Sunday, November 30, 2008
Sepanjang minggu
- Malam tadi, sedih dan sakit hati bila dapat tahu rakan serumah menyebarkan cerita2 buruk tentang aku selepas aku bersusah payah tolong dia. Tolong temankan/ajarkan bawak kereta sampai boleh drive sendiri. Tolong bawak kereta dia balik kampung. Dari rumah sampai kampung dia, seharian drive. Tolong cover skandal2 dia daripada boyfriend dia...aduh...aku teraniaya lagi.
- Disebabkan aku tak pernah masak kat rumah sewa, terus dikatakan aku tak tahu masak/malas masuk dapur. Hello, it's non of your business. Aku ada susahkan hidup kau ke kalau aku tak pernah masuk dapur? I have my own reason okay!
-Aku dok berkurung dalam bilik pun jadi isu. Katanya aku memang susah nak bergaul dengan orang. Hey, dari aku dok tambah dosa layan cerita dia tentang keburukan orang lain, baik aku siapkan manuskrip aku...hehe. Ada gak untungnya...kan?
-Well, kesimpulannya...sekarang aku tahu who's playing the role dalam rumah aku sekarang ni. So, next time...don't expect i'll give my hand to help you again after this. Serik dah rasa...huhu
Hepi Beday Chik!!!
Tuesday, November 25, 2008
Ternampak seseorang
Kereta yang sangat2 aku ingat & pemandunya pernah bertakhta di hatiku suatu ketika dulu.
Untuk memastikan benarkah dia pemandunya, aku overtake balik & bersaing dengannya. Sah...betullah dia. Tapi dia tak nampak aku. Mujur juga aku tak bawak keta comel aku masa tu. Aku bersaing dengannya sehinggalah dia memasuki simpang ke Sentul dan aku ke Jalan Tun Razak.
Kata seorang teman, apa perlunya aku bersaing dengan dia? Untuk nak tengok dia? Atau nak suruh dia nampak aku? Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab aku dengan dia dah lama lose contact. So, bila ternampak secara kebetulan begini, macam terkejutlah jugak. Temanku bertanya lagi. So? Memori dulu2 datang baliklah? Tak juga. Aku pun dah tak nak ingat cerita lama tu lagi.
Sunday, November 23, 2008
Komunis
Tup2, baru2 ni dia called aku cakap, perempuan tu akan ditunangkan dengan orang lain atas pilihan keluarga. Yang aku nak tergelaknya (memang aku gelakkan dia), dia menangis..wakaka...tak ngaku suka, tapi frust. Bila aku kata dia frust, dia kata tak. Dia tak boleh terima kenyataan bahawa perempuan tu reject dia sebab selama 4 tahun dia berkawan, bila dia tanya, perempuan tu kata tak ready lagi. Sekarang dia keep asking perempuan tu..'WHY'...tak ready tapi tiba2 nak bertunang.
Dia kata dia nak buat novel. Tajuk dia, aku suggest 'Komunis Yang Terlampau'...hehehe. Agak2 apa ye tajuk yang sesuai...
Tuesday, November 18, 2008
Bouquet of Roses
Aku ingat lagi masa study & dok menyewa kat Seksyen 8 Shah Alam. Ada sorang housemate aku ni, boleh dikatakan setiap minggu/bulan bawak balik jambangan bunga yang besar. Kalau dia pegang, tak nampaklah diri dia yang kurus kering tu. Pastu, dia akan gantung untuk dikeringkan. Sudahnya, penuhlah rumah dengan bunga kering dia. Chik...sepupu ko ler tu..hehe
Masa aku konvo, pun tak ada sesapa nak bagi aku bunga...huhu...sedih, kan? Orang lain semuanya pegang bunga. Agaknya sebab kesian kat aku, maka akak aku pun bagilah jambangan bunga kecik kat aku. Kecik pun, keciklah....
Ada kawan cakap kat aku, dia permah beli bunga untuk dirinya sendiri. Dia kata tak salah untuk kita membahagiakan diri kita sendiri. Nak tunggu orang bagi lambat sangat katanya. Hmm...mujur aku tak obses bunga. Baik aku belikan diri aku cincin ke, rantai ke...ada gak value. Time sengkek...boleh letak kat Bank Rakyat...hehe
Monday, November 17, 2008
Bosan + Malas + Tak ada mood + etc...etc...
Aku rasa aku nak ke satu tempat yang tenang dan aman. Jauh dari orang ramai. Aku sedang fikirkan sekarang ini. Rasa hati nak ke sebuah pulau. Mungkin...
Ada orang kata bahawa aku ini memberikan tekanan kepadanya. Untuk itu, maafkan aku. Sekarang, aku sedang berusaha dan cuba membiasakan diri untuk memberikan ruang kepada anda. Jadi, anda tak perlu risau lagi. Cuma mungkin aku perlukan masa.
Loneliness
Tuesday, November 11, 2008
Perasaan aku
Dia boleh bersabar dengan aku tapi kenapa aku tak boleh nak bersabar dengan dia? Dan untuk itu, aku selalu rasa bersalah. Lepas tu, aku kutuk diri aku sendiri. Hmmm...
