Tuesday, November 11, 2008

Pasangan yang kekal

Kepada pasangan yang sedang bercouple, ingatlah pesanan ini. Ini adalah kajian daripada pakar-pakar cendekiawan Negara tentang hubungan yang akan kekal hingga akhir hayat. Selamat membaca:

1. Pasangan yang pernah merasa semua perasaan yang wujud di dunia semasa sedang intim bercouple dan berkasih sayang. (rindu, sayang, kasih, benci, cemburu, dendam, sakit hati, dll)

2. Pasangan yang hidup penuh dengan cemburu tetapi tidak ada dendam dihati

3. Pasangan yang ada kemesraan tetapi cemburu tetap wujud di sebalik kemesraan

4. Pasangan yang cuba untuk jadikan mereka pasangan yang terbaik dalam dunia

5. Mereka yang saling dapat bantu-membantu apabila kesusahan dan berkongsi apabila kesenangan.

6. Wanita yang akan mematuhi setiap perintah pasangannya walau baik atau buruk perintah itu. Hanya bertawakal kepada Allah S.W.T

7. Pasangan yang kerap bertengkar dan berpisah tetapi masih bersama hingga ke hari ini. Alhamdulillah……… moga2 terus ke anak cucu.

8. Pasangan yang sering bertemu dan akan merasa gundah sekiranya tidak bertemu tetapi tidak pernah merasa jemu atau bosan dengan pasangannya. Insyaalah pasangan ini akan sentiasa bersama walaupun ke alam kubur.

9. Sanggup berkorban wang walaupun sesak. Masih cool walaupun tak de duit. Bak kata pepatah…biar papa asal gaya.

10. Wanita yang menjadikan pasangannya hak milik kekal. Tidak membiarkan pasangannya rapat atau berkawan dengan perempuan lain yang boleh menggugat kedudukannya dalam hati pasangannya tapi bukan queen control…

NOTA:Jangan sampai percaya 100%, sekadar jadi bahan renungan

Sumber : megasutra
http://blogsagasama.blogspot.com

No comments: