Thursday, March 27, 2008

To whom that I loved




Faiz, kupinjam puisimu untuk menghiasi blogku yang tak seberapa ini. boleh kan? aku tau kau tak kisah. ada nama kau lagi hehe

Puisi ni, aku nak tujukan khas untuk seseorang. Hahaha, jangan salah sangka. teman tapi mesra...

Teman Kalbu... (karya Faizah Faiz)

Menantimu kasih menjadikan aku makin mengerti
bahawa kau sungguh bermakna di hati
engkau tercinta, kesayangan jiwa
nyata kini
bayanganmu mengekoriku
meneman sepi di muara cinta
bak pasangan kalbu yg akrab sekali
biarlah sayang
akan kutunggumu ke akhirnya
hingga Tuhan mengizin kita
bersama...

6 comments:

Zura said...

Suara Rasa Bisikkan Hati ( Nik Azman )

Teman,
Biarpun dari kejauhan...
Terpisah kita oleh jarak dan waktu..
Bingkisan puisi dari mu...
Cukup untuk menjadi lagu di jiwaku..

Sesungguhnya, sepi itu indah,
Kerana sepi mengajar kita erti rindu,
Dan bila rindu datang bertamu,
Pasti di bibirku hanya tersebut namamu,

Dan ketahuilah teman,
Sesungguhnya hati itu tiada berjarak...
Bila sampai waktunya..
Tidak perlu lagi untuk kita berbicara,
Biarlah suara rasa bisikkan hati...
Meluahkan apa yang telah lama terpendam di jiwa...

Zura said...

Apa erti titis air mata,
Di hadapanku menangis tersedu,
Luahkan saja aku memaklumi,
Kiranya ada derita di hatimu..

Mana mungkin ku mengukir senyuman di bibirku,
Jika di hati mu masih berlagu sendu,
Pastinya, deritamu.. deritaku jua..
Kerana hatiku jua bisa merasa kan itu semua..

Hapuskan lah air matamu,
Kan ku bawa ceria di hati mu,
Seumpama mentari yang memancarkan sinarnya,
Mungkin bisa menghangatkan hati mu yang dingin...

Eny said...

oh...syahdunya. uwaaaaaaaaaaaa
hmmm ada bakat menulis tu. apa lagi, mulakan sekarang....

Zura said...

Waaaaaa....penat-penat kita tulis puisi panjang-panjang.. pendek je komen yang kita dapat ! Kata penulis novel, bagi la komen yang panjang berjela sikit !

Eny said...

nak komen pjg2 eh? ok..penggunaan bahasa yang indah dna mampu membuatkan hati pembaca tersentuh. nangis kut hehe

Zura said...

Nampak gayanya, nak kena karang puisi yang happy pulak, kena la tukar genre sekali sekali. cisss... cakap pun dah kena slang penulis, he..he..he.. ntah-ntah kena writer's block nanti !