Tuesday, June 2, 2009

Stadium runtuh?

Semalam 1 negara tahu cerita stadium kat Terengganu runtuh. Mujur tak ada orang. Biasalah kat tempat kita ni, kalau terjadi satu2 bencana, pasti akan berjangkit2. Kalau kemalangan bas, seminggu tu, asyik kemalangan bas aje. Minggu lepas Jaya Supermarket (tahanlah sikit sebab bangunan tu dah memang nak diruntuhkan). Lepas tu stadium pulak (baru setahun???). Mesti ada yang tak kena. Ramai yang kata, banyak perkara yang tak telus semasa pembinaan stadium ni (dengar kat radio pagi tadi). Hmm, tak tahulah. Ada sorang ni bagi komen yang aku rasakan, agak synikal tapi ada kebenarannya. Katanya, buat malu aje. Kat negara kita ni, semua orang tahu, bangunan yang baru nak bina pernah runtuh, yang dah nak dirobohkan pun runtuh...yang baru setahun pun dah runtuh. Lepas ni, bangunan mana pulak nak runtuh? Hmm, tunggu dan lihat ajelah....

No comments: