dengan ayat di atas kerana dia salah faham. Dan jawapan aku ketika itu..."fine, saya tak rugi apa-apa pun kalau En.K tak nak kawan dengan saya". Dan lepas tu, kami lost contact.

Masa dia call aku tadi, dia kata nak minta maaf bersempena ramadhan. Katanya lagi, Allah bukakan hati dia untuk telefon aku dan tahu dia bersalah kat aku. Hehe, tahu pun....tapi aku cakap dalam hati aje.

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan Datang Lagi...

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK.....SEMOGA PUASA KITA ALLAH TERIMA ...AMIN



Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.


SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

Thursday, August 13, 2009

Pesta Buku Popular


Tarikh: 22 - 31 Ogos 2009
Masa: 10.00 pagi - 10.00 malam
Tempat: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Temui penulis : Eny Ryhanna, Bikash Nur Idris & Rehal Nuharis
Tarikh: 23 Ogos 2009
Masa: 2.00 - 2.45 petang

Wednesday, August 12, 2009

Mood

Entah kenapalah mood untuk menulis sangat2 kritikal sekarang ni? Bila tengok semua penulis FP dengan mininovella masing2, jeles pun ada. Aku sorang aje tak ada mininovella...huhu. Dulu masa orang tengah sibuk2 buat mininovella, aku sibuk dok cari kerja. Sekarang ni, bila dah kerja, aku dah jadi malas. Bila buka je laptop, aku pun mulalah menguap. Aduhh...macam mana nak siapkan dwilogi pulak ni!!!!!

Manuskrip yang ada pun, macam terbengkalai aje. Fatin...help me. Nampaknya Fatin menang lagi. Isy, tak boleh jadi ni. Kena lawan Fatin jugak.

Cerita pasal mood, tetiba teringat pulak kat kawan lama aku. Mood jugak namanya...Mahmood As-Siddik. Dah lose contact pun. Dulu ala2 rapatlah jugak dengan dia masa sama2 belajar. Dah habis belajar, adalah juga contact sekali sekala. Entah sejak bila terputus terus. Agaknya dah kawin pun dia...hehe