Pasangan yang kekal
1. Pasangan yang pernah merasa semua perasaan yang wujud di dunia semasa sedang intim bercouple dan berkasih sayang. (rindu, sayang, kasih, benci, cemburu, dendam, sakit hati, dll)
2. Pasangan yang hidup penuh dengan cemburu tetapi tidak ada dendam dihati
3. Pasangan yang ada kemesraan tetapi cemburu tetap wujud di sebalik kemesraan
4. Pasangan yang cuba untuk jadikan mereka pasangan yang terbaik dalam dunia
5. Mereka yang saling dapat bantu-membantu apabila kesusahan dan berkongsi apabila kesenangan.
6. Wanita yang akan mematuhi setiap perintah pasangannya walau baik atau buruk perintah itu. Hanya bertawakal kepada Allah S.W.T
7. Pasangan yang kerap bertengkar dan berpisah tetapi masih bersama hingga ke hari ini. Alhamdulillah……… moga2 terus ke anak cucu.
8. Pasangan yang sering bertemu dan akan merasa gundah sekiranya tidak bertemu tetapi tidak pernah merasa jemu atau bosan dengan pasangannya. Insyaalah pasangan ini akan sentiasa bersama walaupun ke alam kubur.
9. Sanggup berkorban wang walaupun sesak. Masih cool walaupun tak de duit. Bak kata pepatah…biar papa asal gaya.
10. Wanita yang menjadikan pasangannya hak milik kekal. Tidak membiarkan pasangannya rapat atau berkawan dengan perempuan lain yang boleh menggugat kedudukannya dalam hati pasangannya tapi bukan queen control…
NOTA:Jangan sampai percaya 100%, sekadar jadi bahan renungan
Sumber : megasutra
http://blogsagasama.blogspot.com
Sunday, November 9, 2008
Macam2 aktiviti
Keesokannya, Sabtu awal pagi aku keluar untuk ke pejabat FP. Jam 9.30am tiba di pejabat FP untuk berjumpa dengan uncle. Jam 10 lebih, datang pula Bikash & Hafirda. Rindunya kat you all...tapi tak dapat berbual lama sebab kena fetch up parent kat Tol Gombak. Sempat juga bertemu Kak Fiza (Sofieza). Nice to meet you akak.
Kemudian, aku dah janji nak jumpa best friend aku, Chik kat Kg Baru. Sembang2 kejap sambil minum, kita orang decide untuk berjumpa seorang lagi best friend kami, Syira. Syira ni dah ada anak 2, so kalau kita orang tak pergi rumah dia, maka tak berjumpalah kita orang bertiga. So, aku dan Chik pergilah ke rumah baru dia di Alam Budiman. Dulu jumpa Syira masa anak nombor 2 dia umur 2-3 bulan. Tup2, anak dia yang dulunya baby tu, dah umur setahun setengah. Lamanya kita orang tak jumpa. Anyway, thanks Syira for the lunch. Walaupun tak de satu lauk pun yang ko masak...hehe. And Chik, sorry sebab kacau plan study ko. Tak pe, study last minute make perfect, ala macam dulu2...hehe. Tapi deep down, aku tau, korang tak kisah spend masa untuk aku, kan? Hehe
Malam, aku, akak, adik2, adik ipar dan anak buah, ke Uptown Danau Kota. Jam 2am baru balik. Penat gila aku. Seharian aku on the road. Malam tu, tidur dengan lenanya, zzzzzzzzz..........
Ahad, pagi2 keluar selepas sarapan. Mak pesan, jam 11am balik rumah sebab nak ke kenduri pulak. Konon nak bawak anak2 buah jalan2 kat Akuarium dan WetWorld Shah Alam. Tapi tak kesampaian sebab tempat2 tu buka jam 11am. Aku kemudiannya bawa dia orang ke Muzium Shah Alam. Dengan wajah boring, dia orang ikut juga. Maklumlah, muzium ni kan tempat melawat rasmi zaman sekolah aje & bila ada pameran hantu...hehe
Sebelum masuk muzium, aku sempat melawat kawan aku, Nani, yang bekerja di library Shah Alam, sebelah muzium aje. Tebus janji aku yang tertunggak untuk berjumpa dengannya. Sori Nani, tak dapat sembang lama dengan ko. Ni lah anak2 buah aku...Zati, Afiq, Fiqah
Lepas tu, aku bawa pula bebudak ni ke Bukit Cerakah. Setakat naik bas seround aje lah sebab masa tu dah dekat jam 11am. Mampus kena bebel dengan mak aku kalau lambat. Kata Afiq, takat dok dalam bas je, baik tak payah datang. Marah lah tu konon, tunjuk protes sebab tak dapat turun jalan2.
Dekat jam 12 baru balik ke rumah. Bersiap untuk ke kenduri sepupu aku di Gombak. Sampai sana, terus makan. Lapar siot. Hujan lebat sangat. Kejap tu, pengantin pun tiba. Sempat ler aku ambil gambar pengantin.
Jam 2 lebih bertolak balik ke Kuantan. Penatnya, sampai tak sedar tertidur dalam kereta. Kesian adik aku drive sorang2. Sori dik...hehe. But i know you don't mind. Sampai rumah jam 6 lebih, tertidur. Sedar2 azan Maghrib berkumandang....rasa nak cuti aje hari ni. Nak qada tidur...tapi tak boleh la. Hmmm...ngantuknyaaaa
Wednesday, November 5, 2008
Handphone
Tuesday, November 4, 2008
1st black President
Nak selit cerita politik sikit. Aku ni memang follow pemilihan Presiden US kali ni. Sebabnya ialah, Barack Obama. He's son of black father from Kenya & a white mother from Kansas. Now, dia dah menang & become 1st black president. Dia kata 'Change has come'. Hopefully, dia ni tak ikut jejak presiden2 US dulu2 yang suka serang negara orang.