Tuesday, November 11, 2008

Perasaan aku

Semakin lama, aku semakin confused.

Dia memanglah jauh dari aku kalau nak kirakan jarak, tapi dari segi komunikasi aku rasakan seolah-olah semakin jauh. Jauuuhhhh sangat.

Aku rasa aku kenal sangat dirinya, tapi kebelakangan ini aku asyik terfikir, alangkah bagusnya kalau aku tak kenal dirinya.

Aku sayang sangat dengan dia dan aku tahu dia sayang sangat kat aku ( ye ke? hehe....), tapi aku rasa semenjak dua menjak ni, masa dia untuk aku semakin singkat.

Aku rasa dialah segala-galanya dalam hidupku, tapi aku bukanlah segalanya dalam hidup dia (aku rasalah...)

Dalam ingatanku, balik-balik wajah dia aje yang datang, tapi dalam ingatan dia, berbagai2 wajah yang datang. Kenapalah tak datang rupa Brad Pitt ke, Orlando Bloom ke...hmmm

Dia boleh call aku anytime, anywhere....tapi aku tak boleh sesuka hati nak call dia. Masa dia sentiasa bercatu. Kalau aku sakit, mungkin dialah orang yang paling last tahu.

Segala-galanya tentang aku, dia nak tahu tapi tak semua hal dia aku boleh tahu.

Dia boleh bersabar dengan aku tapi kenapa aku tak boleh nak bersabar dengan dia? Dan untuk itu, aku selalu rasa bersalah. Lepas tu, aku kutuk diri aku sendiri. Hmmm...
Aku selalu marah dia tapi dia sekelumit pun tak pernah marahkan aku. Kejamkan aku ni? Tapi aku tak pernah terlintas pun untuk marahkan dia, semua tu tindakan luar kawal yang berlaku secara spontan bila aku bengang.
Hmmm, itulah perempuan. Emosi tak habis2. Sakit hati, bengang, marah, pastu sedih, last sekali...uwaaaaaaa...meraung. Mampukah aku untuk terus bertahan? Pada Allah aku berserah. Aku tak lupa doa, solat kalau perasaan macam ni datang. Lepas tu, barulah dapat tidur dengan tenang....zzzzzzz....

3 comments:

Bikash Nur Idris said...

ehem...
udahlah baca malam-pagi buta...
syahdu haku...

Eny said...

syahdu ke? hehe

Bikash Nur Idris said...

iyalah... uwaaa